1st Check Up

morning sweetie

alhamdullillah, sehingga hari ini saya masih mampu berpuasa. walaupun budak kecik dalam tummy ini merengek² haus & lapar. hahahaha tipu!!! opsss tak baik menipu bulan Ramadhan ni (dan bulan² yang lain juga)

semalam untuk pertama kalinya saya buat maternity check up. awal sangatkah? tidak kot. saya berasa risau, tambah² bulan Ramadhan ni. plus, family background saya berpenyakit keturunan such as diabetic, asthma & high blood pressure. alang² nak tanya itu ini & minta advise, saya terus register untuk monthly check up. ihikssss...

saya register under Dr. Fauziah, gynae di Ampang Puteri Specialist Hospital. tapi semalam bukan Dr. Fauziah yang consult. ada doc lain ganti beliau setiap hari Sabtu. even doc lain, layanan tetap tiptop! memang recommended pada kawan² yang lain yang masih mencari² tempat untuk deliver & buat monthly check up. doc perempuan Muslim ada ramai di Ampang Puteri. boleh refer sini untuk lihat senarai gynae yang ada. boleh pilih nak yang mana. saya memang berharap doc perempuan Muslim yang akan sambut kelahiran saya kelak. insyaALLAH.

as usual, doc tanya macam². ada penyakitkah? pernah operation tak? sejarah keluarga. ambil BP. lastly, doc scan. scan kali ini saya speechless sebab saya boleh nampak heartbeat budak kecik. subhanallah! nampak berdenyut² jantung dia. EDD masih tak boleh nak ditentukan dengan tepat. generally, end of Mac insyaALLAH budak kecik keluar. yang lain² tada masalah. semua OK & perfect! doc bekalkan saya 1month asid folic. next check up will be 18 Sept. masa tu nanti, baru boleh tentukan EDD.

ouh yer, doc juga ada bagitahu. jika berasa sakit² di bahagian ari² or rasa macam period cramp, itu normal. sebab, rahim kita nak membesar & mengembang. if ada bleeding, cepat² datang terjah hospital. jangan bertangguh! penat, lesu, mual² or muntah² semua normal. sebab horman kita berubah. if tak mampu berpuasa, jangan dipaksa especially pada mereka yang muntah². masa puasa ini pula, kita digalakkan makan makanan berkhasiat. if tak lalu nak makan macam saya, minum susu. doc suggested pada saya susu anmum. ihiksss...saya on & off minum susu. tekak tak berapa nak sedap sekarang ini. tapi, saya memang banyakkan minum air masak. doc juga advise, awal² pregnant ini jangan buat kerja berat, banyakkan rehat & jangan banyak bergerak. takut rahim kita tak kuat lagi.

nah, im presenting 2nd pic budak kecik saya di usia 7minggu.


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin....

10 Comments:

r3d lollip0p ♥ said...

rasa nak hug sis bila baca entry ni!
take care! syg kamu!

♥♥relyza♥♥ said...

huwaaaaaaaa....
sayang sis juga! nx year balik sini jenguk saya tau. wajib!!

suezen said...

hehehe...:)...alhamdulillah:0

♥♥relyza♥♥ said...

sue, alhamdullillah...

nikuze said...

salam. aze nak tanya... tiap kali buat check up kat swasta..brapa hinggit eh? company aze xcover maternity..so kena tanggung sendiri.. boleh share tak?

bestnya doa awak..aze copy boleh?

♥♥relyza♥♥ said...

wslm aze, copy aje la doa tu. sy pun copy paste dr website mana ntah.lufer. ihiksss

erk, it's depend pd gynae actually. mcm dr fauziah, consultation shj rm120. tak termasuk ubat2 or charge lain.

nikuze said...

hik2 thanks for the info...aze pun tgh survey nak g buat check up kat mana

♥♥relyza♥♥ said...

aze, dah bape minggu?

Nad Nazira said...

anor...7 minggu besar camtu eh..subhanallah..nad lagi 2-3 arini masuklah 7 minggu..loya baru sket2 je..tapi yang tak sedap tu, pusing kiri tak kene pusing kanan pun tak kena bile baring..rase nak merengek sorang2 je..hehe..haruuuu..tak sabar nak gi scan..5sept nanti baru gi check up and scan.. :)

♥♥relyza♥♥ said...

nad, pic scan tu doc dah besarkan. dia zoom in tu nampak besar. ihikssss
aah, anor pun skrg baring tak selesa. kena tegak jek. pastu duduk wat keje pun kena ada bantal kat belakang bg support. tak sabar tunggu nad update psl scan plak. hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009