Kerana Delima

hi sweetie

entry ini tiada kaitan dengan kemalangan ngeri yang disebabkan oleh bas ekpress Delima yer. harap maklum. ihikssss walau apapun, takziah kepada semua mangsa & al-Fatihah untuk mereka yang pergi.

semenjak mengandung, alhamdullillah saya tidak mengidamkan sesuatu yang pelik² & susah dicari. awal² dulu, saya teringinkan sup kaki ayam. MIL tersayang buatkan. yummie!!! licin & siap bertambah nasi. hehe kemudian, saya teringinkan nasi lemak masakan Mak saya. adik saya dari Kuantan yang balik ke KL tolong bawakan. agagaga big thx to Abang. hari tu teringin nasi beriyani. terus terjah Tesco Ampang, cari JM Beriyani.

sekarang, bila nak makan malam, saya tak lalu nak makan nasi. goreng² lagi tak boleh. kembang saja tekak ini. ngada² tak? hehehe apa² pun, saya kena makan. sian baby dalam tummy lapar. so, saya decide nak makan buah-buahan. macam² buah yang saya beli buat stok dalam fridge.


ada betik


ada buah pear


kiwi pun ada. sumber vitamin C ok


buah jambu air. sedap makan ngan asam ni


buah lai

tapi yang satu ini, yang saya teringin sangat nak makan, saya tak jumpa lagi. saya mahu buah DELIMA!!!


ini dia rupa buah delima
(semua picca ihsan pakcik Google)

siapa tahu di mana nak cari buah delima? saya gigih ke Tesco Ampang & Jusco Maluri tapi takda jumpa. haish, takmo baby meleleh air liur sebab tak dapat buah delima.

16 Comments:

Syidah said...

cik kak,
aritu ada tgk kat pasar malam masjid jamek. pergi la. bila tgk delima tu asyik teringat kat org mengandung! 2org kawan yg pregnant pun mengidam delima. sekali beli kat giant batu caves dekat 10hinggit sebijik

ida said...

cuba cari kat MBG outlet..

Nad Nazira said...

Anor..nad baru beli aritu..jumpe kat Jusco Tmn U..sebijik rm4 lebih. mahal gak woOo..nak la tau gak rase buah delima fresh camne kan..selalu minum air jus atau air yogurt perisa delima je. sekali bile dah belah tu, tatau nak makan macammane..kena korek bijik kecik2 tu.pastu pahit sikit. kesimpulannye, nad tak reti makan buah ni..hihi. kelakar je.

biase kat jusco ade je..dah habes stok kot time anor gi tu..

♥♥relyza♥♥ said...

syidah, ada ekk kat sana? tak masam ke??

♥♥relyza♥♥ said...

ida, MBG outlet ada katne?

♥♥relyza♥♥ said...

nad, anor baca dr net, kena makan sebiji2 tu kan? dalam byk2 tu, ada 1 yg ada khasiat. tak tau la mana satu. hehehe mgkn la dah abes stok. sedey gila tak dpt makan

_ReRaMa_TeRBaNG_BeBaS_ said...

salam,,
try cr kat psr mlm mggu jln tar,,
mmg ade,,
mggu lps br blikan mak n abah cz dieorg mmg hantu delima

3biji=rm10 (saiz biase2 jer)
1biji=rm5 (besar sgt ok,,)

yg die display warna merah2, smpi rumah tak merah pon, tp tak la masan,,ok la,,masam2 manis,,manis buah,,,

♥♥relyza♥♥ said...

rerama, kena tunggu sabtu baru dpt beli. huwaaaaaaa...nanti try gi sana. hopefully ada. thx yer

Nad Nazira said...

camne nak cakap ek rupe bentuk buah ni..kene korek bijik kecik2 tu...sebab die tak lembut, keras sket, isi die je lembut. tataula buah lain macamne..yang nad beli tu camtu. ingatkan lembut macam limau bali..rupenye tidak. hehe

nad ingat pasni nak beli Jus Delima brand Areva..yang tu biase ade jual kat booth2 dalam Jusco.

Lyn Yusoff said...

dear,
cuba carik kat plaza alam sentral
kt lobby tu ada org jual buah2an kan.. dkt dgn escalator..
kawan kak lyn pernah beli kat situ...

sk said...

klu dkt dgn chow kit, boleh try gi tgk kat pasar chow kit. kdg2 ada org jual kat sana. dulu sy slalu beli kt sana..

♥♥relyza♥♥ said...

nad, anor pun ingat nak beli jus delima saja. tp macam tak puas plak. nak gak buahnya. ehehehe...

♥♥relyza♥♥ said...

kak lyn, jauhnya alam sentral. takpe, minta pakcik belikan. hehehe

♥♥relyza♥♥ said...

sk, takut la nak ke chowkit tu. mmg tak berani nak ke sana sengsorang.

farra8979 said...

ingatkan pasal bas delima.. rupenya pasal buah ek.. ^_^

cuba cr kat supermarket @ pasar malam.. tp org cakap, klu x musim, susah gak nk cari..

jusdelima said...

Jus delima perahan asli terus dari kilangnya di Turki. Mengandungi antioksida yg tinggi berbandng buah2 yg lain. Termaktub di dalam Al-Quran , kebaikan buah delima, kurma,tin ,zaitun.Membantu mereka yg mempunyai masalah kesihatan spt jantung, asma, diabetes, usus, darah tinggi, kanser, sakit mata, batuk, ibu mengandung, masalah suami isteri dan lain2. Dimana anda berada , kami sedia membantu.
Hubungi terus saya di talian atau sms 0199311274.http://jusdelima83.blogspot.com/

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009