Baby Dah 18 Week

Baby,
hari ni baby dah 18 week tau. alhamdullillah, semuanya OK. baby pun dah mula bagi Mommy rasa kewujudan baby. baby suka sangat main ketuk² kat dalam ni. yang Mommy perasan, bila Mommy nak balik rumah, baby macam excited. tak sabar nak jumpa Papa yer. haish, anak Papa nampaknya baby ni. ihikssss

Baby,
Mommy dah mula tengok² secara atas talian barang² untuk baby. boleh kata, tiap malam Mommy tengok. Papa tak putus asa pujuk Mommy supaya bersabar. Papa kata, balik dari ber-holiday nanti baru kita start beli barang² baby. tapi, Mommy tak tahu mana yang patut Mommy beli dulu. baju dulu ke, bottles ke, car-seat ke, stroller ke. haish! even Mommy dah buat checklist untuk baby, Mommy tetap tak tahu yang mana nak beli dulu. semuanya rasa patut beli dulu. haish! Mommy tak tahan mata tengok barang² baby yang comel² tu. agagagaga


bila tengok picca ni, Mommy rasa baby macam dah sempit je dok dalam tummy ni. patut baby rajin ketuk² Mommy yer. ihikssss...takpe. Mommy suka bila baby ketuk² tu. tu tanda baby respond pada apa yang Mommy kata. more info tentang baby ada di sini yer.

lupa pula nak cerita. semalam Mommy datang KK lagi. check BP, urine & berat. guess what baby? berat Mommy turun 1KG. aik, baru Isnin lepas timbang & dalam masa 2 hari boleh turun 1KG. ajaib tak? Mommy rasa penimbang di KK tu tak berapa betul. hakhakhak...mungkin juga sebab kesihatan Mommy yang agak merosot lately buat berat Mommy turun banyak. tambahan pula, selera Mommy tak berapa nak ada. mungkin tu semua faktor buat berat Mommy turun.

Baby,
duduk dalam tummy Mommy molek² ok. sila membesar dengan jayanya. jadi anak yang sihat & kuat. nanti kita pergi holiday sama² yer. kehkehkeh

Sakit Kepala & Kambing

siapa suka makan kambing? tak kiralah kari kambing ke, kambing bakar ke, kambing panggang ke atau gulai kambing. as long as KAMBING. ihikssss

hari tu, masa majlis bertandang di rumah Hubby Sayang, majlis diteruskan lagi hingga ke malam. malam tu, SIL buat majlis akikah untuk anak lelaki dia. FIL buat kambing panggang. kalau tak silap saya, 2 ekor kambing. pergh! memang sedap. saya pun makan dengan jayanya. sedapkan, plak tu makan berdua. eceh!


kambing panggang yang super sedap & laku

haaa...tak sampai 1 jam makan, saya mula sakit kepala. mula² sakit sikit saja. lepas tu, sakit tu makin kuat. berkerut² dahi menahan sakit. sakit kepala sampai bawa rasa nak muntah. adakah penangan kambing panggang or badan yang letih kerana majlis 3 hari berturut²?

itu kesan makan kambing dengan banyaknya tanpa sedar diri. malam semalam, saya hanya makan kuah gulai kambing dengan nasi beriyani sahaja. again, saya diserang sakit kepala yang melampau. sampai rasa nak muntah. pukul 3AM Hubby Sayang suruh balik rumah. dia basahkan kepala saya dengan air sejuk. ngeeeeeeeeee sejuk sampai ke otak rasanya. kemudian dia picit² kepala & paksa saya take a nap before masuk kerja semula.

risau juga saya. mana tahu tiba² BP saya naik mendadak hingga buat saya sakit kepala. takkan kerana kambing? chop! kuah gulai kambing. Mommy2be tak boleh makan kambing yer? ada kesan pada baby tak?

haaaaaaaaaa...lagi satu. Mommy2be tak boleh guna ubatan yang ada Methyl Salicylate yer? macam minyak cap kapak, Salonpas tu semua ada bahan ini. malam ni tak larat nak tanya Pakcik Google. terus tanya pada kawan² jek ni. ihiksss

syuh!syuh! nyah kau sakit kepala.

OM Yang Makan Gaji Buta

sorry yer kawan². hari ni terselit satu entry melepaskan rasa terbuku dihati. dah lama perkara ni dipendamkan. kali ini tak boleh nak tahan dah.

SAYA MAHU KERJA LAIN!!!!!

argh sudah...tetiba melalak nak kerja lain. agagagaga kalau kawan² di kedudukan saya, saya sure kawan² pun akan rasa yang sama. semuanya indah & best di tempat kerja sekarang until masuknya OM baru sejak bulan Jun lepas. segalanya berubah. tak suka!

OM patutnya kenalah tahu segala kerja di office terutamanya yang berkaitan dealing with client & system. tak tahu semua, at least tahu sedikit. ini tidak! dia tak tahu apa². yang dia tahu, pass semua kerja² yang sepatutnya or yang boleh dia buat kepada orang lain. aci ke macam tu? dah la gaji dia RM8.5K sebulan. siap dapat macam² benefit. claim minyak, claim T&G. kalau kegunaan berkaitan office takpe juga. ini, pergi balik kerja pun office bagi duit. gemuk la ko wey! dapat gaji buta je. office macam tanggung ko plak kan?

orang lain yang buat kerja, ko yang dapat nama. kalau disuruh buat time tu juga, sure ko terkial² kan? sebab, kerja ko selama ni pun masuk office tengok CCTV, tengok CRM, tengok CD, chatting dengan kawan² ko. kerja yang takde benefit pada office, tu la yang ko busy sangat. cuba sekali sekala cari client untuk office. cuba sekali sekala layan email² dari client. solve problem client. ni tidak. semua email dari client, ko pass pada we all. macam kitorang ni takde kerja sangat² dah kan sampai kerja ko we all nak buat. pastu tak habis² tanya we all ni cukup masa tak buat semua kerja. wey, selama ni cukup sahaja masa kerja kitorang until ko masuk, kerja² ko we all yang buat.

hai laaaa MD oi! silalah buka sikit biji mata ko tu. OM yang ko sayang² sangat tu selama ni banyak mengipas ko je weh. banyak habiskan duit company. setakat nak hantar unit pada client, ko boleh pergi balik hari sahaja. ini tidak, siap request nak tidur semalaman. motif sangatkan yang ko nak berjalan. nak pergi guna duit sendiri kedekut sangat. kalau ada pasang unit kat tempat client dalam Malaysia, ko refuse tak nak pergi. if pasang unit untuk client luar negara, sure ko tergedik² offer diri nak pergi. sedarlah MD oi!! yang OM kesayangan ko tu hanya nak perabihkan duit company!!

argh! serious saya memang berada ditahap kemarahan melampau. kebajikan staff macam tak terjaga. hati staff takmo jaga. suka² je nak maki-hamun padahal semua staff yang dimarah ni la yang banyak buat kerja. kalau macam ni berterusan, ada gaya ramai staff lari.

tolong! tolong! macam mana nak bagi buka biji mata MD saya & macam mana nak buat OM saya ini dipecat dari sini????

TENSION!!!!!

apa² pun, saya memang dalam usaha mencari kerja lain. bila fikirkan masa hadapan, tak boleh la Mommy kerja shift. sian baby nanti takde orang nak jaga.

motif lain saya marah² ni sebab OM reject application unpaid leave saya hujung bulan ni. alasan yang dia bagi amat tak munasabah. for me, dia cuak sebab nanti takde orang nak cover kerja² yang dia tak tahu nak buat tu. tambahan pula time tu saya shift pagi. lagilah dia menggelabah ayam kan. hello! ko cuti 1 week sebab pergi Vietnam nak berjimba takde siapa persoalkan. aku pun dah beli tiket awal² tau!

Jari Kebas

sejak dua menjak ni, hujung² jari-jemari saya yang gebus² ni selalu kebas. tengah mandi pun kebas. tengah makan pun kebas. haish! risau saja.

try juga bertanya pada Pakcik Google, tak banyak info yang dapat. ada kata ia "Sindrom Carpal Tunnel". bila baca², macam membahayakan saja. tatot laaaaaaaaaaa

refer link ini kalau nak baca details yer.

bukan setakat kebas hujung² jari tu. pergelangan tangan kiri saya amatlah sakit. saya fikirkan angin dalam urat. ada try urut² tapi tak berkurang langsung sakitnya. makin sakit adalah. kehkehkeh...dari artikel & forum² yang saya baca, kebas jari & sakit pergelangan tangan ni saling berkait. aiya! macam² hal masa preggie ni. saya bukan mengeluh tau. just wanna enjoy & feel each moments.

ada tak kawan² di sini seorang doctor? boleh tak bagi penjelasan sedikit.

Gatal Mulut

semalam bermulalah rutin 2 hari sekali kena ke KK. saya kena check BP, urine & berat. till next checkup 27 Oct nanti. haiya!

saya ingatkan, tak perlulah nak beratur ambil nombor giliran. sekali kena juga. haish! hari Isnin plak ramainya ibu² mengandung yang datang. parking semuanya full! tak kose saya nak parking luar. takut kereta kena pecah or dilanggar or dicalarkan oleh pihak² tak bertanggungjawab. nasib kereta comel, senang nak selit² parking. agagagaga

result semua OK. berat turun 0.1KG. boleh laaa...sanggup tak breakfast dulu tu. urine clear, BP normal. Rabu kena datang lagi & Jumaat ni pula kena minum air gula. aiyak! bukan sebab berat yang naik dengan jayanya. tapi disebabkan family background. Mak & Ayah saya both ada diabetis. kemungkinan untuk turun kepada saya amat tinggi. lebih baik memantau sementara tak terlewat. lagipun, saya juga yang gatal² mulut bertanya berkenaan itu. sepatutnya saya kena minum air gula lepas raya hari tu. tapi, KK call kata tak jadi buat. tadi gatal bertanya. nurse check record lepas & decide buat this Friday. padan muka!

takut plak nak minum air gula ni. sedap tak? ada rasa strawberry tak? hihihi

Wedding Tips : Penuhi Hajat

saya masih berhutang entry mengenai "Potong Jambul Pengantin". sowie yer kawan². saya tak buat kajian lagi. tak sempat nak berbual bertanya dengan Aki or Wan or Ayah or Mak. ngeeeeeeee

lama plak rasa tak bercerita mengenai wedding. entry kali ni nak share lagi mengenai wedding tips. al-maklum, tak lama lagi cuti sekolah. ramai yang melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni. moga² tips yang tak seberapa ni membantu bride2be semua.

seperti yang sedia maklum, time wedding kita nanti memang ramai yang secara suka-hati-tanpa-dipinta memberi pelbagai idea & kritikan. silalah pekakkan telinga, butakan seketika mata hati. agagagagagaga mereka semua hanya mahu melihat anda menjadi bridezilla. trust me!

tak lari juga dengan orang yang berhajat itu, berhajat ini pada wedding kita.

"Nek nak Kak Long berarak naik gajah. Nek berhajat lama dah"
"Mak Long berhajat nak panggil satu kampung datang wedding Kak Ngah yer. sponsor duit minyak boleh?"
"Pak Su nak buat majlis bertunang sekali dengan majlis nikah Kak Chik. Pak Su dah niat lama."
"Opah Ngah nak buat pulut panggang jamu tetamu masa malam nikah Bang Lang. Opah Ngah dah niat, kalau Bang Ngah kahwin nak buat pulut panggang."


ouh!! ada beribu even berjuta hajat, niat & hasrat saudara-mara kita terutamanya ketika kita tengah pening & serabut memikirkan mengenai wedding kita. mana dengan vendor buat hal, dewan tak booking lagi, baju tak siap. haish! macam² hal. kita pun terfikir, kenapa masa wedding kita, mereka nak hajat itu ini? if tak accept, kecik hati pula. bila diterima-pakai, kita pula yang menjeruk rasa. terpaksa amend beberapa perkara especially time & budget.

"mana plak nak cari gajah buat berarak?"
"catering kena tambah makanan. nanti orang kampung tak dapat makan. dah bertambah budget, ada hati nak minta duit minyak plak?"
"nak bertunang masa kita sibuk dupdapdupdap nak bernikah? haish, potong jek!"
"buatlah pulut panggang ke pulut bakar sekalipun. cost jangan minta aku boleh?"


itu kalau diberitahu awal. awal tak awal jugalah. kalau kita dah start planning & prepare a year before & mereka menyampaikan segala hajat a month before, itu dah tak dikira awal. paling hazab, a day before majlis. sengsara tak? bayangkan kawan² dah panggil orang pakaikan inai, suddenly ada yang dah buatkan inai untuk kawan²? dalam hati dah terdetik, kenapalah tak inform awal²? kalau tak, kita dah boleh save duit inai. betul tak? hakhakhak walaupun berapa sangatlah duit inai tu yang nak berkira sangat but it's still money right?

tapi ada juga kes, mereka telah inform awal mengenai hasrat mereka & kita secara baik & berhemah menolak cadangan mereka. dapat pula kategori yang tak mahu accept or hormat keputusan bride yang masih berciri nice. sengaja nak tengok bride bertukar menjadi bridezilla. mereka tetap meneruskan hajat mereka without bride's permission. sedih? kecewa? mereka dengan bijaksana & liciknya merancang untuk meneruskan juga hasrat mereka tanpa izin & pengetahuan bride. what to do that time? one word only, SABAR! nak menangis pun dah tak guna masa tu.

susah nak memuaskan hati semua orang especially hati yang tua. nanti dikatakan kita berlagak or tak hormatkan mereka. jika masih ada masa, be prepare. bertanyalah pada mereka² if ada yang berhajat untuk wedding kita. senang kita nak plan & adjust mana² yang patut. then, remind them again secara baik hati & bersopan-santun supaya tidak menggunapakai "last minute action" walhal kita dah bertanya dari awal lagi. terangkan secara baik mengenai planning kita, setakat mana budget kita. semua orang ada impian masing² untuk wedding sendiri. inform them about this especially for those yang menjadi WP untuk wedding sendiri. insyaALLAH, mereka akan faham.

selebihnya, berdoa & bertawakallah. banyakkan bersabar & ceria selalu. jangan masam masa atas pelamin pula. ihikssss






tepek picca wedding lalu. rindu plak masa² busy dengan wedding preparation. seribu macam rasa. enjoy sangat²!

Update Untuk Baby

baby,
since hari kita ke KK, Mommy dah mula sakit² tekak. hidung mula selesema. haish! Mommy tak suka bila dalam keadaan macam tu. tu tanda² yang Mommy akan demam. balik dari KK, Mommy lunch simple² then Mommy tidur.

dang! bangun dari tidur, badan Mommy panas sesangat. kalau baby nak tahu, ni 2nd time Mommy demam untuk this month. last week pun Mommy demam sampai Mommy MC sebab masa tu Mommy tak lalu nak makan. kali ni Mommy tak ambil MC sebab MC Mommy dah nak habis & hari Khamis tu, kawan² kerja Mommy 2 orang MC. kalau Mommy MC gak, maknanya the whole day department Mommy takde orang datang kerja. hehehehe

Mommy tak kisah. kerja malam pun relax. sambil² buat kerja, Mommy boleh cerita² di blog untuk baby. Mommy bawa semua bekalan ubat & tampal Koolfever. ada rasa kurang sikit. tapi, tekak still perit sebab tonsil Mommy bengkak. hidung masih tersumbat & habis Mommy lumur hidung dengan Vicks. ihikssss

even sekarang, Mommy masih tak berapa sihat. takpe, Mommy masih mampu bertahan. yang penting, baby pun kena kuat bertahan yer. Mommy mahu baby jadi anak yang sihat & kuat. baby nak makan apa, buat saja Mommy rasa teringin. nanti Mommy akan dapatkan untuk baby.

pls berkembang dengan sihat & jayanya yer baby. Mommy tak sabar nak tengok baby bila keluar nanti.

Baby Ketuk Mommy

semalam before tidur, terdetik dalam hati "baby tak pernah pun bagi Mommy rasa baby gerak² dalam tummy" sambil tangan usap² tummy molat. ngeeeeeeeee

then, tengah duduk tengok semut (aktiviti ketika tak mengantuk & bazirkan masa tidur berkualiti), saya rasa macam ketukan dari dalam tummy. right part of my lower abdomen. saya terdiam sekejap sebab nak rasa lagi. ketukan tu pun diam. eeh, pandai main² plak. bila sembang² sambil tengok semut, ketukan tu datang lagi.

ihiksss....adakah ketukan dari baby? comey je rasa ia. tak sakit & buat Mommy rasa happy sangat².

tak sabar nak rasa baby's kick plak. awal sangat kot!

Situasi Anak Yang Dah Berkahwin

Situasi 1
berstatus sebagai anak perempuan Tunggal atau Sulung atau Bongsu atau Pertama Yang Berkahwin dalam keluarga Ibu/Ayah sure happy menerima menantu Tunggal atau Sulung atau Bongsu atau Pertama dalam keluarga. selepas berkahwin, si anak perempuan akan mengikut suami.
selama ini, Ibu/Ayah atau juga adik-beradik si anak perempuan sentiasa menaruh harapan & tanggungjawab pada si anak perempuan. bila si anak perempuan telah berkahwin, setiap apa urusan masih diajukan pada si anak perempuan untuk uruskan walaupun urusan kecil & mudah.
si anak perempuan berasa serba-salah bila mana si suami tidak mengizinkan. antara hati Ibu/Ayah dan hati si suami. bagaimanakah???

Situasi 2
Ibu/Ayah rindukan si anak perempuan & juga cucu mereka. sebolehnya mahukan si anak perempuan pulang ke rumah if possible every day. setiap acara Ibu/Ayah, sebolehnya mahukan si anak perempuan join sekali.
sekali lagi si anak perempuan serba-salah. permintaan Ibu/Ayah yang patut dipenuhi atau keputusan si suami yang patut dihormati. bagaimana???

****************************

saya tahu, ada banyak lagi situasi yang ada, yang sering dihadapi oleh si anak perempuan. kesian tak? bila saya fikir²kan semula, memang kesian. diluah mati Mak, ditelan mati Ayah. sepatutnya, semua pihak wajar bekerjasama & saling memahami.

Ibu/Ayah sepatutnya kena faham bahawa anak mereka telah berada di bawah tanggungjawab si suami. dosa/pahala anak mereka bergantung pada keredhaan suami. janganlah keluarkan ayat sampai buat si anak serba-salah. ingat, anak perempuan wajib taat & patuh pada suami dahulu, kemudian ibu/bapa suami & barulah ibu/bapa si anak sendiri. walaupun si anak tinggal bersebelahan dengan rumah Ibu/Ayah tapi, jika si suami tidak mengizinkan, si anak tetap tak boleh pulang ke rumah Ibu/Ayah. berpadalah dengan setiap permintaan Ibu/Ayah pada si anak. walau berat untuk melepaskan si anak, selagi si anak berada dalam keadaan baik & selamat, janganlah dirisaukan.

Si suami pula, janganlah menggunakan kuasa penuh kamu pada si isteri. fahamilah kerinduan & perasaan serba-salah si isteri pada Ibu/Ayah mereka. berfikiran waraslah setiap kali membuat keputusan. jangan berat sebelah. Ibu/Ayah si isteri adalah Ibu/Ayah si suami juga. keputusan semua pada tangan si suami, jangan mendengar kata keputusan dari orang lain.

Si isteri, berpada²lah dengan perasaan rindu itu. memang selama ini kita dibesarkan oleh Ibu/Ayah. once dah decide nak berkahwin bermakna kita bersedia untuk melepaskan diri dari tanggungan Ibu/Ayah & menyerahkannya pada si suami. fahamilah setiap keputusan yang si suami lakukan. jangan pula kerana terlalu taatkan suami, kita melukai hati Ibu/Ayah.

semua ini pendapat peribadi saya sahaja. saya menilai dari apa yang berlaku dalam kehidupan sekeliling kita.

bak kata orang, tarik rambut dalam tepung. tepung tak berselerak, rambut tak putus.

Antenatal Check

semalam, dengan berbaju baru & feeling² ala princess (haish gedix sungguh birthday girl ni), saya ke KK di Kg Pandan. nasib baik tak ramai orang. terus berasa gumbira. ada harapan settle cepat & boleh balik tidur. agagagag

harapan tinggal harapan!

saya tak berapa suka buat antenatal checkup di KK. tidak sistematik. saya letak buku dulu, tapi panggil orang yang letak kemudian dari saya dahulu. hangin tau tak! haish, takpe². saya perlu banyak bersabar. fuh!fuh!fuh!

nasib baik nurse yang check saya amat berlemah-lembut & bersopan-santun. sejuk hati saya. tiap soalan saya dia jawab dengan penuh hemah. eceh! saya kena datang check lagi next 2 week. start Isnin nanti, saya kena datang untuk check berat, BP & urine. haish! gara² datang KK lepas breakfast. masa timbang, berat naik dengan jayanya. agagaga pandai menyalahkan breakfast.

so far, everything OK. saya tak sabar nak buat details scan Nov nanti. satu yang tak best kat KK, mereka tidak scan kita seperti tiap kali antenatal checkup di swasta. ada fulus, silalah ke swasta yer.

Me at 17

since today is my special day, I'm wearing new cloth. my first maternity cloth. ahahahah motif sangat. dah la kerja shift malam, pakai baju baru pergi kerja.


me with my 1st maternity cloth. (masih meng'kaver' perut molat)

bukan nak bergaya ke tempat kerja. balik kerja jam 8AM, nak terus ke KK. rutin bulanan para ibu mengandung. sebenarnya, KK dah call saya last week. sebab saya tak datang almost 3 week. saya takut nak ke KK dah. gara² nurse buat tangan saya lebam almost 1 month masa ambil darah during my 1st checkup. terus serik. agagagaga masa ambil darah di Ampang Puteri hari tu, takde pun lebam² & sakit² tau. tak suka!!!

kesan lebam dulu

nak membeli lagilah maternity cloth ni. selesa dipakai & boleh cover kemolatan peyut. agagagaga any cadangan kat mana maternity cloth yang cantik²? saya suka plak maternity cloth yang design macam lama² & cute². ihiksssss

17 week & Usia Baru

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

pinjam kek kahwin hari tu


HAPPY 17 WEEK TO BABY!!!!
hari ni, saya menyambut usia baru sama dengan baby yang baru juga masuk ke 17 minggu. kan best if usia Mommy pun 17 gak. bukan 17 minggu tau, 17 tahun! agagagaggaa

baby,
tahun ni first time Mommy celebrate birthday as a wife. last year Mommy celebrate sengsorang je. masa tu Mommy ngan Papa masih malu² kucing. nak ON ke tak ON. tapi Papa pandai ambil hati Mommy. Papa hadiahkan Mommy brooch, 2 set lagi. cantik! tapi sayang, ada 1 brooch yang kecil tu dah tercicir. since tu, Mommy tak pakai brooch Papa bagi. Mommy simpan molek², takmo hilang lagi.

baby nak tau,
dari last week, Papa asyik tanya pada Mommy nak hadiah apa. Mommy tak tau nak apa. ikut dalam list-dalam-fikiran, ada banyakkkkkkkkkkkk. nak henpon, nak jam, nak baju, nak kasut, nak handbag, nak wallet, nak kereta, nak rumah. hahaha Mommy tau Papa boleh bagi semua tu. tapi Mommy takmo. Mommy nak Papa & baby saja. Mommy nak kasih sayang, cinta & perhatian Papa selamanya untuk Mommy & family kita nanti. tiap tahun hadiah ni Mommy nak. ngeeeeeeeeeeeeeee tak kisah tentang hadiah. Mommy tau, Papa tu full of surprise.

baby kena kuat tau duduk dalam tummy Mommy ni. baby kena berjaya lalui tempoh 40 minggu ni. nanti Mommy & Papa bagi banyak hadiah bila baby keluar nanti.

moga baby jadi anak yang sihat & kuat! sempurna iman & akal. Amin.

Terima 2 Cucu

dah lama nak cerita kisah gembira ini

PIL saya super-duper-happy sebab anak & menantu keduanya preggie. menantu akan melahirkan in Mac while daughter akan melahirkan by April. if tak silap calculation, selang 2 minggu saja.


saya with SIL masa hari pernikahan saya

semoga kedua kami & baby sihat walafiat sentiasa sepanjang tempoh mengandung ini. ini anak ketiga buat SIL & pertama buat saya. hehehe

Super Grand Wedding

awesome! wallah!!!

tu saja yang mampu diucapkan ketika tengok semua picca wedding ini. terlihat picca ini dalam FB Azam Neurmaya. rasanya ini wedding anak perempuan owner Hard Rock Cafe KL, Hotel Concorde, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, who also known as Tan Sri Jojo. decoration including dais by NGI & wedding planner, including wedding dress by Rizalman. jom layan picca sekitar majlis resepsi & juga pernikahan.




macam princess


dais by NGI. superb!










love the details








all picca credits to FB Azam Neurmaya

kalau nak tahu info tentang photographer ini sila ke blog beliau di sini atau website beliau di sini.

cantik tak? giler apa kalau kata tak cantik. agagagaga perasan tak, the bride look like Pretty Zinta, one of Bollywood's actress.

Kerana Delima

hi sweetie

entry ini tiada kaitan dengan kemalangan ngeri yang disebabkan oleh bas ekpress Delima yer. harap maklum. ihikssss walau apapun, takziah kepada semua mangsa & al-Fatihah untuk mereka yang pergi.

semenjak mengandung, alhamdullillah saya tidak mengidamkan sesuatu yang pelik² & susah dicari. awal² dulu, saya teringinkan sup kaki ayam. MIL tersayang buatkan. yummie!!! licin & siap bertambah nasi. hehe kemudian, saya teringinkan nasi lemak masakan Mak saya. adik saya dari Kuantan yang balik ke KL tolong bawakan. agagaga big thx to Abang. hari tu teringin nasi beriyani. terus terjah Tesco Ampang, cari JM Beriyani.

sekarang, bila nak makan malam, saya tak lalu nak makan nasi. goreng² lagi tak boleh. kembang saja tekak ini. ngada² tak? hehehe apa² pun, saya kena makan. sian baby dalam tummy lapar. so, saya decide nak makan buah-buahan. macam² buah yang saya beli buat stok dalam fridge.


ada betik


ada buah pear


kiwi pun ada. sumber vitamin C ok


buah jambu air. sedap makan ngan asam ni


buah lai

tapi yang satu ini, yang saya teringin sangat nak makan, saya tak jumpa lagi. saya mahu buah DELIMA!!!


ini dia rupa buah delima
(semua picca ihsan pakcik Google)

siapa tahu di mana nak cari buah delima? saya gigih ke Tesco Ampang & Jusco Maluri tapi takda jumpa. haish, takmo baby meleleh air liur sebab tak dapat buah delima.

Attention BrideToBe area Ipoh & kawasan sekitarnya

sempena hari Jumaat yang mulia ini, ada satu pengumuman menarik.

buat bride2be area Ipoh or buat sesiapa yang willing nak collect ia di Ipoh, my lacey umbrella also available for you to rent.

yup! i have 2 set of it. one with me & another one travel to Ipoh. one bride2be from there rent it last month. so, pada kawan² di sana yang amat teruja nak menggunakan lacey umbrella pada hari bersejarah kawan², boleh juga. insyaALLAH tidak menjadi masalah.

interested? leave your comment or email me at relyza1410@gmail.com

Mommy Checklist

hari tu dah siapkan checklist untuk baby. hari ni, saya siapkan checklist untuk diri sendiri pula. agagagagga

For Now
(1) Maternity clothes
(2) New bras
(3) New panties
(4) Maternity pants
(5) Stretch-mark cream
(6) Suitable shoes

To/At Hospital
(1) Buku lawatan hospital/Buku merah
(2) IC
(3) Handphone
(4) Camera
(5) Baju/seluar
(6) Inner wear
(7) Stokin
(8) Kain batik
(9) Tudung
(10) Towel
(11) Maternity pad
(12) Selipar/sandal
(13) Sweater
(14) Nursing bra
(15) Toiletries
(16) Sikat/bedak/getah rambut
(17) Food/drink
(18) Thermos
(19) Laundry bag/plastic bag

Berpantang
(1) Set bersalin
(2) Bengkung
(3) Disposable/washable nursing pads
(4) Maternity pads
(5) Nursing bra
(6) Minyak angin
(7) Nipple cream
(8) Nursing tops

mommy's checklist sikit saja. tapi ada yang dah kena beli dari sekarang. rasa² ada apa² lagi tak yang tertinggal?

EYA oh EYA

this month I'm totally broke!!! 1/4 dari gaji habis untuk EYA. dalam masa 2 hari sahaja, EYA perabiskan duit gaji saya. mentang² dah lama tak cantikkan EYA, sekali EYA ketuk, terngaga saya dibuatnya. agagagaga

flash back ke tanggal 13 Jun 2010.

hari bertandang ke rumah Hubby Sayang. cousin Hubby Sayang jemput kami berdua dari PA. panten tak dibenarkan drive okeh. so, my EYA will drove by Abang, my lil bro. my family convoy dari PA ke TC. tak tahu macam mana boleh berlaku, kereta Ayah langgar belakang kereta Ayah. hakhakhak pelik? EYA was bought by Ayah for me. still under Ayah's name. minor accident between EYA & Ayah's car. bumper EYA rosak teruk. they told me, radiator EYA pecah. that's why EYA tak boleh drive lagi after that sebab engine panas mendadak. punya power kereta Ayah, tak kemik langsung! that's the different between Malaysian's car & imported car. full-stop!

Ayah tolong repair & service EYA selepas kejadian. tukar bumper & hood baru. ganti radiator, I guess & apa² yang patut di-service, masa EYA masuk bengkel, I'm not around. tengah berjimba bersuka-ria sebagai panten baru di Pangkor. agagagaga...

what I need to do, just paint back the hood & bumper. that was I did last Monday. sent EYA to one bengkel at Kg Pandan Dalam. service tip-top & hasil memang superb! dah berangan nak hantar cat whole body EYA nanti.


hood & bumper yang telah dicat baru

dah cat, dah nampak cantik, mula terfikir nak makeup EYA. hihihi Hubby Sayang & saya pun hantar EYA ke bengkel di TC ini untuk makeup EYA sikit. repair center-lock pintu, tambah tinted bagi gelap sikit, tanggalkan penahan air kat tayar, tinted signal lamp & repair lampu kat bumper. tara.............EYA nampak ganas sikit. hehehehe

tinted yang ditambah & penahan air yang belum ditanggal


signal lamp dah hilang


new look of signal lamp


EYA selepas dicuci kilat²

after this, will convert EYA back to manual. masuk power window & repair reverse sensor. plan to add some more tinted. agagaga.... I need more money plus JPJ plsss jangan kantoikan saya. ihikssss

Mari Bercuti!

akhirnya, saya berjaya membuat passport antarabangsa. agagagaga lepas ini bolehlah Hubby Sayang & saya merancang percutian over the sea. eceh!


ada kisah ketika membuat passport ini. will share with kawan² later. amat mengantuk sekarang ini.

Baby Checklist

hari ni rasa excited nak list down barang² baby yang perlu disediakan. haish, tak sabar nak men-shopping-kan diri. geram sangat tengok baju² baby yang cute². ihikssss

list ni adalah yang telah di-modify dari checklist yang saya jumpa melalui pakcik Google & blog kawan². bila tengok banyak kali, banyak juga yang kena disediakan. cant settle in one day shopping!

Clothes
(1) Baju lengan panjang/lengan pendek/sleeveless/rompers
(2) Seluar panjang/seluar pendek
(3) Baju lubang²/baju jalan²
(4) Baju tidur
(5) Mittens & booties
(6) Topi
(7) Barut
(8) Kain bedung/kain napkin
(9) Sapu tangan
(10) Baby bip - bila baby nak masuk 6 month baru beli
(11) Safety pin
(12) Hand/leg warmers - berguna bila balik kampung yang malam hari kesejukan melampau

Baby care/bathing/grooming
(1) Towels
(2) Baby bath/shampoo/lotion/baby oil/talcum
(3) Minyak telon/minyak Yuyi
(4) Bath tub & safety bath mat - beli lepas habis pantang I guess
(5) Cotton buds/cotton balls
(6) Baby wipes/wet tissue
(7) Thermometer - memang ada dalam simpanan
(8) Changing mat
(9) Disposable diapers/Cloth diapers
(10) Diaper rash cream - brand Bepanthen (boleh juga digunakan as krim nipple merekah jika menyusu) & juga brand Drapolene
(11) Baby nail clipper
(12) Nasal aspirator
(13) Gripe water/Colic water
(14) Brush/comb

Feeding
(1) Breast pump & storage bottles
(2) Feeding bottles - dah ada yang berkenan dihati
(3) Bottle teats
(4) Bottle sterilizer
(5) Bottle & teat brush
(6) Pembersih botol susu
(7) Nursing pillow
(8) Thermos

Beddings
(1) Set tilam - dah request pada Mak untuk buat tilam kekabu. akan beli kain insyaALLAH enf of Oct/Nov
(2) Blanket
(3) Kelambu
(4) Baby bouncer/buaian - akan cuba mendidik baby supaya tak memerlukan alat bantuan untuk tidur

Extra
(1) Bakul/beg
(2) Tempat jemur baju baby
(3) Baby laundry detergent
(4) Diaper bag
(5) Baby sling
(6) Nursing cover

To buy after birth
(1) Katil baby/Playpen
(2) Stroller - request it from Ayah. dah jumpa idaman hati
(3) Car seat
(4) Bumbo seat
(5) Almari baju baby
(6) Baby gym

huwaaaaaa, ini baru baby checklist. belum lagi Mommy checklist. takpe, mana yang penting diutamakan.

ada mana² yang patut ditambah & dibuang?

Bertukar EDD

macam pelik plak boleh tukar² EDD kan? hehehe not my fault! disebabkan irregular period yang saya alami, gynae tak dapat nak berikan EDD yang tepat & juga usia kandungan saya. kena tunggu kandungan besar sedikit baru boleh nak scan & ukur.

so, disebabkan nak collect scan pic of our baby for every month, saya gigih ke KK & buat ultrasound scan. our baby so cute inside my tummy. dia ala² macam tengah ruku' or maybe sujud. diam saja dia masa doc tunjukkan pada saya kepala, tangan, badan & kaki dia. haish, geram betul. tak sabar nak peluk cium dia nanti.


nampak tak kedudukan baby yang seperti tengah ruku' or sujud?

doc pun ukur kepala & tulang peha dia. doc said i was 15 week pregnant!! REDD (tak tau R stand for what) will be 24 Mac 2011. terus rasa macam². happy ada sebab tercepat untuk lihat baby. gementar pun ada sebab tercepat nak beranak. agagagaga

terus bagitahu Hubby Sayang about this. Hubby Sayang pun excited & terus pesan macam² pada saya. muah!!! banyak² pada Hubby Sayang. Hubby Sayang risau dengan kesihatan saya yang tak menentu kebelakangan ni.

balik rumah, terus tukar ticker. see the different?


14 weeks Pregnant


source from here

next Monday, will move to week 15 of my pregnancy, insyaALLAH. erk, kena start beli pregnancy cloths ni. seluar dah sendat. even baju kurung pun dah tak muat, kain tak boleh zip. agagagaga membesar dengan jayanya!

excited plak nak shopping!

Info Ultrasound

this month kerja shift malam. boring! miss my Hubby Sayang so much. every night akan kacau Hubby Sayang main game di FB. but not tonight. huwaaaaaaaaaaa

dah, jangan nak emosi lebih² aNoR!

nak share sikit info berkaitan scan baby ni. hasil carian saya ketika bekerja. agagagagag. sebenarnya hari tu pergi monthly check-up, doc tu scan tapi dia macam refuse nak print out pic scan. haish, hangin betul Hubby Sayang & saya. so, saya plan nak pergi scan lagi nanti. tapi, ada kata² dari orang tua kata tak elok selalu scan. so, try Google mengenai effect scan pada kandungan. nothing negative yang dijumpai. boleh baca di sini. panjang sangat nak di-copy paste.

so, boleh pergi scan. insyaALLAH selamat. maybe both of us to excited. haish, siapa yang tak excited nak dapat anak sulung. permata cinta kami. we plan to collect every month scan pic of our baby. then, put it in album. insyaALLAH, bila baby dah cukup besar & tahu menilai, we will show to our baby his/her pic. tak sabar nak menanti masa² indah itu.

Ya Allah, peliharalah kandunganku ini dari perkara² mudarat di siang & jua malam hari. Amin.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009