picca picca

holla!

seperti yang saya janjikan dalam entry Nilai 3, ini adalah antara picca yang telah diambil sepanjang berada di Nilai 3. layan................


cantik tak design kepala langsir ini?


pomander! pomander! kalau takde masa nak DIY, beli siap aje


antara bunga telur yang menarik hati saya


cukup tak 3? hehehe

tips untuk pengantin perempuan

hi sweetie

saya mahu kongsi hasil pembacaan saya. rajin juga saya meng'google' demi mengisi masa lapang. (statement tak boleh blah!!)

saya membaca mengenai tips kecantikan & menaikkan seri wajah untuk bakal pengantin. ada juga petua orang lama yang boleh dicuba. mana tahu, bride2b mahu mencuba. tak salah kita mencuba, kan? siapa yang tak mahu cantik yang oi di hari persandingan?!!

[1] Bunga Mawar - 44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Dimulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi. Ataupun, dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya. Anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah!

[2] Timun - Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

[3] Lobak - Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

[4] Tomato - Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.

[5] Avocado - Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

[6] Daun sirih - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah! Seeloknya, amalkan 30 hari sebelum hari perkahwinan.

[7] Limau Purut - Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.

ada juga yang membuat rawatan di salun kecantikan. facial, spa, mandi lulur, mandi bunga, mandi susu, pedicure, manicure, etc2. elok juga & amat digalakkan melakukan rawatan kecantikan ini (terutama facial) 3 bulan sebelum majlis.

pemakanan juga harus dijaga. perbanyakkan minum air masak untuk mengekalkan kelembapan wajah & mem'balance'kan kandungan minyak di kulit wajah. (especially kepada mereka yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak). banyakkan memakan buah-buahan & sayuran hijau. elok tau!! elok juga dielakkan dari memakan makanan yang masin terlampau untuk mengelakkan lebam bawah mata a.k.a eyebag. ouh ye, seafood juga bolehlah dikurangkan untuk sementara waktu untuk mengelakkan kulit anda berterusan mengalami alergik (for those who have sensitive skin). tidur yang cukup juga penting untuk kekal cergas & bertenaga.

mari kita share tips kecantikan yang boleh kita amalkan as bride2b...moga kita menjadi GORJES di hari perkahwinan kita...kehkehkeh

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009