Sweet Home

morning sweetie

hari ni nak share sedikit cerita happy. alhamdullillah, impian kami suami isteri untuk memiliki rumah sendiri hampir tercapai. terima kasih ALLAH untuk rezekiMu ini.

insyaALLAH, by next year Hubby Sayang & saya (also budak kecik) akan menetap di rumah baru. nun tinggi mencakar langit. kami tak kisah. janji ia terletak dalam kawasan yang ada market value tinggi, ada swimming pool (hubby nak ajar swimming), view menarik, very cozy & peaceful. masuk pintu rumah je nampak bukit menghijau. tenang sungguh!

syukur sangat² kerana dipermudahkan jalan untuk segala urusan. loan dah approved. 90% from market value. insurans ambil asing dari bank. kami ambil Takaful yang kena bayar monthly, insyaALLAH will cover more & give us more saving. sekarang dalam proses nak sign S&P which we plan after raya. harap dapat settle semua before saya deliver. lepas berpantang, boleh terus balik KL & masuk rumah baru.

both of us too excited. Hubby Sayang more excited. selalu dengar dia kata "dapat rumah, dapat baby". i know he's too happy. kami juga dah start survey² furniture & barangan electric. a lot of money need to spend. baby's stuff & new home. erk! agak pening sedikit tapi insyaALLAH, ada rezeki kami nanti. slow² kami akan complete-kan sweet home kami nanti.

ada 3 bilik & 2 bathroom. dekat sangat² dengan tempat kerja saya & tak berapa jauh dari tempat kerja Hubby Sayang. parking dapat free 1 saja. so, 1 lagi kereta kena parking luar. huhuhu sad!


pemandangan Ampang Jaya


view dari tingkat 23


master bedroom


ruang dapur

tak sabar rasa nak hunting barang² baby. Hubby Sayang plak tak sabar nak hunting barang² rumah. hahaha

Dialog Parent To Be

Bakal Bapa: Meh nak dengar bunyi baby (sambil letakkan kepala ke perut isterinya)

Bakal Ibu sambil berbaring diam & bertanya: Ada dengar tak?

Bakal Bapa: Syuhhhh...diam² jangan cakap.

Bakal Ibu pun mendiamkan diri sambil bernafas teragak².

Bakal Bapa mengangkatkan kepala sambil berkata: Ada dengar dugdugdug pastu diam. tak tau la bunyi perut awak or bunyi air.

Bakal Ibu: Ntah² tu la bunyi heartbeat baby.

Bakal Bapa: Nanti kita beli stetoskop nak? Senang sket nak dengar bunyi baby.


Bakal Ibu tengok Bakal Bapa tercengang then ketawa terbahak². Suamiku nak jadi doctor plak.

Yummy Choc Cake

awal² puasa hari tu, saya teringin sangat² nak makan kek chocolate yang moist & penuh dengan chocolate chip. jenuh saya cari sana sini. siap minta orang belikan di Jalan TAR. hahaha


akhirnya, saya dapat juga. siap 2 bekas lagi. tengah malam buta drive ke SA semata² nak ambil choc-cake ini. hahaha puas hati! tengah berkira² nak order banyak untuk raya.

kat mana nak cari laksa yang sedap ekkkkk??? teringin plak!

Seleraku Ke Laut

morning sweetie

mood sekarang adalah MALAS. hahaha semua menda MALAS sampai Hubby Sayang pelik dengan Cutey Wife dia ini. adakah kerana pembawakan budak kecik dalam tummy ni? (sian baby plak yang dipersalahkan)

macam mana puasa saya? so far OK cuma selera saya betul² ke laut! walau macam mana saya paksa diri untuk makan, tak sampai suku pun nasi yang akan saya jamah. saya cuba makan makanan lain. sama juga. bayangkan, saya berbuka dengan 2 biji kurma & segelas air mangga or air masak. then, around 11PM baru berasa lapar & cuba untuk makan nasi but suku pun tak habis. then how???

saya risau sangat². takut jejaskan kesihatan & perkembangan serta pembesaran budak kecik dalam ni. air masak memang banyak saya minum. sometime sampai 2 botol. kesannya, berulang-alik ke toilet. agagagagaga

saya tak tahu patut buat macam mana lagi. saya takut bila memaksa diri, lastly keluar semua yang saya makan. sama macam tak makan. makanan favorite pun saya dah tak berselera. makan Kenny Rogers pun tak habis. amatlah membazir. ishk...iskh...ishk...

tolong saya kawan², bagitahu apa yang perlu saya buat. kalau ada apa² tips berguna, sila bagitahu yer. rasa tertekan pula...

Happy Birthday Ayah

HAPPY BELATED BIRTHDAY Ayah!!!

entry ini dah type pada hari birthday Ayah, 12 Aug hari tu. tapi, Along save dalam draft, ingatkan nak sambung type di rumah. sampai rumah, mata Along kuyu. mengantuk sangat². baru hari ini Along berdaya nak edit & selongkar draft entry Along. hope Ayah tak marah ekkk

pada hari lahir Ayah, Along tak dapat nak celebrate birthday Ayah. sebab Ayah ada kat Kuantan sekarang & Along kat KL dengan hubby. insyaALLAH, nanti kita semua termasuk Kak Ngah, Abang & Adeq, tak lupa juga menantu Ayah itu, celebrate birthday Ayah together² dengan birthday Mak. macam biasalahkan. hehehe

kami adik beradik sayang sangat pada Ayah. terima kasih sebab membesarkan kami sehingga kami menjadi orang berguna. terima kasih tak terhingga juga kerana beri kami makan pakai yang sempurna & bekalan ilmu yang tak ternilai harganya. didikan & bimbingan tunjuk ajar Ayah akan kami guna selama kami bernyawa, insyaALLAH.

personally dari Along, terima kasih kerana kahwinkan Along dengan orang yang amat menghargai anak Ayah yang notty ini. Along tahu Ayah sebak masa nikahkan Along tempohari. tapi Along bangga sebab Ayah sendiri yang nikahkan Along.




kalau Father's Day lepas Along bagi hadiah seorang menantu pada Ayah, birthday Ayah kali ini Along masih fikirkan. tunggu collection dari adik² yang lain. hehehe apa hadiahnya? surprise! tammo bagitau lagi. nak bagi cucu, next year baru keluar. ihiksss...Along ingat lagi ayat Ayah "Ayah nak main ngan cucu tahun depan". insyaALLAH, tercapai impian Ayah tu nanti akan tercapai. sama² kita doa yer Ayah semoga semuanya selamat.

last but not least, HAPPY BIRTHDAY Ayah. moga Ayah dipanjangkan usia & terus diberkati Allah. kami semua sayangkan Ayah. Ayah wira dalam hati kami!

1st Check Up

morning sweetie

alhamdullillah, sehingga hari ini saya masih mampu berpuasa. walaupun budak kecik dalam tummy ini merengek² haus & lapar. hahahaha tipu!!! opsss tak baik menipu bulan Ramadhan ni (dan bulan² yang lain juga)

semalam untuk pertama kalinya saya buat maternity check up. awal sangatkah? tidak kot. saya berasa risau, tambah² bulan Ramadhan ni. plus, family background saya berpenyakit keturunan such as diabetic, asthma & high blood pressure. alang² nak tanya itu ini & minta advise, saya terus register untuk monthly check up. ihikssss...

saya register under Dr. Fauziah, gynae di Ampang Puteri Specialist Hospital. tapi semalam bukan Dr. Fauziah yang consult. ada doc lain ganti beliau setiap hari Sabtu. even doc lain, layanan tetap tiptop! memang recommended pada kawan² yang lain yang masih mencari² tempat untuk deliver & buat monthly check up. doc perempuan Muslim ada ramai di Ampang Puteri. boleh refer sini untuk lihat senarai gynae yang ada. boleh pilih nak yang mana. saya memang berharap doc perempuan Muslim yang akan sambut kelahiran saya kelak. insyaALLAH.

as usual, doc tanya macam². ada penyakitkah? pernah operation tak? sejarah keluarga. ambil BP. lastly, doc scan. scan kali ini saya speechless sebab saya boleh nampak heartbeat budak kecik. subhanallah! nampak berdenyut² jantung dia. EDD masih tak boleh nak ditentukan dengan tepat. generally, end of Mac insyaALLAH budak kecik keluar. yang lain² tada masalah. semua OK & perfect! doc bekalkan saya 1month asid folic. next check up will be 18 Sept. masa tu nanti, baru boleh tentukan EDD.

ouh yer, doc juga ada bagitahu. jika berasa sakit² di bahagian ari² or rasa macam period cramp, itu normal. sebab, rahim kita nak membesar & mengembang. if ada bleeding, cepat² datang terjah hospital. jangan bertangguh! penat, lesu, mual² or muntah² semua normal. sebab horman kita berubah. if tak mampu berpuasa, jangan dipaksa especially pada mereka yang muntah². masa puasa ini pula, kita digalakkan makan makanan berkhasiat. if tak lalu nak makan macam saya, minum susu. doc suggested pada saya susu anmum. ihiksss...saya on & off minum susu. tekak tak berapa nak sedap sekarang ini. tapi, saya memang banyakkan minum air masak. doc juga advise, awal² pregnant ini jangan buat kerja berat, banyakkan rehat & jangan banyak bergerak. takut rahim kita tak kuat lagi.

nah, im presenting 2nd pic budak kecik saya di usia 7minggu.


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin....

Dah 2 Bulan

holla sweetie

sahur apa untuk Ramadhan ke-2 ini? saya balik rumah, bersahur dengan Hubby Sayang. MIL masak sedap masa berbuka. ada ketam, ada ayam, ada terung...haish...banyak betul makanan. ihikssss yang best ada sup kaki ayam. memang teringin betul & thanks a lot to MIL yang masakkan. so sedap!

sambil menunggu solat Subuh, saya tengok² semula pic 2 bulan yang lalu. pic yang amat memorable. ihikssss...tiba rindu saat² busy dengan segala preparation. Kak Ngah, cepat kahwin!!


saat disatukan


bila nak pergi Pangkor Island lagi?

well, semalam genap 2 bulan usia perkahwinan kami. semoga ikatan ini terus kekal bahagia sehingga akhir hayat kami. insyaALLAH, lagi 7 bulan lagi akan lahirlah permata cinta kami.

Sayang, love you so much. terima kasih untuk 2 bulan yang so wonderful & full of laugh.

Salam Ramadhan

salam 1 Ramadhan sweetie

hari ini:

[1] pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri
[2] pertama kali berbuka bersama Hubby Sayang & PIL, insyaALLAH
[3] pertama kali sahur di office (kes kerja shift malam)
[4] pertama kali puasa dengan budak kecik dalam tummy. so, kena makan yang berkhasiat untuk bekalan budak kecik sepanjang disiang hari puasa. tammo dia lapar nanti (atau Mummy yang lapar nanti. ngeeeeee)

Ramadhan kali ini:

[1] bukan pertama kali puasa penuh sebulan (pernah catat rekod sebelum ni)
[2] pertama kali kena set date untuk berbuka sama² Mak & Ayah di Kuantan
[3] pertama kali, insyaALLAH, bertarawih bersama² Hubby Sayang

banyak betul pertama kalinya. ngeeeeeeeeee...apa² pun, Hubby Sayang & saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA buat semua. semoga puasa kita diberkati & kita mengambil keberkatan bulan mulia ini dengan melipat-gandakan amalan kita. insyaALLAH...

Balik Kuantan

happy monday!

last week, Hubby Sayang & saya balik ke Kuantan. 1st time travel jejauh sesama. 1st time Hubby Sayang ke rumah saya di Kuantan. 1st time untuk tahun ini saya balik Kuantan. 1st time balik Kuantan as husband & wife. 1st time menantu balik Kuantan. erk, banyak sangat plak 1st time. hihihi

dari KL, kami gerak around 12.30AM. drive-thru McDonald untuk Hubby Sayang then non-stop drive sampai Kuantan. berborak saja kami sepanjang perjalanan. selain elak mengantuk, nak elak sunyi juga. around 330AM sampai rumah. seronoknya!!!

kami balik 3hari 2malam. tak banyak berjalan pun. makan saja yang banyak. hahaha masa itu saya masih berselera. antara sebab saya nak balik Kuantan sangat² pun sebab nak makan masakan Mak. hahahaha nasib baik mengidamkan yang senang nak dapat. 1st day, Mak masak ikan baung masak tempoyak & sayur kacang buncis goreng. yummie!!!

lewat petang, saya bawa Hubby Sayang ronda² bandar Kuantan. lepak² di Taman Esplanade & pusing² ECM. plan nak tengok wayang tapi tada cerita menarik. lagi pun, Ayah & Mak dah pesan, jangan balik lewat sebab nak ke Tanjung Lumpur, pekena seafood! heaven gilerrrrrrrrrrrr. thanks a lot Ayah sebab belanja dinner. sedap sangat².

balik rumah lepas pekena seafood Tanjung Lumpur, balik rumah lepak² borak² sambil tengok TV, datang kawan Ayah hantar 2bakul durian & 1bakul rambutan. haaaaaaaa Hubby Sayang & Ayah berdua dok kat dapur makan durian. hahaha FIL & menantu both hantu durian. lupa nak snap pic durian & rambutan tu, haish!

last day, around 230PM kami bertolak balik KL. Hubby Sayang kerja pukul 6PM. macam² Mak bekalkan. durian, ikan baung, sotong. haish...banyak jugalah. sampai penuh seat belakang. hehehe

cukup!cukup! details plak cerita saya. hahaha jom kita layan picca. jangan ada yang terliur yer. ihiksss


ikan pari bakar


all time favorite, kerang bakar


ikan bayan masak steam. yummie!!!


Hubby Sayang bersantai di Taman Esplanade


saya yang chubby. hehe


kami berdua yang molat

menu lain masa pekena seafood kangkung masak belacan & sotong goreng tepung. paling marvelous ikan bayan masak steam tu.

insyaALLAH lepas ini kami balik lagi untuk berbuka puasa sama². nanti nak balik kampung Hubby Sayang plak. harap² masa tu, tekak saya dah mula OK. ngehngehngeh

Amalan Bagi Ibu Mengandung

credits to here

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani & adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik & soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

[1] Memperbanyakkan taubat & istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat & istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi & merahmati kedua-duanya & juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

[2] Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu 2 kali atau sehari pada hari Isnin & Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 & 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

[3] Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

[4] Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

[5] Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
(a) Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati & menguatkan daya ingatan
(b) Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.
(c) Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.
(d) Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak.
(e) Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
(f) Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
(g) Surah Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
(h) Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

insyaAllah, saya akan amalkan semua ini sepanjang tempoh mengandung.

1st Pic of Our Award

hello sweetie

im now 6 week pregnant! macam tak percaya. bila ditambah, ditolak, dibahagi & didarab, ala² bunting pelamin rasanya. ihikssss

since i got irregular period, doctor had advise me to come again 2 week after i went to confirm my pregnancy. so, i went for scan on Thursday. subhanallah! indah sungguh kejadian ALLAH. saya macam tak percaya yang kini dalam tubuh badan saya, in my tummy to be exact, ada satu nyawa yang akan bergantung hidup dengan saya selama lebih kurang 9 bulan. makan dia, minum dia, udara dia, semuanya dari saya.


our ONE award

saya tersenyum sahaja. terus jumpa Hubby Sayang & tunjuk pic ini. Hubby Sayang pun nampak tak percaya & too excited. insyaALLAH, bulan Mac 2011 nanti, lahirlah ONE award kami ini.

Ya Allah, jadikanlah kandunganku ini sihat sejahtera. jadikanlah anak dalam kandunganku ini seorang hambaMu yang soleh & taat pada segala perintah & laranganMu, Ya Allah. jadikanlah juga anak dalam kandunganku ini seorang anak yang sempurna sifatnya & memiliki akhlak yang terpuji, Ya Allah. kurniakanlah juga kesihatan yang baik untuk aku & lindungilah aku & kandunganku ini dari perkara² yang memudaratkan. aku bermohon perlindunganMu, Ya Allah.


source from here

Suatu Subuh

inilah yang terhasil ketika menunggu Cutey Wifey balik dari kerja shift malam. (hazab betul kerja malam bila dah ada suami ni)


cantik!

love you too Hubby Sayang!

Perubahan Diri

holla all!

sekarang ini, saya tak tahu samada mahu cerita tentang cerita terkini diri saya or mengenai wedding's stuffs. haha sebenarnya ada banyak lagi tentang wedding yang tak diceritakan lagi. pasal honeymoon pun tak habis share lagi. aiyark!

takpe, nanti saya cerita satu-persatu. semua bergantung pada kesihatan diri & tahap mood dalaman. sejak dua menjak ini, nak mengadap Hagumi amatlah malas. cepat betul rasa letih & pantang berbaring, sure mata terlelap. so, memang terabai sekejap my lovely blog ini. hehehe

sebelum tahu saya preggy, selera makan saya membuak². cepat betul berasa lapar. bangun tidur sahaja dah tanya pasal makan. hihihi, sampaikan Hubby Sayang bising sebab saya makin kuat makan. ihiksss...rupa²nya ada budak kecik dalam tummy.

sekarang, mula berasa mual². kalau terbau makanan, mula tekak rasa kembang. kepala cepat saja nak pening. cepat²lah saya bau minyak cap kapak, nak elak dari muntah. selera makan OK cuma tak tahu nak makan or minum apa. kena datang rasa teringin baru ada nafsu makan. so far, takde teringin pada yang pelik². setakat ini baru teringinkan ayam masak lemak cili padi, sayur pucuk ubi & masakan Mak di Kuantan. alhamdullilah, semua dah dapat.

part ini paling tak best. berasa pakaian semua sendat. pelik juga, takkan baru² dah mula ketat? adakah kerana kegemikan diri? hahaha takpe. Hubby Sayang dah suruh beli pakaian baru. yea!yea! dapat lagi baju baru. muahmuah Hubby banyak².

saya dah mula minum susu Anmum Materna.




dah transfer susu dalam bekas chantek ini

sedap juga susu ini. nasib baik saya tada masalah dengan minum susu. Mak pun ada pesan banyakkan minum susu, minum soya, makan sayur banyak² & avoid makanan tajam such as nenas, limau nipis, etc. sekarang memang berjaga² dari segi pemakanan. Hubby Sayang memang ambil berat. pedas pun Hubby tak bagi makan. ngeeeeeee memang saya tak boleh makan pedas pun. selamat!

syukur sangat² dapat PIL yang sporting & penyayang. boleh kata, everyday Mak masak untuk saya. banyak² plak tu. siap bekalkan untuk saya bawa ke tempat kerja. Abah pun sama. beli satay, susu soya berkotak², beli susu, buah sampai penuh fridge. ihikssss....terasa disayangi sungguh.

saya bersyukur sangat² dengan kehidupan saya sekarang. rasa betul² disayangi & dihargai. moga segalanya berjalan lancar & selamat.

Rezeki Awal

kadang², sekeping picca mampu menceritakan segalanya.


alhamdullillah. terima kasih Ya Allah kerana rezeki awal dariMu ini.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009