ONE: curtain

hello all

bulan ni, saya dah start busy hunting stuffs for my ONE day with mr X. since parent balik KL last weekend, kami perbincangkan mengenai banyak perkara.

Jumaat lepas, bawa Mak pusing² Jalan TAR. surprisingly, tak jammed langsung! hehe cuma on d way balik saja jammed teruk. silap timing, balik sama ngan orang balik kerja.

merata kami berjalan. setiap kedai kami masuk. saya sempat belikan kain untuk Angah, Adeq & Diba. after this, beli untuk family yang lain pula. Mak mencari² curtain sesuai untuk rumah kami. saya prefer curtain yang berwarna soft pink. nampak romantik & sweet saja. ihiksss


tak ingat jumpa katne. btw, credits to the owner of dis pix. ngeeee

ajak Mak masuk Jakel. fuh! rambang mata. at first, pilih² bed-sheet. Mak dah berkenan dengan satu bed-sheet itu. hrmmm saya masih berfikir² samada nak ambil bed-sheet di Jakel itu atau di Aussino itu. aci tak kalau saya beli both?? hahahaha


review sipi² tentang curtain yang berjaya di'sponsor' oleh Mak. hehe suka sangat dengan corak yang ada pada curtain tu. macam kena dengan tema saya nanti.

kawan² yang berciri bride2b, cepat serbu Jakel. almost rm10 diskaun untuk semeter...

sekarang tengah pening fikirkan deco untuk bilik panten. any idea??

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009