Sakit Kepala & Kambing

siapa suka makan kambing? tak kiralah kari kambing ke, kambing bakar ke, kambing panggang ke atau gulai kambing. as long as KAMBING. ihikssss

hari tu, masa majlis bertandang di rumah Hubby Sayang, majlis diteruskan lagi hingga ke malam. malam tu, SIL buat majlis akikah untuk anak lelaki dia. FIL buat kambing panggang. kalau tak silap saya, 2 ekor kambing. pergh! memang sedap. saya pun makan dengan jayanya. sedapkan, plak tu makan berdua. eceh!


kambing panggang yang super sedap & laku

haaa...tak sampai 1 jam makan, saya mula sakit kepala. mula² sakit sikit saja. lepas tu, sakit tu makin kuat. berkerut² dahi menahan sakit. sakit kepala sampai bawa rasa nak muntah. adakah penangan kambing panggang or badan yang letih kerana majlis 3 hari berturut²?

itu kesan makan kambing dengan banyaknya tanpa sedar diri. malam semalam, saya hanya makan kuah gulai kambing dengan nasi beriyani sahaja. again, saya diserang sakit kepala yang melampau. sampai rasa nak muntah. pukul 3AM Hubby Sayang suruh balik rumah. dia basahkan kepala saya dengan air sejuk. ngeeeeeeeeee sejuk sampai ke otak rasanya. kemudian dia picit² kepala & paksa saya take a nap before masuk kerja semula.

risau juga saya. mana tahu tiba² BP saya naik mendadak hingga buat saya sakit kepala. takkan kerana kambing? chop! kuah gulai kambing. Mommy2be tak boleh makan kambing yer? ada kesan pada baby tak?

haaaaaaaaaa...lagi satu. Mommy2be tak boleh guna ubatan yang ada Methyl Salicylate yer? macam minyak cap kapak, Salonpas tu semua ada bahan ini. malam ni tak larat nak tanya Pakcik Google. terus tanya pada kawan² jek ni. ihiksss

syuh!syuh! nyah kau sakit kepala.

2 Comments:

remizati said...

masa mengandung dulu makan kambing, lepas tuh terus semput padahal tak pernah semput sebelum tuh...

♥♥relyza♥♥ said...

remizati, aiyak...dapat asma ke? sy makan kambing masa awal² kawen. preggy ni takde makan pun. takut sakit kepala lagi

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009