Application? Settle!!!

yea yea
segala urusan berkaitan dengan Pejabat Agama sudah selesai. ada 2 borang yang perlu diisi untuk diberi pada Tok Kadi pada hari menikah kelak. borang itu untuk urusan surat nikah & kad nikah nanti. big thank to Ayah coz tolong settle-kan bagi pihak saya. muahsssssssss!

ouh, sedikit info untuk bride2b out there which staying area Bandar Puncak Alam. segala urusan permohonan bagi yang stay area ini adalah di Pejabat Agama Kuala Selangor. Pejabat Agama ini terletak di belakang Masjid Kuala Selangor. pergi pagi & before tengahari dah siap. (petang tu dah boleh menikah). kehkehkeh

extra info, pastikan juga bride2b aware tentang kad nikah. if tak silap saya, ia digunakan sementara menunggu surat nikah rasmi dikeluarkan. nanti ada pula yang ditangkap khalwat masa ber-honeymoon plak kalau takde kad nikah sementara ini. kad nikah ini boleh dibuat & diambil di JAIS Shah Alam (HQ JAIS). kad nikah & surat nikah ini kena diambil sendiri oleh suami terchenta! (will double check with Ayah bout this)

simpan borang elok². nanti nak kena bawa masa menikah. hehehe

Wedding Dress 65% Completed!

happynya!!

semalam pergi tengok wedding dress ngan Mak & Ayah. seriously, saya suka sangat dengan baju² saya itu. tambah² wedding dress untuk reception di rumah saya. betul² seperti yang saya inginkan. dem gorges!

lace cantik, jahitan cantik, songket cantik, warna cantik. haish! serba serbi memang cantik. even Ayah & Mak pun suka. yes! itu yang penting ok. Abang pun ikut sama.

seperti yang diberitahu sebelum ini, baju kuning almost complete. tinggal nak tampal² lace & tambah² beads. baju pink masih dalam jahitan. untuk body dah siap. lengan ia tengah berjahit semalam. yang saya suka sangat tu, my designer will add some pearl on my wedding dress. terus teringat pada Yaya yang amat suka dengan pearl.

for bride2b yang masih tak jumpa designer yang sesuai & mengikut budget anda, i really recommend my designer. beliau tak akan hampakan anda.

saya kena lebih gigih menurunkan berat & membuang segala lemak². nanti nak discuss more tentang kasut, veil & others accessories.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009