Amalan Rasulullah saw Yang Elok Kita Amalkan

hari tu masa saya buat entry ini, si dD gelakkan. oit, ko ingat aku peknen ekkk? hahahaha tunggu saya peknen baru saya amalkan apa yang saya collect. aci tak?

ok ok. saya nak simpan yang ini plak sebagai reference masa hadapan. hehehe beberapa amalan cara hidup sihat Baginda Rasulullah saw yang molek kita amalkan untuk jadi sihat & kuat. ihiksss (macam iklan Milo plak)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 - Selalu bangun sebelum subuh - Baginda mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh & mengerjakan solat sunat & kemudiannya bersolat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2 - Aktif menjaga kebersihan - Baginda selalu bersih & rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3 - Tidak makan berlebihan - Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda; udara, air & makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat Islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan. Baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar & apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”.

4 - Gemar bejalan kaki - Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad & rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka & peredaran darah menjadi lancar & baik untuk mencegah penyakit jantung.

5 - Tidak pemarah - Marah itu dari syaitan. Oleh itu, segeralah mengambil wuduk & solat 2 rakaat bagi ketenangan & menghilangkan gundah hati. Kekuatan Muslim bukan terletak pada jasad tetapi lebih kepada kekuatan & kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat Rasulullah saw

6 - Optimis dan tidak berputus asa - Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7 - Tidak iri hati - Cara hidup sihat Rasulullah seterusnya ialah menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa. Sikap iri hati perlu dihindarkan.

8 - Pemaaf - Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati & jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi memberi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau nak sihat & kuat, elok kita amalkan amalan junjungan mulia kita, Rasulullah saw. insyaALLAH, dengan izin-NYA tiada yang mustahil.

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009