Yang Pertama

tadaaaaaaaaaaaa


inilah baju untuk baby yang Papa & Mommy beli untuk pertama kalinya. nanti baby boleh pakai masa kita first time bebas dari kurungan berpantang. hahaha

shopping time holiday lebih ingatkan barangan baby dari diri sendiri tau.

New Lacey Umbrella

sedikit announcement nak dibuat ni. sila beri tumpuan ye. ihiksss

saya telah menambah koleksi lacey umbrella saya. rupa²nya, ada pelbagai warna untuk lacey umbrella ni selain daripada warna off-white. ada color baby blue, baby pink, yellow, peach, soft green, black. cantik² & amat soft color yang ada.

sekarang, saya dah ada color peach selain dari off-white. akan datang, saya akan tambah koleksi saya dengan warna² yang lain. itu pun jika ada permintaan. kawan² or bride2be ada yang nak tak??


color off-white


color peach

macam biasa if nak sewa, bolehlah email sebarang pertanyaan ke relyza1410@gmail.com or tinggalkan message di facebook saya.

Happy 23 week

Hari ni baby dah 23 weeks bersama Mommy. cepat je rasa masa berlalu. kurang dari 4 bulan, insyaALLAH baby akan bersama Mommy & Papa. haish, tak sabar rasanya.

Mommy & Papa dah start beli baju² untuk baby. Papa pun dah mula excited. kami juga dah tengok² stroller & car seat untuk baby. memang rambang mata jadinya. dah target nak yang mana tapi bila sampai kedai, terus terubah fikiran. hahahaha

sekarang ni, Mommy rasa tak sihat. ingatkan demam, rupanya bukan. doc kata Mommy ada allergic & sinusitis or well-known named resdung. bahagian dalam hidung Mommy dah bengkak & block pernafasan Mommy thru hidung. Mommy kena jumpa pakar nanti. Mommy too sensitive dengan udara & certain makanan. payah Mommy nak explain dalam ni. kawan² boleh refer sini untuk maklumat lanjut yer.

doc advise Mommy supaya jaga pemakanan if takmo baby dapat allergic yang sama dengan Mommy. Mommy tak boleh makan seafood, makan buah² citrus such as orange, tembikai, kiwi, tak boleh makan kekacang & kena elakkan tempat berhabuk. doc galakkan Mommy makan betik, jambu batu, tomato cherry & epal hijau. sekarang doc hanya bekalkan Mommy ubat demam, ubat batuk & ubat sakit tekak. if melarat lagi, Mommy kena ke klinik lagi. ubat batuk tu betul² buat Mommy sleepy.

Mommy cepat² cerita pada Papa tentang apa yang doc advise. balik rumah, Papa terus vacuum bilik. buang segala habuk². Papa siap nak beli air purifier tau. Papa juga cerita pada Opah & Atuk tentang sakit Mommy. terus Opah masak makanan lain untuk kita. sayang betul Opah pada kita. nanti baby say thanks pada Opah sebab jaga kita bebaik yer.

OK baby, nanti Mommy cerita² lagi dengan baby. Mommy janji akan jaga pemakanan Mommy demi baby. Mommy nak baby jadi anak yang sihat & kuat. ouh yer, nanti Mommy cerita tentang holiday kita & barang² baby yang Mommy dah shopping. geram je tengok baju² baby yang Mommy hang dalam almari. comey!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009