bila yang berkahwin itu anak sulung

hello sweetie

tengah syok² tidur, dapat call dari Mak. ouh Mak, mata anakmu dah segar bugar selepas mendengar suaramu. macam mana nak tidur semula ni???. mendengar suara Mak yang excited, membuatkan saya terharu. betapa Mak happy anak sulung dia ini nak berkahwin. Ayah pun happy juga tapi Ayah pandai cover. ekekeke

"Along, Mak tengok cantik bunga kristal tu. Boleh letak dalam bilik pengantin. Ayah pun suka."
"Mak nak beli carpet lain nanti. letak kat hall untuk malam nikah nanti."
"Mak tengok bunga telur cantik² kat Kuantan ni. nanti ada masa, balik sini yer. kita gi beli sesama."
"Mak nak cat lain nanti rumah. Beli langsir baru..."
"Mak tengok cantik² paper bag kat kedai tu. Ayah pun kata cantik."

ouh Mak, sayang Mak sangat². ini antara dialog Mak. ada banyak lagi kata² Mak yang disenaraikan di sini, mau ber'page²' entry ini nanti. ekeke

Ayah & Mak. orang paling gembira bila anak sulung dia nak berkahwin. dari awal lagi, Mak & Ayah dah plan macam². best part is, idea saya alhamdullillah, mereka agreed. hrmmm macam ni rupanya nak menerima menantu sulung ekkk

itu baru parent saya. belum diceritakan pula reaksi makcik pakcik saya, Aki Wan saya. cucu sulung nak kahwin! berita dah tersebar satu kampung tu. Maklong siap nak import kumpulan marhaban dari kampung ke PA lagi. ouh! terharunya saya...

saya happy bila berjaya membuatkan keluarga saya happy. saya tahu mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka. saya yakin dengan pilihan mereka ini, yang juga pilihan hati saya.

Mak, nanti kita gi Nilai 3 cari dulang hantaran macam Mak nak tu ekkkk. Ayah, pinjam kereta & hulur duit boleh??? ekekeke
Mak, Ayah...Along sayang sangat²!!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009