Happy Birthday Ayah

HAPPY BELATED BIRTHDAY Ayah!!!

entry ini dah type pada hari birthday Ayah, 12 Aug hari tu. tapi, Along save dalam draft, ingatkan nak sambung type di rumah. sampai rumah, mata Along kuyu. mengantuk sangat². baru hari ini Along berdaya nak edit & selongkar draft entry Along. hope Ayah tak marah ekkk

pada hari lahir Ayah, Along tak dapat nak celebrate birthday Ayah. sebab Ayah ada kat Kuantan sekarang & Along kat KL dengan hubby. insyaALLAH, nanti kita semua termasuk Kak Ngah, Abang & Adeq, tak lupa juga menantu Ayah itu, celebrate birthday Ayah together² dengan birthday Mak. macam biasalahkan. hehehe

kami adik beradik sayang sangat pada Ayah. terima kasih sebab membesarkan kami sehingga kami menjadi orang berguna. terima kasih tak terhingga juga kerana beri kami makan pakai yang sempurna & bekalan ilmu yang tak ternilai harganya. didikan & bimbingan tunjuk ajar Ayah akan kami guna selama kami bernyawa, insyaALLAH.

personally dari Along, terima kasih kerana kahwinkan Along dengan orang yang amat menghargai anak Ayah yang notty ini. Along tahu Ayah sebak masa nikahkan Along tempohari. tapi Along bangga sebab Ayah sendiri yang nikahkan Along.




kalau Father's Day lepas Along bagi hadiah seorang menantu pada Ayah, birthday Ayah kali ini Along masih fikirkan. tunggu collection dari adik² yang lain. hehehe apa hadiahnya? surprise! tammo bagitau lagi. nak bagi cucu, next year baru keluar. ihiksss...Along ingat lagi ayat Ayah "Ayah nak main ngan cucu tahun depan". insyaALLAH, tercapai impian Ayah tu nanti akan tercapai. sama² kita doa yer Ayah semoga semuanya selamat.

last but not least, HAPPY BIRTHDAY Ayah. moga Ayah dipanjangkan usia & terus diberkati Allah. kami semua sayangkan Ayah. Ayah wira dalam hati kami!

1 Comment:

Puan nadxoxo said...

Happy birthday, pakcik! hehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009