Monthly Shopping

semalam, before final bola start, saya ke Tesco. as usual, every month bila dapat gaji, kenalah beli barang² keperluan harian Hubby Sayang & saya. nanti dah stay rumah sendiri, kena pula beli barang² dapur. ihiksss...tak sabar pula nak duduk sendiri sama Hubby Sayang & baby. masa tu baru rasa kehidupan berkeluarga sebenar. betul tak?

sambil beli barang² kami, saya tak lupa beli barang² untuk budak kenit dalam tummy molat ni. dah boleh slash pada certain things. bila tengok semula checklist, baru saya perasan banyak lagi barang nak kena beli. risau pula kalau tak sempat membeli. huhuhuhu

saya sempat borong:
[1] changing mat
[2] another 10 pcs napkin (Mak suruh tambah)
[3] disposable diapers
[4] sabun basuh baju baby
[5] toiletreis (yang travel set saja)

Hubby Sayang terkejut tengok saya memborong dengan bahagianya semalam. penuh kereta. kehkehkeh

ouh ya, saya nak bertanya pada kawan². maternity pad kena beli tak? agak² kena beli berapa banyak? brand mana yang elok? confuse & teragak² nak beli ni.

Tahniah Malaysia

sebelum cerita panjang², nak wish TAHNIAH buat team bola Malaysia yang berjaya bawa pulang Piala AFF Suzuki tu. habis sudah kemarau 14 tahun Malaysia. rasa yummie bila "harimau" baham "garuda". hikhikhik

saya layan bola with Hubby Sayang di "stadium" de KL City Tomyam. penuh sesak dengan semua penyokong Malaysia. siap ada yang bawa semboyan & bendera Malaysia. bagus betul semangat Malaysia yang ada pada anak² muda ini. kehkehkeh

sempat juga Hubby Sayang snap picca suasana di "stadium" ketika perlawanan tengah berlangsung. memang riuh & meriah especially masa Safee jaringkan gol & time Khairul Fahmi selamatkan gawang Malaysia. tammo ulas panjang². kita layan picca k


aiseh, mata mengantuk dah. ada lagi picca lain tunggu que nak di-upload. nanti sambung yer. ngehngehngeh

27 week

last Thursday, genap baby berusia 27 minggu. pergh! cepat je masa berlalu. tengok ticker kat sebelah ni pun, kurang 90 hari lagi untuk mendakap baby erat². seram ada, takut pun ada. excited & tak sabar pun ada. semuanya bercampur-aduk. hehehe

nah, saya nak tayang perut saya yang berusia 27 minggu. membesar bagaikan juara kan kan?


picca bersama adik² di Kuantan Parade

Khamis akan datang ni, saya akan melangkah ke 3rd trimester of my pregnancy. dupdapdupdap. hopefully semuanya berjalan lancar & selamat. moga saya & baby kekal sihat. alhamdullillah, sejak pantang betul² & ikut advise doc, saya dah jarang sakit² & demam. kuatkanlah semangat ini untuk terus berpantang...huhuhu

baby mula kurang kicking & moving sekarang. mungkin terbatas ruangan baby nak buat aksi. saya amat geli hati bila saya tekan² peyut molat saya, baby akan tolak jari² saya. seriously, I can feel it. mungkin badan dia or montot dia. baby marah Mommy kacau baby yer?

semalam masa tengok bola, Malaysia vs. Indonesia, baby punyalah aktif kicking Mommy. baby pun nak sorak & sokong Malaysia yer. nasib Mommy cepat² balik rumah. if tak, baby sambung tengok ManU plak. kehkehkeh

Dah Sampai

dalam entry yang lepas, saya dah TERorder feeding bottle idaman untuk si kecik dalam tummy molat ni. less than 1 week, barang yang telah TERorder tu selamat sampai. yea! yea! happy bangat saya.


packaging ia menarik. i like!

ada 4 bottles, 2 bottle 9oz and 2 bottle 4oz. ia ada bagi extra 2 teats and 2 solid bottle caps. saya pilih color orange and yellow. if baby comfortable dengan bottle ini nanti, saya akan beli another color. biru nampak cantik juga.


bottle ni memang diperbuat dari kaca. trust me, ia takkan pecah. Hubby Sayang dah buat test. bila saya tunjukkan bottle set ini pada dia, dia terus belek². tiba² saya dengar bunyi benda jatuh. rupanya, Hubby Sayang tengah test campak² bottle ni ke lantai. kuat plak tu. betul² nak test ni. takkan baby larat nak baling or campak bottle macam Papa dia buat. agagagaga

ouh ya! bottle ini ringan sahaja. for sure baby boleh pegang bila sampai masanya nanti. maybe teat yang kena tukar, ikut kesesuaian & keselesaan baby nanti. mana tahu ada para Mommy yang tammo baby confuse between real teat and bottle teat. ngehngehngeh...

Feeding Bottle

start shopping barangan baby semula. see, saya mampu bertahan untuk seketika saja. cannot tahan meh! selagi tak lengkap semua barangan dalam checklist tu, selagi tu tak dok diam.

cuci² mata kat blog barangan baby, langsung terORDER feeding bottle untuk baby. saya beli di sini. memang dah set nak baby pakai feeding bottle yang ini. banyak baca review tentang bottle yang ini & semua yang guna amat berpuas hati. ada sedikit review tentang bottle ini di sini. ahaksss....hope dapat save duit Mommy dari tukar² bottle baby every 6 months, maximum!


thanks to uncle Google for the picca

tak sabar nak tunggu ia sampai. nanti dah sampai, saya buat more review ok.

Anomaly Scan

sepatutnya, saya datang buat anomaly scan or nama mudah fahamnya, detail scan ni pada week 20. tapi, tertangguh almost 1 month sebab appointment-nya clash dengan date saya kena minum air gula di KK. at last, Jumaat lepas baru dapat pergi Ampang Puteri for detail scan.

pergh...lama betul nak menunggu. cabut sekejap dari office 2 jam. nasib mood bos ala² baik gitu. takde tanya² mana saya menghilang. OM si kaki kipas pun takde mencari sangat. selamat!

saya patient last yang di-scan. patient last tu...padahal datang pukul 8.30AM. huhuhu orang lain datang at 7.30AM tunggu depan pintu yang masih berkunci. gigih! takpe la...last pun last. janji settle semua hal.

Hubby Sayang tak tahu langsung saya datang buat detail scan. sengaja nak buat surprise pada dia. kalau saya excited bila dapat tengok rupa baby, apatah lagi Hubby Sayang. hekhekhek...

alhamdullillah, semuanya sempurna. mata, hidung, mulut, jari, tangan, kaki & everything! molat je pipi baby. at week 25, baby dah 874gram. fuh! Mommy kena kumpul banyak tenaga nak push baby nanti. baby tak banyak gerak masa doc scan. tapi pandai posing. hehehe sempat tengok baby menguap, mengantuklah tu.

selesai semuanya, saya masuk office terus. habis kerja baru datang ambil vitamins & CD. cepat² balik rumah & pasang lappy. tunjuk pada Hubby Sayang picca Award kami. ihiksss...like I said before. Papa-nya excited! yang lagi mengejutkan, tak sangka ada video baby. subhanallah! indah sungguh ciptaanNYA. saya rasa tak percaya ada seorang manusia dalam tubuh ini sedang menanti masa untuk dilahirkan ke dunia.

wish to share the picca and video with all of you. but, Hubby Sayang dah larang awal². dia tak bagi until our baby lahir nanti. sorry ya kawan².

sekarang, before tidur mesti nak tengok video baby. love you a lot!

What If.....

lately ni, fikiran saya macam terganggu plak. rasa sayu je hati ni. mata mudah sangat nak bergenang, sedih. (tengah type ni pun nanes)

what if................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

masa saya melahirkan baby dalam tummy ni, saya pergi mengadap Ilahi? macam² yang saya fikirkan. mampukah Hubby Sayang menguruskan diri & baby tanpa saya nanti? bolehkah baby nanti mengenali saya sebagai IBU-nya tanpa mendapat belaian kasih dari Mommy nanti? relakah semua melepaskan saya pergi? sanggupkah saya tinggalkan orang² yang saya sayang untuk selamanya? bersediakah saya?

Ya ALLAH, panjangkanlah umurku untuk aku terus sujud menyembahMu & berjasa kepada mereka yang aku sayang....

Mommy tak sanggup memikirkan baby tiada Mommy disaat baby perlukan

Updated Baby's Checklist

hari ni nak update checklist barang² baby yang dah boleh dipotong. huhuhuhu

Clothes
(1) Baju lengan panjang/lengan pendek/sleeveless/rompers
(2) Seluar panjang/seluar pendek
(3) Baju lubang²/baju jalan²
(4) Baju tidur
(5) Mittens & booties
(6) Topi
(7) Barut
(8) Kain bedung/kain napkin
(9) Sapu tangan
(10) Baby bip - bila baby nak masuk 6 month baru beli
(11) Safety pin
(12) Hand/leg warmers - berguna bila balik kampung yang malam hari kesejukan melampau

Baby care/bathing/grooming
(1) Towels
(2) Baby bath/shampoo/lotion/baby oil/talcum
(3) Minyak telon/minyak Yuyi
(4) Bath tub & safety bath mat - beli lepas habis pantang I guess
(5) Cotton buds/cotton balls
(6) Baby wipes/wet tissue
(7) Thermometer
(8) Changing mat
(9) Disposable diapers/Cloth diapers
(10) Diaper rash cream - brand Bepanthen (boleh juga digunakan as krim nipple merekah jika menyusu) & juga brand Drapolene
(11) Baby nail clipper
(12) Nasal aspirator
(13) Gripe water/Colic water
(14) Brush/comb

Feeding
(1) Breast pump & storage bottles
(2) Feeding bottles - dah ada yang berkenan dihati
(3) Bottle teats
(4) Bottle sterilizer
(5) Bottle & teat brush
(6) Pembersih botol susu
(7) Nursing pillow
(8) Thermos

Beddings
(1) Set tilam - dah request pada Mak untuk buat tilam kekabu. akan beli kain insyaALLAH enf of Oct/Nov
(2) Blanket
(3) Kelambu
(4) Baby bouncer/buaian - akan cuba mendidik baby supaya tak memerlukan alat bantuan untuk tidur

Extra
(1) Bakul/beg
(2) Tempat jemur baju baby
(3) Baby laundry detergent
(4) Diaper bag
(5) Baby sling
(6) Nursing cover

To buy after birth
(1) Katil baby/Playpen
(2) Stroller
(3) Car seat
(4) Bumbo seat
(5) Almari baju baby
(6) Baby gym

serasa saya, untuk baju² baby tu, akan bertambah kelak. al-maklum, pantang nampak yang cute plus Tok Ma dia nak shopping sama nanti. makin lajulah gelengan Papa baby nanti. ihikssss

Babymoon at 19 weeks

cerita ni dah basi pun. dari sehari ke sehari nak type tapi no idea how to start. ni pun setakat nak tepek² picca aje kot.

plan since bulan Mac 2010 akhirnya terlaksana. tak sangka pergi ke Bandung sekali dengan baby dalam tummy ni. kawan² nak tahu, saya mula rasa baby's kick seawal minggu ke-17. awal tak? masa ke Bandung before touch down airport Bandara Husein Sastranegara (full name okeh), amat ketara baby menendang. itulah for the first time, Hubby Sayang rasa tendangan baby. kami berdua feel so excited masa tu. dalam flight pun jadi. agagagaga

dah tersasar dari topic plak. layankan saja dulu picca kami berdua yer (yang lain kemudian yer)








see, saya membesar dengan jayanya right? 1st time kaki bengkak² penangan jalan non-stop & gigih mendaki gunung berapi.

Kedudukan Uri Dalam Kandungan

sejak doc bagitau mengenai kedudukan sedikit daripada uri saya berada di bawah, saya berasa agak risau. tak terfikir nak bertanyakan macam² pada doc masa tu. macam blur & tergamam juga laaa. after talked to my Mum, baru saya sedar sedikit sebanyak bahayanya.

2,3 hari ini, saya banyak tanya pada pakcik Google mengenai ini. kedudukan uri di bawah or medical term-nya placenta praevia. normally, bila dah 28 minggu or more & didapati uri berada di bawah, barulah kita dikatakan berdepan dengan risiko ini. no wonders doc suruh saya datang semula untuk tengok kedudukan uri 1 month from now.


ehsan dari Google

bila refer pada picca di atas, baru saya faham di mana kedudukan uri yang bahaya & tidak. doc ada bagitau, kedudukan uri saya ini berada di tahap II. saya copy paste dari sini untuk pemahaman lanjut kawan² yer.

Placenta praevia adalah kedudukan uri (placenta) yang tidak normal di mana uri terletak berhampiran dengan pintu serviks (os) atau menutupinya terus. Kelas 1, ialah uri berada berhampiran dengan os tetapi tidak menyentuhnya. Kelas 2, uri sudah pun menyentuh os. Kelas 3, uri menutupi sebahagian daripada os dan kelas 4 uri menutupi keseluruhan os.

Manakala, posterior pula adalah kedudukan uri di sebelah belakang uterus berbanding dengan anterior untuk bahagian hadapan.

Risiko mendapat placenta praevia adalah kebarangkalian untuk tidak melahirkan kandungan secara normal iaitu vaginal delivery kerana laluan os iaitu laluan untuk bayi telah tertutup. Dengan kata lain, pembedahan Caesarean section adalah jalan terakhir. Pendarahan juga boleh berlaku kepada uri apabila aktiviti berat, hubungan kelamin dan contraction berlaku. Pendarahan sangat merbahaya kerana ia boleh berlaku dengan cepat dan banyak.


link lain yang ada bincangkan isu berkaitan:
[1] MyPermataHati
[2] BaiBoo
[3] Intim.wordpress

so far, alhamdullillah, saya tidak mengalami pendarahan. setakat sakit di bahagian bawah perut yang mencucuk² & ketegangan melampau. mungkin sebab baby mengeras di dalam.

semoga segalanya baik² sahaja...

Bila Dah Mula Ber-Shopping

orang tua² pesan, jangan beli barangan baby awal² preggy. depa kata tak elok. nampak excited sangat. dunno laaaa. mungkin ada relevant-nya pesanan orang² tua ni. so, disebabkan pesanan itu, saya menahan keinginan untuk shopping barangan baby masa 1st trimester hari tu.

since sekarang dah masuk bulan akhir 2nd trimester, saya rasa dah tiba masa sesuai nak hunting barangan baby. saya dah mula tak larat nak berjalan sangat. perut molat ni amatlah rasa tegang. dah payah sikit nak bergerak & berjalan laju.

bila dah start shopping barangan baby ni, dah rasa payah nak stop. agagagaga pantang ke mall, mata mula melilau mencari kedai barangan baby. singgah Ampang Point pun sempat masuk Poney (haish, terbayang plak baju comey tu. nyesal tak beli!!). daripada saja nak tengok² & jalan², sure terbeli punyalah. cannot tahanlah. comey sangat!

last Thursday, saya ingat nak jalan² je ke Jusco Maluri. rupanya, saya "langkah kanan" untuk habiskan duit. hihihi ada J-Card Member sale. dapat parking, saya terus melangkah ke baby department eventho tujuan asal nak jalan² sambil beli buah. baby department memang sesak dengan ramai parent & anak kecil. hasil saya ke baby department??? jeng....jeng....jeng...






ada juga beli mittens & booties yang match dengan baju² yang takde mittens & booties sepadan. tengok² juga baju newborn. tak yakin plak nak beli sebab macam kecik sangat. masa adik bongsu saya lahir dulu, takde la kecik macam tu bajunya. hehehe

Hubby Sayang geleng kepala saja tengok saya shopping baju² baby ni. suka baju yang siap ada topi & mittens booties one set tu. ngeeeeeee tak sabar nak tengok baby pakai.

bila cerita pada Mak di Kuantan, Mak marah. Mak kata, nak pergi beli bawa dia. dia takut saya tak tau nak pilih nanti. ihiksss...pandai je Mak bagi excuse. padahal Mak pun excited sama. cucu sulung katakan...

stop dulu beli baju baby. nak kena beli barangan lain pula. tapi, betul ke boleh stop daripada beli baju baby????? comey sangat laaaaaaaa & cannot tahan meh!

Cerita Untuk Baby

baby,

lately ni Mommy kerap rasa sakit² di bahagian bawah perut Mommy. bila bangun dari tidur, memang rasa sakit sangat². rasa tegang & keras je perut Mommy. Mommy risau juga. takut baby ada pape² yang Mommy tak nampak. so, Mommy decide pergi clinic.

doc buat scan lagi. ouh, baby membesar dengan jayanya. memang baby tak duduk diam. baby buat aksi macam² masa doc scan. saja tunjuk bakat yer baby? hehehe doc ada bagitau Mommy, kemungkinan berat baby more than 3KG masa deliver nanti. part lain semua OK. well-developed.

part yang tak berapa nak best-nya, ada sedikit uri Mommy duduk kat bawah, dekat dengan laluan baby nak tengok dunia luar nanti. kepala baby & uri tu berdekatan dengan laluan tu. tu sebab Mommy kerap sakit bahagian bawah perut & rasa tegang semacam. doc kata, 1 bulan dari sekarang Mommy kena datang check lagi kedudukan uri tu. if still at same position, Mommy akan di-refer ke hospital. ouh, Mommy doa moga keadaan akan berubah masa tu.

Mommy dah bagitahu Papa. Papa nampak risau juga. Mommy bagitahu juga Tok Ma di Kuantan. Tok Ma pesan jangan buat kerja berat & banyak berjalan. jangan minum yang manis², takut kena diabetic. pendek kata, Mommy kena banyakkan rehat. insyaALLAH, berkat doa semua, keadaan Mommy akan OK. kita sama² doa yer baby.

doc pun dengan yakin dah nampak gender baby. ihiksss.....

Ombak Di Perut

tajuk tak boleh blah langsung!

sekarang ni, memang kerap rasa baby movement. kadang² ke kiri, kadang² ke kanan. tendangan padu dia jangan cerita laaaa...dia tengah praktis tendang bola kot. mana tidaknya. Papa-nya peminat setia ManU. tiap kali ada game, Mommy-nya akan temankan Papa-nya tonton game ManU. kalau tak game ManU, game team lain pun layankan saja. haish, memang anak Papa baby ni. ihikssss

bila saya rasa movement dia rancak sangat, saya tersenyum. at least saya tahu yang baby saya sihat & aktif dalam ni. makin rancak time tidur malam. selak² juga tengok peyut molat saya ni. boleh nampak ombak² kecil di perut. bergelombang je hasil gerakan baby.

serious, saya tak mampu nak describe apa perasaan saya ketika tengok semua itu. saya bersyukur sangat² kerana diberi peluang melalui & merasai semua ini. tak semua wanita di dunia ini dapat lalui pengalaman begini bukan?

ada juga hajat dihati nak tepek video ombak di perut ni. fikir² semula, haish! malulah.

Dah 6 Bulan

sedar tak sedar, sekarang dah 6 bulan baby temankan Mommy every second. Mommy happy, Mommy sedih, Mommy marah, Mommy kena marah...semuanya baby rasa. sakit hati je kan tiap hari kena marah ngan Bos Mommy tu. kita sabar saja ye baby. dah Mommy kerja dengan orang...

last month, Mommy dah minum air gula. memang tak best langsung! nasib Mommy tak muntah. hari minum air gula tu, Mommy memang kepenatan & mengantuk sangat². Mommy tukar shift dengan kawan Mommy, aunty Dila. Mommy masuk kerja pukul 3 petang. ikutkan hati nak MC saja. tapi Mommy malas nak mengadap Bos & OM Mommy yang kekwat tu. hehehe

alhamdullillah, result OK, normal. tapi, Mommy tetap kena control makan minum Mommy. keturunan Mommy memang ada diabetic. so, sebelum terkena baik kita berjaga². Mommy pun kena pastikan berat Mommy naik 2KG sebulan lepas ni. fuh! Papa gigih suruh Mommy makan tau. bila tak makan, Papa merajuk ngan Mommy nanti.

bila dah 6 bulan ni, Mommy tengok perut Mommy makin molat. tegang je rasanya. Papa selalu kata Mommy gemok. gemok sebab Papa buat. hahaha baju² Mommy banyak tak muat dah. nasib ada beli sikit² maternity cloth. peyut memang dah tak boleh nak cover dah. Papa selalu cakap² ngan baby before tidur. baby dengar tak? bila baby kicking secara jayanya, Mommy rasa ngilu & nak terkencing. Papa akan pujuk² baby nanti. jangan buat Mommy sakit. hehehe sweet sangat moment tu. baby memang aktif menendang. even masa Mommy type entry ni, baby happy guling² kat dalam sambil kicking. sah baby kaki bola nanti, sama macam Papa.

kaki Mommy pun dah start membengkak. bila tidur, Mommy akan make sure kaki Mommy ditinggikan sedikit. Mommy akan cuba elak makanan masin². Mommy takut terkena darah tinggi pula. so far, Mommy larat lagi berjalan². even orang kata jalan macam penguin. hahaha abaikan! janji Mommy masih kuat nak berdiri & berjalan sendiri. boleh shopping banyak² barang baby. ihikssss

kurang dari 4 bulan, baby akan ada depan mata Papa & Mommy. haish, tak sabar rasanya nak hug, nak kiss, nak belai² baby. Mommy sentiasa doa pada ALLAH moga baby lahir dengan sempurna & selamat. sekarang ni, baby kena makan banyak² & bina kekuatan. nanti lahir, baby boleh jadi anak yang sihat & kuat. yang riang & cerdas. yang soleh & pintar....amin...

Ticker

hi semua!!!

baru hari ni nak hapdet semula blog. before this, asyik type then save. pastu, biarkan saja di draft. hahaha nantilah saya publish entry² yang ada di draft tu. kena amend sikit.

masa online, terus jenguk blog sendiri. saya terkejut! perasan tak ticker kat left column tu? meh saya tolong tepek picca ticker itu.




haaaaaaaaa nampak tak bezanya? ada ke patut, usia baby dalam tummy ni lagi tua dari usia perkahwinan Papa & Mommy dia? boleh buat kontroversi ni. hahaha macam artis plak. dah lama perasan ticker tu macam mengong je. malas nak layan. tapi, yang ini macam ketara plak. agagagaga

ada tak ticker yang kira tepat? banyak songeh plak saya ni...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009