pengalaman itu amat berharga

hi sweetie

saya berasa sayu ketika saya menaip entry ini. suddenly, teringat semua memori bercinta dulu. bukan rindukan semua itu, tetapi terfikir betapa banyaknya pengalaman dalam perhubungan yang saya tempuhi sebelum bertemu mr X.

pernah satu ketika saya terfikir, kenapa saya tidak ditakdirkan bersama mr X dari awal lagi? tak perlulah saya sakit hati, kecewa, disakiti, menangis & sewaktu dengannya. mungkin, kami telah hidup bersama sekarang. agak²nya, dah ada baby dah. hahaha

tapi, itulah dia kehidupan. "DIA turunkan hujan, ribut, petir dahulu untuk kita kerana DIA nak berikan kita pelangi yang indah." yeah! kata² ini diberikan oleh sahabat saya selepas saya putus tunang dulu. siapa yang pernah lalui pengalaman itu, pasti rasa apa yang saya rasa ketika itu. bukan mudah memutuskan sesuatu hubungan. tambah² lagi, si-EX kita itu kembali kepada kekasih lama. fuh!!! peritkan? pelikkan manusia. ntah apa rasanya menyeksa perasaan orang. ntah apa rasanya mempermainkan perasaan orang. best sangat ke??? rasa sakit sangat hati bila kita dipermainkan.

hrmmm...itu semua pengalaman amat berharga untuk kehidupan saya. mungkin untuk kehidupan kita semua. pengalaman yang mematangkan diri kita dalam menilai sebuah perhubungan. selepas diuji dengan segala macam rasa, insyaALLAH, kebahagiaan muncul jua. siapa sangka, jodoh kita hanya depan mata....

bak kata mr X, kalau sudah jodoh, pergilah sejauh mana pun, pasti akan bertemu juga. yeah! saya admit kata² mr X. selepas almost 8,9 years saya berpindah dari rumah kami yang sebelah-menyebelah, siapa sangka yang kami akan disatukan sebagai suami isteri kelak. don't be surprise kalau saya katakan, hubungan kami disatukan oleh keluarga kami. hihihi pilihan ibu bapa tidak kurang hebatnya.

now, kami menghitung detik menanti hari kami disatukan dalam sebuah ikatan yang sah. insyaALLAH, kami akan saling lengkap-melengkapi. doakan semoga hubungan ini berkekalan hingga akhir nafas kami...

sayang, i love u so much!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009