Bila Dah Mula Ber-Shopping

orang tua² pesan, jangan beli barangan baby awal² preggy. depa kata tak elok. nampak excited sangat. dunno laaaa. mungkin ada relevant-nya pesanan orang² tua ni. so, disebabkan pesanan itu, saya menahan keinginan untuk shopping barangan baby masa 1st trimester hari tu.

since sekarang dah masuk bulan akhir 2nd trimester, saya rasa dah tiba masa sesuai nak hunting barangan baby. saya dah mula tak larat nak berjalan sangat. perut molat ni amatlah rasa tegang. dah payah sikit nak bergerak & berjalan laju.

bila dah start shopping barangan baby ni, dah rasa payah nak stop. agagagaga pantang ke mall, mata mula melilau mencari kedai barangan baby. singgah Ampang Point pun sempat masuk Poney (haish, terbayang plak baju comey tu. nyesal tak beli!!). daripada saja nak tengok² & jalan², sure terbeli punyalah. cannot tahanlah. comey sangat!

last Thursday, saya ingat nak jalan² je ke Jusco Maluri. rupanya, saya "langkah kanan" untuk habiskan duit. hihihi ada J-Card Member sale. dapat parking, saya terus melangkah ke baby department eventho tujuan asal nak jalan² sambil beli buah. baby department memang sesak dengan ramai parent & anak kecil. hasil saya ke baby department??? jeng....jeng....jeng...






ada juga beli mittens & booties yang match dengan baju² yang takde mittens & booties sepadan. tengok² juga baju newborn. tak yakin plak nak beli sebab macam kecik sangat. masa adik bongsu saya lahir dulu, takde la kecik macam tu bajunya. hehehe

Hubby Sayang geleng kepala saja tengok saya shopping baju² baby ni. suka baju yang siap ada topi & mittens booties one set tu. ngeeeeeee tak sabar nak tengok baby pakai.

bila cerita pada Mak di Kuantan, Mak marah. Mak kata, nak pergi beli bawa dia. dia takut saya tak tau nak pilih nanti. ihiksss...pandai je Mak bagi excuse. padahal Mak pun excited sama. cucu sulung katakan...

stop dulu beli baju baby. nak kena beli barangan lain pula. tapi, betul ke boleh stop daripada beli baju baby????? comey sangat laaaaaaaa & cannot tahan meh!

12 Comments:

Cik Puan Fara said...

aku tgh menahan diri lg ni anor..hehe

ms sz said...

Aha, itu die sindrom 1st time nak jadi nenek :p my mom also cakap tak perlu beli. nanti saya dalam pantang, die g shopping dengan husband.

sy shopping barang, saya diam-diam aje. tetiba dah bawa balik ke rumah mak untuk persediaan berpantang.

ally said...

anor..hehe..bestnya dah shopping baju2 baby...me, belum shopping lagi..xde hati nak g shopping sesorang walaupun tgk baju2 itu sgt la menggugat jiwa raga..comel2 la..n newborn nya baju mmg kecik2 kan..me pon x yakin nak beli juga..

Puan nadxoxo said...

Zahin pun ada baju 'Happy Friends Forever' tu :)

cik yaya said...

nanti pantang kat kuantan ke?yeay boleh p tengok.hehe

♥♥relyza♥♥ said...

diane, tahan dulu tau. better beli if dah tau jantina or dah 5,6bln nnt...

♥♥relyza♥♥ said...

ms sz, my mum cover excited dia tu. kadang bila call tu, tercerita kat dia dah beli itu ini. agagagaga ckp baru beli sket, pdhal dah byk memborong. ngeeeeeeeeeee

♥♥relyza♥♥ said...

ally, tunggu shopping ngan hubby ekkk
anor rasa anor tak beli kot newborn nye. kalo beli, maybe 2,3psg je.

♥♥relyza♥♥ said...

nad, yer ke? blh la nanti zahin jupe baby pakai baju sama2. ihiksss

♥♥relyza♥♥ said...

yaya, yup! pantang di kuantan. yaya dtg tlg jaga baby ekkk ngeeeeeeee

Lulu caldina said...

ni dah tau ke boy atau girl?

♥♥relyza♥♥ said...

lulu, dah nampak dah. ihiksss

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009