Hunting For Hantaran Again

hari tu dah hunting dah...tapi tak lengkap lagi. yang best plak, ada je yang kami nak tambah. gediksss secara bersama. hahahaha

so, last week kami keluar meng'Google' hantaran. kedai tak buka lagi kami dah sampai. kami ke OU beli sunglass mr X. haaaa...dia lagi gedik kan? hehehehe Sayang, jangan marah yer

pastu, kami ke Sogo memborong perfume set untuk kami berdua. borong gak make-up set yang mencekik darah saya. hahahaha padan muka! takpe², pasni saya akan lebih comey dengan make-up² itu. Sayang kena tunggu aNoR bersiap yer

then, kami ke Sunway Pyramid beli kasut untuk mr X. hahaha kat sana je ada size. redah je lah!

FYI, semua ini berlaku bukan pada hari yang sama. gila hapa semua tempat nak pergi satu hari...hehehe

Deko Katil

psstttt....pssttt....
nak tahu satu perkara tak? kalau korang kata tak nak pun, saya nak bagitau gak. hahaha

Ayah belikan saya katil. sebuah katil seperti yang saya angankan. (tutup muka, malu!!). katil dah ada dalam bilik panten Sabtu lepas. rupa²nya, Ayah & Mak pergi kedai perabot jumaat malam. saya tidak tahu menahu pun. taste Ayah pun sama macam taste saya. gigih survey kedai perabot nak cari seperti yang saya nak. ouh Ayah! banyak-banyak-banyak tQ sebab sponsor katil panten Along. sayang Ayah berjuta². tunjuk sikit je la katil tu ekkk...tak boleh tunjuk lebih², tak seprais laaaa


saje tammo upload besar². kehkehkeh

lepas siap katil dipasang, saya & Ayah sama² pasang cadar panten saya. test either fit or not. hahaha kami anak-beranak dah macam budak². Ayah siap pasangkan & betul²kan comey² tau. lepas tu, saya ngan Mak & Ayah discuss nak hias katil tu. wah! macam² idea diorang tau. ngeeeee so semangat!




Ayah cadangkan scallop macam ni

saya & Mak tak berapa agree. kami tammo langsir meleret² ke lantai. pendapat kami, sah² ramai yang akan cuba seludup masuk bilik panten untuk melihat raja sehari ini (hakhakhak). so, untuk mengelakkan keadaan & katil panten saya menjadi serabut, kacau-bilau & sewaktu dengannya, kami cuba cari idea lain.




not nice. tak macam bilik panten plak

kena cari idea lagi....dan dengan pertolongan pakcik Google, maka terjumpalah picca² ini




saya bayangkan curtain begini bergantungan dikatil panten saya


saya juga terjumpa picca² bawah ini yang boleh juga digunapakai. kreatif!!!




simple & nice



bestnya kalau dapat macam ni

apa pendapat kawan²? yang mana boleh beri efek romantis & sweet? hahaha (gedikssss okeh!)

next week will buy the curtain! hoooreeeeyyyyyy

Hot & Daring

hello peeps!!

sekarang tengah mengerah otak untuk mengeluarkan segala idea² bernas bagi mendekorasi bilik panten saya. bilik dah siap cat. dah lama dah siap. haaaa sekali Mak pilih warna menyala kau! kebebasan buat Mak & Ayah membuat pilihan bagi anak sulung mereka. they too excited uolsss...




amacam, ada berani pakai kaler macam tu? hehehe Kak Red sure suka. nak lari sikit dari pink yang telah meng'conquer' hampir keseluruhan item dalam majlis ini. hahaha hot gitew!!

warna HOT & DARING macam ni jarang orang nak pakai, kan? tak kisah, ikut idea & kreativiti masing². so, saya perlu memikirkan sesuatu untuk jadikan suasana bilik kekal romantis & sweet.

haaaaaaaaa apa lagi. sila perah otak sekarang!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009