bentuk tubuh & busana: Apple shape

ok dearie. now turn APPLE SHAPE.


[1] Posture - Kurus di bahagian bawah badan iaitu pinggul & kaki. Mempunyai bahu & dada berbidang besar serta torso yang lebar & lilitan pinggang yang agak penuh. Biasanya, ukir lilit dada adalah 1 inch atau lebih besar daripada ukur lilit pinggul.

[2] Tips - Jangan pilih busana yang mempunyai penataan yang terlalu sarat di bahagian lengan. Ia akan membuatkan bahagian torso (bahagian utama tubuh, tidak termasuk kaki, lengan & kepala) kelihatan lebih lebar & nampak sarat di bahagian atas badan. Pemakaian korset agak kurang membantu membentuk tubuh APPLE-shape. Dengan itu, mainan ilusi dari segi pandangan mampu membantu. Tambahkan penataan hiasan pada bahagian pinggang atau gaun busana yang direka sempurna dengan bahagian bawah baju (pinggang ke bawah) lebih lebar. Gaya ini mampu memberi impak terbaik pada penampilan. Ia mampu menarik perhatian pandangan yang lebih pada bahagian pinggang ke bawah, sekaligus menyeimbangkan ilusi pandangan pada tubuh. Selain itu, penataan pada bahagian leher busana juga memainkan peranan. Bentuk yang dicadangkan adalah:


sweetheart neckline. a bit sexy


V-neck. pun sexy

Elakkan bentuk potongan leher tinggi kerana gaya ini menampilkan bahagian bahu & dada yang lebih lebar.

[3] Style - Busana yang sesuai digayakan adalah:


tea length wedding dress


empire line wedding dress


princess line wedding dress


a-line wedding dress

Ball gown wedding dress juga sesuai. Cuba elakkan bentuk busana yang berpotongan trumpet.


Design baju untuk Apple-shape lebih kurang Pear-shape cuma gaya tata hiasan yang sedikit berbeza.

Siapa yang punya bentuk tubuh Jam Pasir a.k.a Hour Glass? ouh, anda sememangnya bertuah!

bentuk tubuh & busana: Pear shape

morning sweetie

gigih sungguh saya. pagi² dah nak share tips memilih design pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh kita. lagi pun, saya sudah berjanji dalam
entry yang lepas, kan? saya tammo dituduh mungkir janji tau. ngeeeeeeeeeee

entry tips ini saya bahagikan mengikut bentuk tubuh. (tips adalah dari majalah Ratu Sehari Edisi 10). hopefully, ia membantu bride2b out there mencari design sesuai untuk hari bersejarah anda. we'll start with PEAR SHAPE.


[1] Posture - Bahagian atas badan especially pinggang & bahu, berukuran lebih kecil daripada bahagian badan bawah iaitu pinggul & peha. normally, ukuran lilitan pinggul adalah 2 inch atau lebih besar daripada ukuran lilitan dada.

[2] Tips - Menyeimbangkan kembali postur tubuh, haruslah mencari rekaan atau tataan perhiasan busana yang lebih sarat pada bahagian atas badan. Penggunaan span/padded pada bahu & bahagian badan boleh melebarkan bahagian tersebut sekaligus mampu menyerlahkan penampilan yang lebih seimbang. Gaun berpotongan kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul. Namun, cubalah untuk seimbangkan rekaan atau perhiasan pada gaun & tambahkan rekaan bentuk pada bahu yang lebih lebar sedikit agar seimbang. Antara gaya potongan busana di bahagian bahu yang boleh diaplikasikan adalah:


shoulder wrapped collars


short sleeves


off-shoulder


bolero jackets

shrugs

[3] Style - Busana berbentuk empire-waist wedding gown, princess line serta A-line cut menarik untuk PEAR-shape gayakan.


ball-gown wedding dress


princess wedding dress


a-line cut wedding dress


empire-waist wedding dress

saya termasuk dalam kategori ini. memang suka sangat buah pear. dapat bentuk badan pun pear. kehkehkeh

okies, wait for the next entry. about APPLE SHAPE. tunggu tau!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009