Kad Nikah

salam jumaat sweetie

saya ni sekejap ada, sekejap tada. hahaha jangan marah yer. tahap kemalasan mengadap Hagumi amat tinggi. saya tak tahu kenapa. sila salahkan hormon dalaman saya yer. ihiksss

OK. nak update sikit tentang ini. kami dah selamat terima kad nikah kami. yea! yea! tak perlulah kami mengusung sijil nikah kami ke mana² selepas ini. jika orang tahan or serbu kami ketika kami sedang asyik berdua-duaan, kami boleh tepek kad nikah ini pada mata mereka. hahahaa gila jahat!


pandangan hadapan. ouh! muka saya sungguh molat


details dibahagian belakang

saya tak pasti untuk negeri lain ada disediakan kad nikah ini. kami di selangor ada. selepas mendapat sijil nikah dari pejabat agama islam daerah masing², kita boleh samada mahu atau tidak mahu membuat kad nikah ini. sediakan sekeping picca husband & wife & juga RM40 untuk pembayaran. pergi ke HQ jabatan agama islam selangor, di Shah Alam. dalam masa 7 hari bekerja, kad nikah siap! cepat tak?

kad ini siap ada chip. tak pasti maklumat apa yang ada dalam chip itu. so kawan² yang belum buat kad nikah, pergi buat cepat². snap picca cantik² & kalau nak nampak cun, hantar picca before kahwin. kemungkinan mendapat muka molat selepas kahwin amat tinggi. hahaha seperti saya!

Umairah's Face

Ahad lepas, Hubby Sayang & saya ke majlis perkahwinan sepupu saya di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota. ramai sungguh saudara-mara yang saya pernah & tak pernah jumpa, kami jumpa di sana. my bad, kadang² saya yang lupa padahal pernah je jumpa. hehehe

paling best, jumpa Mak & Ayah. ouh, rindu sungguh pada mereka. jumpa juga Makteh & Pakteh. ada budak kecik a.k.a Umairah. budak nakal yang amat nottie. hihihi


normal face


muka kerek


muka tahan panas (abaikan saya yang tembam)

hahaha...umairah sudah pandai pandang orang secara kerek. Makteh kata, muka tu baru 1st time dia buat. dia pandang Hubby Sayang saja, terus dia buat macam tu. aiyark, so notty la umairah ni.

Tips D.I.Y Goodie Bag

hujung tahun nanti, ramai yang kahwin. pas raya ni pun ramai juga. buat yang bertunang tahun ini, insyaALLAH tahun depan akan melangkah gerbang perkahwinan. sure dah mula start fikir & planning, betul tak?

saya nak share sedikit tips for those yang nak berD.I.Y. dalam majlis saya tempohari, saya D.I.Y:
[1] bunga manggar
[2] kad kahwin
[3] hantaran
[4] goodie bag
[5] deco bilik tidur
[6] table centerpiece
[7] signage & bunting
erk, apa lagi yer? ngeeeeee

ok, nak cerita pasal D.I.Y goodie bag. saya decide nak guna brown paper bag as my goodie bag. isi dalam, saya serah pada Mak untuk decide. saya just mahu ada telur rebus dalam goodie bag. OK. Mak decide to put cupcake, baulu & home-made biscuit which is made by Mak. tak semua guest dapat same items.

kerja jadi leceh bila nak ikat those ribbons. since semua item adalah makanan, by Khamis baru boleh mula isi dalam paper bag & ikat reben. masa inilah, banyak tenaga kerja diperlukan. siapa yang nak isi barang, siapa yang nak ikat reben.


cupcake (sponsored by Makteh & Pakteh) & home-made biscuit made by Mak


Adeq yang gigih masukkan reben pada goodie bag (musykil dia berkain batik)


tenaga penolong yang terdiri daripada kawan² Mak

my advise, kalau nak D.I.Y goodie bag, please elak letak barang makanan. in case tak punya ramai tenaga penolong, haru biru bakal pengantin nanti. if letak makanan, tak boleh isi awal². nanti rosak or basi plak makanan tu nanti. if kuantiti sikit, boleh consider lagi. kalau kuantiti 1000pcs, tak ke haru??? mengikat reben ni plak, kena handle dengan berhati² sebab paper bag senang terkoyak. fuh! menguji kesabaran. siap sedia dengan jari-jemari yang akan kemerahan nanti. ihiksss

lagi satu, kita tak boleh expect orang akan datang menolong. sometime, orang datang tolong tengok lagi ramai dari yang betul² menolong. semua ini kita kena consider bila nak D.I.Y. jangan kerana nak D.I.Y, pengantin demam or pengsan sebab kena buat semua sendiri.

D.I.Y ini bukan kerana nak cut cost, nak save budget. to be honest, ada certain thing yang kita D.I.Y lagi banyak pakai duit dari beli siap. kadang² sampai over our budget. main thing is our satisfaction. it's our big day, our special day. kita puas bila dapat buat sendiri seperti yang kita impikan. tak semua orang boleh memenuhi & memahami kehendak, citarasa & impian kita.

mine was very bernasib baik ramai kawan² Mak datang menolong. till 1AM mereka mengadap goodie bag. start kerja hari Khamis sebab semua barang makanan itu sampai hari Khamis. tak siap Khamis, sambung Jumaat petang & malam selepas nikah. ouh, nasiblah ada kawan² Mak yang sudi menolong. they also excited that i'm getting married. ngeeeeeeeee

barulah saya faham jerih-perih Nad dari Ole-Ole Manis bila mengikat reben² pada paper bag ini. dia pernah cakap hal ini pada saya pada hari saya pickup paper bag ini dulu. ihiksss....

itu pasal saya siapkan awal² goodie bag untuk malam nikah. saya dah agak yang goodie bag pink itu nanti akan ambil 2 malam untuk disiapkan.

Rindu Mak & Ayah


suddenly, masa tengok² picca kahwin, saya rindukan mereka. rasa nak balik Kuantan sekarang. nak lepak cerita² dengan Mak & Ayah. nak makan kat Tanjung Lumpur. yang penting, nak makan masakan Mak!!!

miss them a lot!

Kisah Baju Pink & Baju Kuning

kisah tragik gak ni. siapa² yang tahu & share perasaan dengan saya, tQ banyak² sebab sentiasa bagi semangat pada saya. especially Huda yang banyak mendengar luahan hatiku ini. eceh!

kalau dulu saya just marah² saja dalam blog without reveal the true story, hari ni saya nak cerita kisah sebenar. buat tauladan pada bride2b out there. (saya tak habis² dengan memberi tauladan kan? hehehe) kena buka buku balik ni. this will be long entry. kawan² boleh refer ini, ini & di sini.

macam saya cakap before, saya cukup tak suka orang yang janji gedebak gedebuk, pastu last² sukati dia saja nak ubah plan. cakap tak serupa bikin. OK.

sejarah awal.
saya dah survey tempat dia dari tahun 2009. tempat dia boleh buat baru & sewakan baju pada harga yang amat reasonable. siap dengan aksesori. pada saya, if i can find affordable price to make new dress with my own design, untuk apa saya hantar ke designer ternama & pay more which dipakai untuk beberapa jam sahaja. so, awal tahun ini lepas dah decide nak kahwin bila, saya ajak Hubby Sayang ke tempat dia untuk discuss harga & design.

kami datang bincang on 1 Feb. kami setuju nak ambil full package dengan dia including baju, makeup & pelamin. budget takmo pening² fikir & mengejar banyak² vendor to remind them. leceh tau kejar² orang ni. annoying! so, he quote us:

[1] Pakej baju bersanding (L&P) & accessories RM1500
[2] Pakej baju bertandang (L&P) & accessories RM1500
[3] Makeup (3x) RM450x3
[4] Pelamin FF (L&P) RM1500/RM2000 (tak berapa ingat exact price)

total up, dia bagi kami RM4800. diskaun sebab ambil full package.

kalau ikut perbincangan awal ni, dia kata kena letak deposit untuk blocked date. untuk settlement, dia bagi kami buat installment. janji, masa pickup baju dah settle payment. we paid the deposit. done with the deposit, RM300. he insist to buy all the material. alasannya, dia boleh dapat murah sebab harga mak/pak andam. OK. we leave that to him to settle.

next week-nya, kami saja pergi ke kedai or butik or what ever to call it. dengan harapan nak tengok material. boleh plak time ni dia cakap, we need to make half payment from the price. so that, he will buy the material. wtf! masa 1st discussion, takde satu patah perkataan HALF PAYMENT pun dia mention. masa ini saya dah mula hangin. ada terfikir nak cancel it & just burn the RM300 deposit. but, my Hubby Sayang pujuk² & said sabar. ok, nasib baik Hubby Sayang pujuk tau! on 21 Feb we came & paid RM1000. masa inilah discuss design.


design baju pink


design baju kuning

we came again on 3 March to paid another RM1000. masa ini, barulah ada lace untuk baju kuning. he just bought 2m lace. wth! supposedly, lace baju kuning will be long trail, meleret². when i asked, he said only 2m left. im just...ouh OK! dah tak terkata sebenarnya. masa ini, after we paid RM2300, he said that we can come for 1st fitting on April. APRIL ok! masa dengar tu, im quite excited. gila pantas orang ni buat kerja. dalam kepala fikir, dah memang kerja dia, kan. so, kami biarkan dia selama 1 month untuk buat semua 4 pasang baju.

masuk saja bulan April, saya terus cakap pada dia yang nak datang tengok baju with my parent. saja nak gertak dia sikit supaya kerja jalan. OK. memang saya datang dengan parent. masa ni, baju kuning dah siap. lace dah tampal tapi tak jahit lagi. baju pink dah siap juga. tapi without lengan. while, baju untuk lelaki satu apa pun tak siap. hati saya agak cool down bila tengok hasil yang ada. parent pun OK. masa inilah saya hantar baju nikah for alteration & touch-up. if tak silap, pergi tempat dia masa dalam minggu 5 April - 10 April. cant remember exact date.


progress baju kuning setakat April


progress baju pink setakat May

on 24 April, saya datang lagi sebab nak tukar sikit design untuk baju pink. surprisingly, takde apa² perubahan or progress untuk semua baju² saya. hanya ada baju Melayu kuning sahaja. 2 weeks after came with my parent. saya dah patut rasa risau, betul tak? it's not a simple work to jahit the beads. saya borak² dengan staf dia yang jahit beads tu, he tooks 2 weeks to finish the beading for 1 dress. kalau simple design. see....bila buat kira², about 1 months gak untuk dia siapkan baju pink & baju kuning. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

kami datang lagi pada 3 May sebab Hubby Sayang nak try baju dia plak. masa ini datang untuk bayar duit baju Melayu nikah Hubby Sayang. again, saya telek² progress baju² yang saya akan pakai. no progress except baju pink dah ada lengan. lace pada baju kuning masih tak berjahit. baju pink masih takde beading. kasut pink & kasut kuning dah ada tapi dia kena alter sedikit. aksesori lain? TAK ADA! masa ini dia cakap, boleh datang fitting 20 May. OK, noted!

a week before 20 May, saya terus SMS dia. remind him about our meeting. boleh tak dia kata "I takde 20 May. i ada wedding di Seremban. boleh datang 1st week of Jun tak?". saya apa lagi, terus memKEPALA HOTAKkan dia! saya kata pada dia, janji 20 May, why suddenly cant make it? boleh plak dia kata "wedding u lambat lagi". memang kena maki hamun segala la kan. saya cakap pada dia, saya tetap akan datang & just show to me what he have done. i also said that i want to see all the accessories. know what? he asked me to pay 1st then he will buy the accessories. dem! apsal dia kena tunggu saya bagi duit baru nak beli? saya just sewa dari dia. bukan beli baru & jadi harta saya. kenapa dia kena dapatkan all the money from me eventho i just rent all of it????? untuk pengetahuan kawan², selama saya selalu datang nak tengok progress, hanya kasut yang ada. yang lain such as veil, tudung, crown semua tak ada lagi. yang inilah yang dia tunggu duit dari saya.

saya memang tak sedap hati. nak cancel, tak boleh. already paid RM2300. banyak tu. at last, saya ngadu pada Ayah. Ayah called him & asked the story from him side. boleh tak dia kata pada Ayah saya "sepatutnya, pembayaran 3x. 1st deposit, 2nd masa 1st fitting & last masa ambil baju. saya akan hantar semua baju ke rumah a day before". ya ALLAH! saya memang marah betul masa itu. how come dia boleh buat cerita putar alam macam tu. lepas tu dia cakap pada Ayah saya, we can come on 20 May. Jumaat hingga Ahad dia ada wedding di Seremban. lagi satu cerita kelly dia buat. pada saya dia kata 20 May (Khamis) dia ada di Seremban. ouh yer, before Ayah called dia, Hubby Sayang tried to talk with him. pada Hubby plak dia kata, dia takde & minta kami datang Ahad. siap kutuk² saya lagi pada Hubby Sayang, kata saya banyak push dia. hello! kalau saya tak buat macam tu, dia akan take advantage on us. buat kerja cikai². tunggu duit baru kerja jalan. shit!! dia siap cakap pada Hubby Sayang, 3 minggu tu pada dia lama lagi & sempat untuk siapkan baju² kami. sembang lebey! when he said like that to my Ayah, terus dia SMS saya. he said i can come on 20 May, semua dah ada. meaning with the accessories. baju siap sepenuhnya end of May. siap minta saya bawa another half payment. meaning, he asked us to settle all the payment before finish his job. wth!

kami datang. siap bawa suprise lagi. tried semua baju yang dia dah siapkan. tried crown, tudung & veil segalanya. after that, we sat down & discuss. saya cancel MUA & pelamin untuk Hubby Sayang's side. means, kami just sewa baju & accessories sahaja dari dia. lupa nak cerita. selama saya datang banyak² kali ni, tak pernah sekali dia tunjuk hasil kerja tangan MUA dia. manalah saya tak geram. terus book Cik Yip. nasib baik dia still available on 11, 12 & 13 Jun. fuh! semua nasib baik. reaksi dia? memang muka ketat tahap puaka. saya dah tak kisah. masa tu dia quote price beading & alteration untuk nikah dress & sewa veil. nak tahu berapa? RM270. aiyark! saya just tambah RM80 bila hantar pada Qudyn yang beri saya kepuasan berlipat kali ganda. masa ini kami just bayar RM200 & the balance will be paid on the day we pickup all the baju. haaaaa pada Ayah saya dia kata akan hantar baju right? pada kami, dia minta kami datang ambil sendiri. kawan² marah tak???

kami datang lagi 2 Jun. dia kata pada 20 May, hujung May semua baju siap. sengaja kami lewatkan sedikit. everything siap except baju kuning saya takde di kedai dia pun. dia kata, kawan dia bawa balik rumah untuk siapkan beading. hanya pernah test sekali sahaja baju kuning itu. masa ini, kami cakap yang kami nak datang pickup 6 Jun. alasan saya? start dari Isnin till nikah, saya dah kena grounded di rumah. pegang adat kuat sangatlah kunun!

ada lagi kisah. masa datang ambil baju 6 Jun tu, ada accessories tak lengkap. dia siap buat senarai barang² yang saya sewa & ambil IC saya. motip sangatkan! dia janji pada saya, Isnin dia akan hantar barang yang tak ada tu pada Hubby Sayang. nan ado yer. pastu Selasa. pun tak ada. if not mistaken, Hubby Sayang pergi sana Rabu & pickup sendiri. boleh tak dia kata yang we all sewa baju saja sebenarnya, tak termasuk accessories. hangin gila saya. nasib saya takde masa itu. Hubby Sayang tolong sound dia sikit².

baju pink pada hari persandingan


aksesori baju pink


rupa baju kuning in real


close-up veil, tudung & aksesori baju kuning

well, baju memang selesa pakai. cantik & ramai puji. beading pada baju pink actually ada tak siap. nasib baik tak nampak dalam picca. masa pulangkan, 14 Jun, saya ingat nak bambu la sikit. sekali dia takde di kedai. itulah last kisah saya dengan dia yang hampeh.

bride2be out there, memang orang kata, ambil full package dengan seorang vendor murah. tapi, kalau kena kes macam ni, siapa yang haru? pelamin memang saya ambil dari Rass Deco. nasib baik Kak La boleh buatkan juga pelamin untuk rumah Hubby Sayang. kes saya banyak nasib baik. syukur sebab Allah permudahkan solution buat saya.

macam saya kata, kita punya instinct. bila instinct dah rasa tak best, silalah bergerak pada backup plan. jangan terlampau ikut sangat cakap orang. bila minta duit, kita bayar. dont! dont! DONT! kita kena bertegas sedikit. memang itu kerja dia, tapi kalau kerja dia jenis last minute, hasil dia juga akan last minute. kes tipu menipu ini banyak. jangan biarkan kita jadi salah seorang mangsa pula. kalau ada yang kata, baik hantar pada well-known designer. jangan lupa, mereka pun manusia biasa juga. Nik Erwan tu pun ada masalah lewat² ni kan? might be tak seteruk designer yang berlagak bagus ini.

jangan sentap kalau mereka kutuk or pandang rendah pada kewangan kita. masa ini, kita memang akan berkedekut sedikit. bila kita demand², diorang akan kata "macam kau bayar aku banyak". tapi, diorang lupa yang mereka quote that price, they promise us to give that. to play safe, bride2b record apa mereka cakap. curi² record. kalau mereka berciri nak cakap putar alam, kita ada bukti nak ditunjukkan. kadang², lepas dah quote price baru mereka fikir untung rugi mereka. normally, mereka² golongan kecil² ni, tahu nak untung banyak sahaja. i hate that kind of people!

apa² pun, buat golongan marhain yang mahu terbaik within your budget, sila tambah sikap waspada dalam diri masing². our money, our right. buat golongan mewah & sanggup berhabis untuk wedding, wish you all the best. terdengar juga kisah, JM pun pada awalnya pandang orang sebelah mata sahaja. lepas tengok orang tu berduit, baru nak entertain molek².

haish...kenapalah sikap manusia begini????


anda pernah lihat orang ini?

Solemnization Dress Part II

OK. cerita agak dah basi kot. tapi nak cerita juga. boleh jadi pedoman buat kawan² bride2b yang lain.

seperti yang dah sedia maklum (refer to this entry), last minute saya ambil semula baju nikah & hantar alter pada designer yang lain. SEBAB? designer yang diamanahkan untuk alter & touch-up nikah dress saya ini tidak membuat apa² pun pada nikah dress ini walaupun sudah mid of May. padahal baju telah dihantar early of April.

OK. memang saya fussy. i had to admit it. saya bukan minta service percuma. saya bayar based pada apa dia quote. dia janji dia boleh buat. i don't like last minute work. kemungkinan menghasilkan produk setakat tangkap muat terlalu tinggi. i hate that! seolah tidak menepati janji seperti dalam perbincangan.

saya nekad dengan satu keputusan gila. saya ambil baju itu semula 20 Mei, pada hari 1st fitting untuk baju bersanding & bertandang yang sepatutnya on April! muka designer itu memang masam mencuka (ada aku kesah???) bila saya katakan yang saya mahu ambil semula nikah dress itu & hantar pada orang lain. ouh yer. before that, dia siap quote harga untuk jahit beads pada nikah dress itu & harga sewa veil untuk nikah dress. harga yang lebih kurang sama dengan harga designer lain itu. plus, saya buat baru & dapat terus veil idaman!

designer yang amat baik hati menerima last minute request dari saya itu adalah Qudyn. thanks so much sebab sudi terima. 11 days before the solemnization day. memang gila! hasilnya? kawan² nilailah sendiri yer...


before alter


after alter


kaki baju before alter


hujung baju after alter. ditambah beads


hujung lengan baju yang ditambah lace & beads


veil buatan Qudyn (couldn't find clear pic for veil)

masa pergi collect nikah dress pada Qudyn hari Khamis (a day before solemnization day), saya rasa nak lompat² happy sebab hasilnya amat memuaskan hati. tak sia² saya bertindak gila disaat² akhir. hehehehe

so bride2b out there, kita semua ada instinct. kadang² instinct kita tak silap, tambah² pula bila berkaitan perkara² besar seperti kahwin ini. once dah rasa tak sedap, better be careful. selalu pantau progress baju yang kawan² tempah. peduli kalau orang kata kita kekwat, fussy, menggelabah or what so ever. our money! our right! jangan biar orang mainkan kita. sediakan backup plan. buat plan A, plan B or sebanyak mana plan yang boleh as backup plan. mana tahu disaat akhir berlaku apa², at least kita dah standby & well-prepared.

tammo ada tangisan sedih kecewa dihari persandingan kelak. keputusan semua ditangan kita.

I'm Back

holla!

im back on track. eceh! selama ini menyimpan rasa rindu pada my lovely blog. payah nak online dulu. line internet tada di rumah Hubyy Sayang. broadband beliau telah ditamatkan penggunaan. broadband saya pula pada Abang. curi² online di office. nasib tak kantoi!

ingatkan line telefon & streamyx akan datang pasang secara pantas. huh! selepas dimarah & dipaksa setiap hari, akhirnya mereka datang install. secara rasmi dapat online hari Isnin lepas. yea! yea! at last boleh online dari tiny little room kami. seorang di atas, seorang di bawah. chatting sambil ber'webcam'. ngeeeeeeee

OK OK. nak cerita banyak ni. tunggu next entry k!

Im Sorry

hi dearie

Saya nak minta maaf awal-awal ni. saya tidak berkesempatan untuk hapdet my lovely blog untuk 2,3 hari ini. penyakit M saya tiba² datang menyerang dengan jayanya. bila tengok pic, banyak idea datang. tapi jari-jemari ini amatlah kemalasan untuk menaip. gedik tak?

kehidupan sekarang amat happy. of cos with my beloved Hubby Sayang. Hubby Sayang selalu buat saya ketawa. ihikssss

dah dah. tammo bagi kawan² muntah colorful. saya tepek sikit picca masa kami berlibur together².










tanda ikatan kami

nanti bila mood saya kembali pulih seperti sediakala, saya taip banyak² & share ngan kawan² semua cerita. ihiksss.... doakan saya sihat & happy selalu.

muahmuahmuah!

Duta Pangkor 2

holla!

sekarang dalam Duta Pangkor 2. masa di kaunter, staff resort ada tampalkan sticker logo resort. ID sementara tetamu resort supaya senang staff resort nak recognize masa pick-up resort guest kat private jetty mereka. phew, panjang lebar explanation.


sebelum feri angkat sauh, kami berdua galak bergambar. hohohoho perasaan adalah teruja sangat². first time bercuti together² tau. kat private resort lagi. wah!




OK ini tipu. another camera snap this camera. hahaha


kami yang gegeh bergambar


my Hubby Sayang yang saya sayang sampai mati


cutey wifey

enough for today. sebenarnya kemalasan tahap max untuk menaip cerita secara panjang. tepek pic dulu aci tak?

best woooo cuti² sama hubby. "Sayang, jom kita gi lagi. boleh naik Duta Pangkor 2 lagi. hikhikhik"

Pangkor Island Beach Resort


morning dearie

yer yer, kami berbulan madu sambil berlibur merehatkan otak & badan di Pangkor Island Beach Resort. kami check-in 15 Jun, sehari lepas majlis di rumah Hubby Sayang. aci ngelat dari aktiviti mengemas rumah yang macam tongkang pecah. hihihi...kami pergi dengan voucher, hadiah perkahwinan pemberian kawan Hubby Sayang. berbaloi²! total penginapan 3hari 2malam kami di sana only RM600++ including RM440 for the voucher. nak voucher lagi!!!! (sila berhenti merengek mengada sebelum kena lempang laju²)

sampai di Terminal Jeti Lumut, kami park IVee di parking bertingkat nearby. untuk 3hari parking, it cost us RM15++ only. murah, kan?

sambil terkedek² jalan sambil seret beg & berposing segala masa Hubby Sayang gegeh snap² pic, kami terus ke kaunter tiket Pangkor Island Beach Resort. tammo terlepas next ferry schedule. ihiksss

untuk ke resort ini, mereka sediakan feri khas untuk para tetamu mereka yang akan terus ke jeti mereka sendiri. ala² private jetty la neh. saya akan update kemudian harga tiket untuk 2orang pergi/balik yer. terlufer! ferry resort ini ada banyak schedule. sila pilih secara sukahati bila masa untuk sampai sana. ngeeeee

feri kaler kuning yang tengah tunggu kat Berth 2 ini yang akan bawa kami straight ke private jetty resort itu. tak penuh pun feri tu. ada 3 couple lain. saya rasa newly-wed gak tu. hihihi tetiba kepochi.

okeh! masa untuk naik feri. continue bila dah sampai private jetty resort tu nanti ekkk..
"Sayang, tunggu aNoR"

Happy 1st Month Anniversary

hi peeps!

hari ini, date yang sama tapi sebulan yang lalu, tepat jam 8.28PM, saya sah menjadi hak milik kekal Hubby Sayang. alhamdullillah, kehidupan lebih bermakna & bahagia. Hubby Sayang amat memanjakan & menjaga saya sebaiknya.


snap by my cousin yang terlewat 2min sebab pic before amat blur

tQ Sayang for all the happiness & love. muahssss

4 weeks

just a quick update.

kalau ikut ticker kat sebelah ni, hari ni genap 4 minggu bersamaan 1 bulan kami bersama. ouh! 4 minggu yang sungguh indah. tQ Hubby Sayang.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur dengan limpah rahmatMu kepada kami kerana menyatukan hati kami atas ikatan suci perkahwinan ini.
Suburkanlah dalam hati kami dengan kasih, sayang & cinta kepadaMu supaya kami tidak lalai menunaikan tanggungjawab kami kepadaMu, Ya ALLAH
Mekarkanlah perasaan kasih, sayang & cinta dalam hati kami supaya ikatan perkahwinan ini kekal teguh selamanya.
Kami bermohon limpahan nikmat, keberkatan & rezekiMu dalam melayari bahtera perkahwinan ini, Ya ALLAH & juga bermohon perlindunganMu dari segala keburukan di dunia & di akhirat.
Amin...

Bilik Bercahaya Pink

saya korek² cari picca bilik panten. tada banyak & yang ada tada menarik. so, saya share yang ini sahaja.


makeup tools CikYip

cadar panten dibeli di Famista, sponsored by lovely Mak & choose by Ayah. katil pula sponsored by Ayah & choose by me. side-lamp bought me at Ikea a day before. gilak! bantal semua tempah buat bantal kekabu oleh lovely Mak. aktiviti melilit kat tiang langsir tu dilakukan oleh kawan² lovely Mak & bunga tu pula dipinjamkkan oleh Cik Maria (kawan Mak).

nanti ada picca lain, saya tepek lagi ok. sebab, saya suka suasana bilik panten ini. bilik bercahaya pink!

Sedikit Tips

morning dearie

saya mahu kongsi sedikit tips untuk bride2b yang tak lama lagi akan berkahwin or mungkin bertunang. untuk mereka yang sentiasa nak tampil cantik menarik da bomb pun boleh apply tips ni nanti.

ini apa yang saya buat sejak awal tahun lagi. FYI, kulit muka saya amat amat amat oily & naik segala macam khazanah. saya geram betul dengan condition kulit muka saya ni tau. Hubby Sayang pun selalu complaint & suggest macam² untuk saya. MIL pun pernah tegur tau. uhuksss malu ai! siapa takmo cantik pada hari bersejarah betul tak? eventho kulit muka saya sekarang tak secantik mana, at least, much more better than last year. serious tak tipu!

apa yang saya buat memula?? saya stop pakai skincare lama. ouh yer. sejak pakai skincare "C", kulit muka saya jadi begini. argh! tertekan gila. beli plak size besar. rugi! rugi! saya guna semula SK2. pakai basic set pun dah memadai. miracle water dia tu betul² miracle tau.

then, saya yang tak pernah buat facial, mula buat facial. before ber-facial di counter SK2, saya ber-facial di 1 saloon di Ampang Park. hati tak berapa nak tenang sebab saloon tu guna produk "Kecantikan Hak Milik Setiap Insan". ihiksss...tapi tak dinafikan, memang ada perubahan. segala harta karun di muka mula dinyah-keluar. muka mula licin sedikit. eceh! lepas dapat tahu SK2 ada buat facial, saya terus maintain ber-facial di sana. hasil? memang tak mengecewakan.

apa yang saya nak tekankan di sini (dah macam bagi ceramah), kawan² yang punya masalah dengan kulit muka, boleh start berusaha lewat² 6 bulan before wedding or apa acara sekalipun. jangan suka hati try skincare, takut make thing worse. play safe, refer to specialist. minta advise.

kawan² boleh start kurangkan makan seafood. trust me, seafood sikit sebanyak buat kulit muka kita naik dengan segala khazanah. paling teruk, ada nanah for those yang berjerawat secara banyak. pastu, kawan² jadikanlah air kosong sebagai minuman ruji kawan². bawa bekalan botol air kosong sentiasa. minum sampai kembung. insyaALLAH, kulit muka yang oily akan kurang berminyak & kulit kawan² akan glowing. makan buah-buahan & sayur-sayuran sentiasa. buat sebagai makanan kudapan.

saya share apa yang saya buat untuk ONE Day kami yang lalu. alhamdullilah, kulit saya tak bermasalah teruk bila tiba hari bersejarah kami.

Goodie Bag Nikah

hello sweetie

ingat lagi tak entry ini? kan saya tak jadi nak bagi Yassin & ingin membagi sesuatu yang berciri wangi. OK, mari saya bercerita lagi tentang goodie bag untuk hari nikah saya.

sebelum saya cerita panjang², saya nak share something dengan kawan². FYI, saya suka membuat sesuatu yang ada nilai & makna tersirat. macam mana? saya ambil contoh malam pernikahan saya; PUTIH, CAHAYA & WANGIAN.

pada saya, upacara pernikahan adalah sesuatu yang suci & murni & bersih & putih. hahaha ayat tak boleh blah! but, to be honest, pada sayalah...

ikatan perkahwinan ini adalah permulaan fasa baru bagi kehidupan seorang lelaki & seorang wanita yang sebelumnya bujang. perjalanan baru bagi 2 hamba ALLAH yang akan berkongsi satu kehidupan. seolah seperti bayi yang baru lahir, putih bersih dari segala dosa & noda.

so, saya guna kaler PUTIH sebagai lambang permulaan & perkongsian hidup 2 jiwa ini menjadi satu. eceh! saya guna CAHAYA sebagai simbolik ilmu pengetahuan, sokongan & tunjuk-ajar dari ahli keluarga & teman² mereka untuk 2 jiwa ini bersatu & juga bekalan buat 2 jiwa ini meneruskan kehidupan bersama. while, WANGIAN pula sebagai simbolik perasaan kasih, sayang & cinta dalam hati 2 jiwa ini yang subur mekar mewangi hingga membawa kepada penyatuan mereka & juga simbolik kepada kasih sayang keluarga & rakan² buat mereka.

faham tak? ngeeeeeee, sesekali saya berpuitis syahdu plak kan. tapi betul. siapa yang benar² kenal saya, sure faham sikap saya yang ini. ihikssss

OK. saya allocate 100pcs brown paper bag untuk diberi pada tetamu pada malam nikah. tQ tag dah siap² print & tampal. lubang semua dah siap ditebuk. reben pula saya guna kaler putih. apa yang saya isi?


tQ tag hasil buatan sendiri


tasbih menggantikan Yassin

item yang berciri wangian pula adalah potpouri yang saya tambahkan lagi kewangiannya dengan rose-scented aromatherapy oil. phew! memang wangi giler bilik stor tempat letak goodie bag ini. cousin Hubby Sayang siap cakap "tasbih ko wangi. ko beli katne?". tada beli incik. wangi sebab kena potpouri itu.

semua goodie bag ini habis. lepas majlis baru saya teringat yang saya tak simpan untuk diri sendiri sebagai kenangan. hehehe

Amalan Rasulullah saw Yang Elok Kita Amalkan

hari tu masa saya buat entry ini, si dD gelakkan. oit, ko ingat aku peknen ekkk? hahahaha tunggu saya peknen baru saya amalkan apa yang saya collect. aci tak?

ok ok. saya nak simpan yang ini plak sebagai reference masa hadapan. hehehe beberapa amalan cara hidup sihat Baginda Rasulullah saw yang molek kita amalkan untuk jadi sihat & kuat. ihiksss (macam iklan Milo plak)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 - Selalu bangun sebelum subuh - Baginda mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh & mengerjakan solat sunat & kemudiannya bersolat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2 - Aktif menjaga kebersihan - Baginda selalu bersih & rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3 - Tidak makan berlebihan - Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda; udara, air & makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat Islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan. Baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar & apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”.

4 - Gemar bejalan kaki - Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad & rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka & peredaran darah menjadi lancar & baik untuk mencegah penyakit jantung.

5 - Tidak pemarah - Marah itu dari syaitan. Oleh itu, segeralah mengambil wuduk & solat 2 rakaat bagi ketenangan & menghilangkan gundah hati. Kekuatan Muslim bukan terletak pada jasad tetapi lebih kepada kekuatan & kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat Rasulullah saw

6 - Optimis dan tidak berputus asa - Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7 - Tidak iri hati - Cara hidup sihat Rasulullah seterusnya ialah menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa. Sikap iri hati perlu dihindarkan.

8 - Pemaaf - Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati & jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi memberi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau nak sihat & kuat, elok kita amalkan amalan junjungan mulia kita, Rasulullah saw. insyaALLAH, dengan izin-NYA tiada yang mustahil.

Inai Di Jari



saya sebenarnya suka pakai inai. dulu masa duduk di kampung, rajin saya petik daun inai & tumbuk sendiri & pakai secara sendiri. kalau tak merah-pekat-hitam-likat, saya akan pakai lagi. ouh, inai yang tumbuk secara sendiri ada banyak. senang hatilah saya memakainya secara mewah. hihihi

masa ONE Day yang lepas, memang saya telah meng-hire seorang pemakai inai instant. jam 1AM hari Jumaat, mereka sampai. sesat & ada hal yang melewatkan mereka. masa tu juga baru saya tahu yang Wan (nenek saya sebelah Ayah) berhajat nak saya memakai inai daun. dah siap tumbuk & dibawa khas dari kampung. ouh Wan, love you so much! muahmuahmuah

so, pemakai inai instant saya datang semata memakaikan pada saya inai tumbuk. takmo hampakan beliau yang datang dari jauh, saya minta juga inai diukir secara simple pada tapak tangan & kaki.


inai daun & inai instant


inai saya pada hari ke-6

sekarang inai dah makin habis. boleh tak nak pakai lagi? hehehehe

Hantaran Kaler Diraja

hari tu dah cerita tentang hantaran kaler pink. now, saya nak share hantaran kaler diraja. pemberian Hubby Sayang untuk Cutey Wife dia. hehehe


basic makeup set


kasut yang baru 2x dipakai


jam kegemaran


gelang tunang


handbag & wallet yang masih belum pakai


perfume yang wangi sangat & sun-glass


telekung & sejadah

Acik Normah memang tangan seni betullah. nanti boleh joint-venture ngan dD buat bisnes gubah hantaran. hehehe

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009