Inai Di Jari



saya sebenarnya suka pakai inai. dulu masa duduk di kampung, rajin saya petik daun inai & tumbuk sendiri & pakai secara sendiri. kalau tak merah-pekat-hitam-likat, saya akan pakai lagi. ouh, inai yang tumbuk secara sendiri ada banyak. senang hatilah saya memakainya secara mewah. hihihi

masa ONE Day yang lepas, memang saya telah meng-hire seorang pemakai inai instant. jam 1AM hari Jumaat, mereka sampai. sesat & ada hal yang melewatkan mereka. masa tu juga baru saya tahu yang Wan (nenek saya sebelah Ayah) berhajat nak saya memakai inai daun. dah siap tumbuk & dibawa khas dari kampung. ouh Wan, love you so much! muahmuahmuah

so, pemakai inai instant saya datang semata memakaikan pada saya inai tumbuk. takmo hampakan beliau yang datang dari jauh, saya minta juga inai diukir secara simple pada tapak tangan & kaki.


inai daun & inai instant


inai saya pada hari ke-6

sekarang inai dah makin habis. boleh tak nak pakai lagi? hehehehe

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009