Kad Nikah

salam jumaat sweetie

saya ni sekejap ada, sekejap tada. hahaha jangan marah yer. tahap kemalasan mengadap Hagumi amat tinggi. saya tak tahu kenapa. sila salahkan hormon dalaman saya yer. ihiksss

OK. nak update sikit tentang ini. kami dah selamat terima kad nikah kami. yea! yea! tak perlulah kami mengusung sijil nikah kami ke mana² selepas ini. jika orang tahan or serbu kami ketika kami sedang asyik berdua-duaan, kami boleh tepek kad nikah ini pada mata mereka. hahahaa gila jahat!


pandangan hadapan. ouh! muka saya sungguh molat


details dibahagian belakang

saya tak pasti untuk negeri lain ada disediakan kad nikah ini. kami di selangor ada. selepas mendapat sijil nikah dari pejabat agama islam daerah masing², kita boleh samada mahu atau tidak mahu membuat kad nikah ini. sediakan sekeping picca husband & wife & juga RM40 untuk pembayaran. pergi ke HQ jabatan agama islam selangor, di Shah Alam. dalam masa 7 hari bekerja, kad nikah siap! cepat tak?

kad ini siap ada chip. tak pasti maklumat apa yang ada dalam chip itu. so kawan² yang belum buat kad nikah, pergi buat cepat². snap picca cantik² & kalau nak nampak cun, hantar picca before kahwin. kemungkinan mendapat muka molat selepas kahwin amat tinggi. hahaha seperti saya!

4 Comments:

kay kamal said...

lol comel mcm library card!

♥♥relyza♥♥ said...

hahaha
bila kay ckp mcm library card, baru perasan. kamilah ketua pengawas library...ehhehehe

farahfatihah said...

ada org bgtau kalau nak wat kad nikad pic lelaki kena bersongkok..eh yerke?? xkan?

◕‿◕ M a S s ◕‿◕ said...

la sebaya ke rupanya korang ?
ingatkan hubby ko tua sikit..
hihihi =)

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009