Baby Dah 18 Week

Baby,
hari ni baby dah 18 week tau. alhamdullillah, semuanya OK. baby pun dah mula bagi Mommy rasa kewujudan baby. baby suka sangat main ketuk² kat dalam ni. yang Mommy perasan, bila Mommy nak balik rumah, baby macam excited. tak sabar nak jumpa Papa yer. haish, anak Papa nampaknya baby ni. ihikssss

Baby,
Mommy dah mula tengok² secara atas talian barang² untuk baby. boleh kata, tiap malam Mommy tengok. Papa tak putus asa pujuk Mommy supaya bersabar. Papa kata, balik dari ber-holiday nanti baru kita start beli barang² baby. tapi, Mommy tak tahu mana yang patut Mommy beli dulu. baju dulu ke, bottles ke, car-seat ke, stroller ke. haish! even Mommy dah buat checklist untuk baby, Mommy tetap tak tahu yang mana nak beli dulu. semuanya rasa patut beli dulu. haish! Mommy tak tahan mata tengok barang² baby yang comel² tu. agagagaga


bila tengok picca ni, Mommy rasa baby macam dah sempit je dok dalam tummy ni. patut baby rajin ketuk² Mommy yer. ihikssss...takpe. Mommy suka bila baby ketuk² tu. tu tanda baby respond pada apa yang Mommy kata. more info tentang baby ada di sini yer.

lupa pula nak cerita. semalam Mommy datang KK lagi. check BP, urine & berat. guess what baby? berat Mommy turun 1KG. aik, baru Isnin lepas timbang & dalam masa 2 hari boleh turun 1KG. ajaib tak? Mommy rasa penimbang di KK tu tak berapa betul. hakhakhak...mungkin juga sebab kesihatan Mommy yang agak merosot lately buat berat Mommy turun banyak. tambahan pula, selera Mommy tak berapa nak ada. mungkin tu semua faktor buat berat Mommy turun.

Baby,
duduk dalam tummy Mommy molek² ok. sila membesar dengan jayanya. jadi anak yang sihat & kuat. nanti kita pergi holiday sama² yer. kehkehkeh

10 Comments:

Matjoe said...

congrats. eksited plus cemas jugak jadi parent ni

♥♥relyza♥♥ said...

matjoe, aah. cemas sume ada ni. fuh!

♥-- emieysandra --♥ said...

sweetnyer..
mcm2 rase nk timang baby ni kan..
smge akak dan baby baik2 yer..
jgn lupe jge ksihatan,
emiey pun doakan mge bile kuar baby akn jdi ank yg soleh & taat pd ibubapa..

~_^

NURUL said...

take care yeah
jaga kesihatan tau

ceritabest said...

wah..congras..semoga anak tu nanti soleh dan solehah :)

♥ balkidz_hunny ♥ said...

dear,
nice blog.
sejuk mata bace! :D

i nak exchange link yer?
i baru je pregnant nie :)

nadiah said...

wahh. sama lah kita, sy pon tgh prggy gak. tp baru 16weeks ni.

by da way, tahniah! jaga diri leklok yer. :)

♥♥relyza♥♥ said...

nadiah, same la kita ekk..tahniah ye! hehe awk pun jaga diri elok2

dialicious said...

hehehe..comelnyeeee!!i xreti nak ckp2 dgn babyy..yg i tau..my baby skrg active gile smpai kdg2 senak perut dibuatnye..xpela..lg sbeulan dua rasanya makin sempit susah dia nak move or kick kan..skang tgh 28weeks mmg time dia suka kick2&sommersault..huhu

♥♥relyza♥♥ said...

diah, kadang2 dia menendang sgt sampe nak gerak2 pun sakit tau. hehehe terpaksa tegur gak. tak pun, minta papa dia pujuk. anak papa dia ni. ihikssss hope bila ruang dah sempit, takde la dia menendang sangat kan.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009