Anomaly Scan

sepatutnya, saya datang buat anomaly scan or nama mudah fahamnya, detail scan ni pada week 20. tapi, tertangguh almost 1 month sebab appointment-nya clash dengan date saya kena minum air gula di KK. at last, Jumaat lepas baru dapat pergi Ampang Puteri for detail scan.

pergh...lama betul nak menunggu. cabut sekejap dari office 2 jam. nasib mood bos ala² baik gitu. takde tanya² mana saya menghilang. OM si kaki kipas pun takde mencari sangat. selamat!

saya patient last yang di-scan. patient last tu...padahal datang pukul 8.30AM. huhuhu orang lain datang at 7.30AM tunggu depan pintu yang masih berkunci. gigih! takpe la...last pun last. janji settle semua hal.

Hubby Sayang tak tahu langsung saya datang buat detail scan. sengaja nak buat surprise pada dia. kalau saya excited bila dapat tengok rupa baby, apatah lagi Hubby Sayang. hekhekhek...

alhamdullillah, semuanya sempurna. mata, hidung, mulut, jari, tangan, kaki & everything! molat je pipi baby. at week 25, baby dah 874gram. fuh! Mommy kena kumpul banyak tenaga nak push baby nanti. baby tak banyak gerak masa doc scan. tapi pandai posing. hehehe sempat tengok baby menguap, mengantuklah tu.

selesai semuanya, saya masuk office terus. habis kerja baru datang ambil vitamins & CD. cepat² balik rumah & pasang lappy. tunjuk pada Hubby Sayang picca Award kami. ihiksss...like I said before. Papa-nya excited! yang lagi mengejutkan, tak sangka ada video baby. subhanallah! indah sungguh ciptaanNYA. saya rasa tak percaya ada seorang manusia dalam tubuh ini sedang menanti masa untuk dilahirkan ke dunia.

wish to share the picca and video with all of you. but, Hubby Sayang dah larang awal². dia tak bagi until our baby lahir nanti. sorry ya kawan².

sekarang, before tidur mesti nak tengok video baby. love you a lot!

10 Comments:

ally said...

wah..bestnya..ada video..anor wat detail scan tu kat mana?

Cik Puan Fara said...

wuuu..xsabar juga nk mengalami saat2 tu...

♥ balkidz_hunny ♥ said...

hmm. bestnya dapt tgok video 4D baby :)

Syidah said...

masih lagi sabar menunggu detik itu. janji baby tu sihat..

Nad Nazira said...

hehe..ingatkan anomaly tu ape..nad pun nak buat gak..tunggu masuk 24 weeks nanti..lagi 2 minggu. tak sabarnye. nad belum pindah KL lagi..aritu gi UPM submit tesis master.. :)

♥♥relyza♥♥ said...

ally, anor buat kat ampang puteri.

♥♥relyza♥♥ said...

fara, nanti share feeling ko masa 1st time scan & nampak rupa bentuk baby...tu yg paling diingati. rasa nak menitik air mata tau

♥♥relyza♥♥ said...

balkidz, aah. terpegun semua ada. hebat betul kuasa ALLAH kan

♥♥relyza♥♥ said...

syidah, yup! janji baby sihat. syidah akan lalui juga nanti

♥♥relyza♥♥ said...

nad, ingatkan dah pindah kL. boleh kita dating2 mommytobe. hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009