dah kahwin, mana nak tinggal??

morning sweetie

dalam excited doing all the preparation, nak tanya sikit ni. bride2b ada terfikir tak kehidupan selepas berkahwin kelak? i mean, tinggal mana nanti...huhuhu soklan cepu-cemas ni.

saya juga ada berfikir. samada hendak duduk sendiri berdikari bersama hubby sayang hati OR duduk sekali bersama keluarga. tak kisah samada keluarga sendiri atau mertua. chop! jika duduk sama keluarga menjadi pilihan, saya pasti ramai memilih duduk sama keluarga sendiri. kan kan? kehkehkeh

saya & mr X tidak terkecuali membincangkan perkara ini. banyak perkara yang kami consider-kan. antaranya:

[1] tinggal di rumah sewa saya since saya pun duduk alone. TAPI, masalah jiran yang amat gemar memekak, menjerit, memaki hamun & sewaktunya membuatkan rumah itu tidak menjadi pilihan kami. ouh! kami pastinya mahukan tempat yang selesa & aman damai tanpa pencemaran bunyi & sewaktunya. tidur yang lena amat penting buat kami. ceh!

[2] tinggal di PA since istana hinggap family saya itu tiada siapa yang duduk. TAPI, jaraknya yang agak jauh dari tempat kerja kami berdua membuatkan ia bukanlah pilihan terbaik. hanya akan meningkat kos travel kami saja nanti.

[3] menyewa. dipertimbangkan TAPI pada kami, ia tidak beberapa bijak kerana membazirkan wang dengan membayar sewa. dari menyewa baik kami beli rumah. hihi long-term plan is buying our home-sweet-home. so, pilihan ini KIV

[4] stay di Banglo Kuning. yeah, ini adalah pilihan terbaik yang kami nampak buat sementara waktu. i'll stay with my beloved future PIL. ahaksss

perlu diingat, selepas berkahwin, kita perlu recover everything especially kewangan kita. wedding ni banyak mengeluarkan belanja. bukan lelaki sahaja, perempuan pun. so, selagi ada jalan untuk berjimat, kita pilihlah jalan itu.

dalam masa mengukuhkan kembali yang tak beberapa kukuh, plan for the next stage. sooner or later, kita pasti akan duduk berasingan dari keluarga. berdikari kekdahnya. so, kumpul duit sebanyak yang boleh then belilah rumah. hartanah is the good investment. lifetime tau! dalam pada mengukuhkan kewangan tu, kukuhkan juga hubungan kita bersama keluarga baru. 2 in 1 gitu.

pasti ramai tak berapa agree dengan pilihan saya ini. lain orang, lain pandangan. my advise, jangan terpengaruh sangat dengan kata² bahawa menantu perempuan tak akan ngam dengan ibu mertua. buang jauh² fikiran tipikal begitu. give it a try first. don't jump to conclusion. kita berkahwin bukan sahaja dengan anaknya, tapi kita berkahwin dengan seluruh keluarganya. kalau siapa yang kahwin dengan anak yatim piatu, u are so lucky! kehkehkeh

bertimbang rasa, bertolak ansur, berbincang, being transparent, saling sokong menyokong & memahami antara wife & hubby amat penting di awal perkahwinan. ceh, cakap macam dah kahwin jek.

just my 2cents ;)

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009