Cerita Untuk Baby

baby,

lately ni Mommy kerap rasa sakit² di bahagian bawah perut Mommy. bila bangun dari tidur, memang rasa sakit sangat². rasa tegang & keras je perut Mommy. Mommy risau juga. takut baby ada pape² yang Mommy tak nampak. so, Mommy decide pergi clinic.

doc buat scan lagi. ouh, baby membesar dengan jayanya. memang baby tak duduk diam. baby buat aksi macam² masa doc scan. saja tunjuk bakat yer baby? hehehe doc ada bagitau Mommy, kemungkinan berat baby more than 3KG masa deliver nanti. part lain semua OK. well-developed.

part yang tak berapa nak best-nya, ada sedikit uri Mommy duduk kat bawah, dekat dengan laluan baby nak tengok dunia luar nanti. kepala baby & uri tu berdekatan dengan laluan tu. tu sebab Mommy kerap sakit bahagian bawah perut & rasa tegang semacam. doc kata, 1 bulan dari sekarang Mommy kena datang check lagi kedudukan uri tu. if still at same position, Mommy akan di-refer ke hospital. ouh, Mommy doa moga keadaan akan berubah masa tu.

Mommy dah bagitahu Papa. Papa nampak risau juga. Mommy bagitahu juga Tok Ma di Kuantan. Tok Ma pesan jangan buat kerja berat & banyak berjalan. jangan minum yang manis², takut kena diabetic. pendek kata, Mommy kena banyakkan rehat. insyaALLAH, berkat doa semua, keadaan Mommy akan OK. kita sama² doa yer baby.

doc pun dengan yakin dah nampak gender baby. ihiksss.....

2 Comments:

Cik Puan Fara said...

Ohhh... sile extra hati2 yer.

♥♥relyza♥♥ said...

baik puan fara. ko pun jaga diri elok² tau.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009