Amalan Bagi Ibu Mengandung

credits to here

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani & adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik & soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

[1] Memperbanyakkan taubat & istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat & istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi & merahmati kedua-duanya & juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

[2] Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu 2 kali atau sehari pada hari Isnin & Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 & 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

[3] Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

[4] Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

[5] Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
(a) Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati & menguatkan daya ingatan
(b) Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.
(c) Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.
(d) Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak.
(e) Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
(f) Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
(g) Surah Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
(h) Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

insyaAllah, saya akan amalkan semua ini sepanjang tempoh mengandung.

2 Comments:

suezen said...

erkk..lmbt sikit nih..nk tanyer..dh pregnant ke

♥♥relyza♥♥ said...

sue, yer yer. insyaALLAH sebaya nanti kita ekkk..

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009