Ombak Di Perut

tajuk tak boleh blah langsung!

sekarang ni, memang kerap rasa baby movement. kadang² ke kiri, kadang² ke kanan. tendangan padu dia jangan cerita laaaa...dia tengah praktis tendang bola kot. mana tidaknya. Papa-nya peminat setia ManU. tiap kali ada game, Mommy-nya akan temankan Papa-nya tonton game ManU. kalau tak game ManU, game team lain pun layankan saja. haish, memang anak Papa baby ni. ihikssss

bila saya rasa movement dia rancak sangat, saya tersenyum. at least saya tahu yang baby saya sihat & aktif dalam ni. makin rancak time tidur malam. selak² juga tengok peyut molat saya ni. boleh nampak ombak² kecil di perut. bergelombang je hasil gerakan baby.

serious, saya tak mampu nak describe apa perasaan saya ketika tengok semua itu. saya bersyukur sangat² kerana diberi peluang melalui & merasai semua ini. tak semua wanita di dunia ini dapat lalui pengalaman begini bukan?

ada juga hajat dihati nak tepek video ombak di perut ni. fikir² semula, haish! malulah.

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009