Make Up For Bersanding 12 June 2010

hi sweetie

buat entry ni secara pantas. rasa tak best bila tak ada cerita untuk esok hari. hehehehe OK, mari sambung cerita pasal makeup.

makeup bersanding mula awal. around 9AM++. again, saya baru lepas mandi masa MUA datang. time tu ada acara marhaban kat bawah. kumpulan marhaban yang di'import' khas dari kampung yang di'sponsor' oleh Mak Long.

tengah syok² makeup, Mak masuk bilik & suruh turun bawah untuk acara potong jambul. dang! muka baru kena simen, sah² muka pucat lesi. tak vogue OK panten turun ngan muka lesi. kehkehkeh... tapi nak wat macam mana. kena gak turun. CikYip touch-up sikit² & pakaikan lip-gloss sikit. sarung saja baju & tudung yang ada. terus turun bawah. terpinga² sekejap. hehehe


sila katakan saya cantik. hahaha

CikYip kena makeup orang bertunang pukul 11.30AM. that's why saya di-makeup awal. my OP & Kak Ngah jadi mak andam terjun. pakaikan veil & crown. hehehe

after that, CikYip datang semula ke rumah saya. tu pun after majlis almost done. trapped dalam hujan lebat, katanya. tapi takpe lah. he stayed with me sampai malam OK. siap berhujan buat outdoor, dia setia menunggu. wah!



OK-lah. cukuplah sikit² tepek pic makeup ni. nanti tepek lagi. hehehe

First Kiss

first kiss from my Hubby Sayang


love you so much Hubby Sayang

saya SAYANG sangat pada lelaki ini. sepenuh jiwa & raga saya. semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami & sentiasa dirahmati ALLAH.

Amin....

Potong Jambul Pengantin

hello peeps!

kawan² pernah tengok acara potong jambul pengantin tak? tak pernah ekk... OK OK. actually, bukan la jambul rambut real panten. alaaa....mana nak ada jambul kalau dah panten pakai tudung, kan? ouh, saya tak macam retis itu or politician yang itu, pakai tudung sampai terkeluar jambul. opsss, tercarut plak! (kau tak sayang mulut ehhh panten)




inilah jambul yang dipotong



haaaa, nampak tak yang terikat di kepala saya itu? tu semua ring makcik² dari adik-beradik Ayah. lepas tu, orang² tua akan potong ring² itu sambil tabur beras kunyit segala pada saya. alangkah best-nya kalau semua ring tu dapat pada panten. hahaha den kayo! den kayo!

saya dah lama tengok adat ini. tiap kali ada wedding dalam family sebelah Ayah, acara potong jambul begini pasti ada. nama pun adat, tak wajib ada pun. Wan (nenek sebelah Ayah) yang berhajat. al-maklum, saya ni cucu sulung beliau. tak baik hampakan hajat orang tua.

muka saya agak selekeh sebab tengah make up & suddenly dipanggil turun. belasah sajalah labu....

Make Up For Nikah

hello dearie

mari kita sambung cerita² mengenai ONE Day kami. haish, mahu sebulan takpun berbulan² baru habis cerita pasal ONE Day ni. hehehe kawan² jangan muntah colorful okeh.

OK, now nak review mengenai makeup plak. at very last minute, saya booked another MUA. sebab? haaaa will story about this in another entry. entry versi maki-hamun hahhaha (gelak secara jahat)

ni antara pic yang molek² nak tayang makeup untuk hari nikah. adeh, saya tak larat nak edit banyak². main tepek mana ada jek. ngeeeeeeee






saya puas hati dengan makeup masa nikah. tak tebal tak nipis. makeup dari petang untuk acara bertunang bawa ke malam untuk acara nikah. ramai puji kata cantik. apa² pun, credits to my MUA.

kisah di sebalik? hahaha MUA dah sampai awal. around 3PM++ dia dah sampai. saya plak tengah bersiram. pastu, boleh plak kami melayan perut yang syok wat lagu rock. makan² dengan senang hatinya. siap meratah lauk bagai. ngeeee ikan sembilang masak berlada. siapa yang tak terliur, kan? (buruk perangai panten neh)

start makeup around 4PM++. sekali, rombongan Hubby Sayang sampai sharp on time, 5PM. memang dah agak yang discussion amat ringkas. so, kalut sikitlah kami² yang dalam bilik ni. dengan kanak² yang setia menjadi penonton (bajet macam retis OK) saya yang tengah dicantikkan, keadaan bilik agak padat. hahaha walau dalam situasi didesak, my MUA berjaya buat saya jadi cantek! thx CikYip

pasni saya cerita mengenai makeup hari sanding yer. sabar tau

Hantaran Kaler Pink

Hello sweetie

my hantaran to my Hubby Sayang. simple but sweet & nice. decorate by dD.

ada kisah disebalik proses menyiapkan hantaran ini. hehehe around 12PM hari nikah, baru dD settle dengan tugasan dia. tu pun lepas my lovely Mak mengamuk bising² sebab hantaran tak siap lagi (dD, ingat tak macam mana Mak aku bising? ngeeeee)

memula, saya with Kak Ngah mengadap hantaran² tersebut. kami hias & gubah ikut rentak tangan kami. memang sempoi giler! ater, tangan takde seni yang membuat. around 2AM hari nikah, dD start ngadap semua hantaran tu. alhamdullillah, he did it! all my hantaran super gorges (pada pandangan mata saya laaaa). mungkin tidak pada mata orang lain. as what I always said, lain orang lain taste.


hantaran berkaler pink dari saya untuk Hubby Sayang




hantaran kaler pink together² hantaran kaler yellow

ini saja koleksi hantaran untuk each item. hopefully ada yang lain dalam camera OP.


ring for him & potpouri. hantaran yang paling saya suka


shoe & socks


watch & specs


perfume ini amat wangi & rasa nak mamam


Baju Melayu & sampin Tenun Pahang. sampin tu hadiah dari Ayah untuk menantu sulung


Sepasang kemeja & seluar


wallet & belt

ini sahaja yang ada. nanti saya update pic hantaran yang lain yer.

Tunang 2 jam

percaya tak yang saya hanya bertunang untuk 2 jam sahaja? hehehe... betul tada tipu² tau. my lovely Mak yang mahu ikatan pertunangan dilakukan eventho sekejap. feeling² macam Dato' CT plak kan. hahaha

my beloved MIL pakaikan rantai tangan pada saya sebagai tanda ikatan pertunangan. saya yang mahukan rantai tangan instead of ring. saya seorang yang tak berapa gemar memakai ring. enough with our wedding ring. Hubby Sayang mahu sarungkan wedding ring tersebut sendiri selepas upacara akad nikah. so, sebagai tanda ikatan pertunangan, Hubby Sayang berikan saya rantai tangan yang dibeli 1 week before our ONE Day. gila last minute punya kerja. sila jangan ikut jejak langkah ini yer.


Mak tengah pakaikan rantai tangan


Mak betulkan kedudukan rantai tangan


salam cium tangan beloved MIL

ringkas sahaja acaranya. lepas bertunang, terus saya dupdapdupdap sebab nak ke acara akad nikah after that. fuh! amat berdebar tau...

2 Mak

now I have 2 Mak. one is lovely Mak & another one is beloved Mak, which is Hubby Sayang's mom.




I love both of them. muahhhhhsssssssss

3 Princess Around Me




suka sangat 2 picca ini. masa tengah debar² ni, saya dikelilingi oleh 3 princess. my lovely Mak, Kak Ngah & Adeq. sweet sangat². memang dari awal dah cakap pada Mak yang saya mahukan Mak ada bersama saya ketika nikah & adik² perempuan duduk disebelah saya. sementara adik lelaki saya duduk sebelah Ayah, temankan Ayah mengakad-nikahkan Hubby Sayang. ihiksss

suka sebab mereka semua in pink color!

Lovely Dais Again

sebenarnya, saya suka sangat² dengan pelamin saya ini. tak tahulah sebab apa. mungkin sebab apa yang saya imagine berjaya diadaptasi ke realiti. first time saw it that night, my heart really melted. rasa nak tidur bawah khemah mengadap pelamin. hahaha buruk perangai!

the best part is, bukan saya sahaja yang melted dengan pelamin ini. jiran² yang datang semua suka. siap tak sabar² nak bergambar dengan panten malam nikah tu. seriously, the dais looks more outstanding at night.

mari saya tepek picca lovely dais saya ini banyak². ngeeeee (jangan ada yang muntah colorful plak yer)
















apa pendapat kawan²? masa discussion, takde langsung mention pasal lantern. hari pasang pelamin, tuptap tengok ada lantern. match plak ngan tema. kerusi tu supposedly cleopatra design. technical error (mis-communication) plak with them. payung depan dais tu asalnya payung masa berarak. tak tahu nak letak mana, so they just put it in front of dais. again, it's match! idea untuk letak orkid adalah dari pihak vendor sendiri & pomander flower kecil² pada langsir belakang juga idea beliau.

untuk malam nikah, dais has been set up by dD. he done lots of thing that nite. during reception also done by dD since they came a little bit late. they also didn't provide extra carpet for in front of the dais. terpaksa bawa keluar carpet peribadi. ngeeeee the rest, is just PERFECT!

ouh yer, kalau nak tahu, ini adalah hasil kerja tangan Rass Deco Wedding. kawan² boleh bawa design sendiri & bincang dengan mereka. insyaALLAH, mereka boleh lakukan & harga bisa dirunding!

Hantaran Kami

nak tepek satu² picca hantaran, tapi takde yang betul² menarik & tertarik. ahaha no lah. picca tak berapa nak cantik. tunggu dari OP or kamera lain, hopefully ada.

supposedly, hantaran kami 9 berbalas 11 sahaja. last minute, tambah 2 which means 11-13. saya dah agak gelabah. mana nak cari lagi 2 bekas hantaran since Mak just bought 10 pcs only from Nilai. ngeeeeeeeeeeee....luckily, dulang hantaran masa Pakteh bertunang kaler silver. so, saya belasah sahaja yang itu. letak pulut & kek, no need to deco² for these 2 dulang since munge tarak cukup woooo...

sessi tukar² hantaran dilakukan ketika upacara bertunang. rumah comey saya penuh dengan hantaran kami. so colorful okeh.


pulut & kek guna dulang lain


abaikan PA saya itu

hantaran kami biasa² sahaja. dD berjaya menggunakan sepenuhnya bunga cherry blossom yang dah lama beli itu. jenuh nak potong tau. since bekas hantaran saya berkaki pendek, bunga cherry blossom itu dibuat tinggi supaya tak nampak kependekan bekas hantaran itu. overall, memang suka sangat² dengan deco hantaran saya especially bekas hantaran for the ring. all of it simple, different & sweet. again, dD tidak menghampakan & he knows me very² well. tQ so much dD!

while from him, Cik Normah yang buatkan. she is my Hubby's aunt. memang bertangan seni Cik Normah ni. at first I thought, yellow roses tu FF. rupanya artificial & saya tertipu. kehkehkeh...memang berupa raja sungguh hantaran dari Hubby. I like!

insyaALLAH, bila dah dapat picca santek² untuk hantaran kami ini, saya akan upload one-by-one. pada sesiapa yang mahukan kelainan, i do recommend dD for decorating your hantaran. talk to him what you want & what is your budget, insyaALLAH, he will make your dream come true within your budget.

Kek Hantaran

hye peeps!

ok...saya cuba hapdet tentang ONE Day kami yer. saya start dengan kek hantaran pemberian saya buat Hubby Sayang.


cantik tak?

subhanallah! hati saya terus melted bila ditunjukkan rupa kek ini. saya tak sangka dengan picca hasil Google-ing saya, beliau berjaya realitikan my wish. Dhiya, awak buat dengan penuh jayanya. rasa dia amat sedap ok & really recommended.

for those yang berminat nak tempah kek for any occasions, do contact Dhiya. anda pasti takkan hampa dengan hasilnya kelak. trust me!

wanna know something? my beloved MIL simpan bunga² yang dipacak atas kek saya itu. ihiksss

Me With Geng Borak@Cari.com

lepas office-mate datang melawat saya dalam bilik panten, geng kepochi Borak@Cari.com plak menerjah. hahaha kecoh sekejap kami bila berjumpa. sempat lagi bergosip bagai. korang ingat lagi tak kita gosip apa hari tu? ngeeeeeeeee


tengok tu...handbag kaler purple tu. menarik perhatian ramai tu. kehkehkeh...
thx babes sebab sudi datang jauh². tak sempat nak jumpa tehah & rissa. thx also for the lovely gifts.

Me With MS

haaaaaaaaaaaa

korang jangan ingat MS tu "Morning Sickness" plak. awal lagi kot saya nak ber"MS" nye. hahaha MS tu short-form nama company tempat saya mencari sesuap nasi. eceh!

best sangat sebab semua datang on our ONE Day. siap usung 2 kotak besar hadiah tu. masa mereka datang, saya tengah tunggu hubby cayang bersiap². so, saya ajak semua sekali naik ke bilik panten & bersessi menggedik bergambar beramai² bersama panten. ngeeeeeeeeeeee


with female staff. Kak Siti tak dapat nak attend due to personal matter


with 3 heroes in MS

so, lepas ni giliran siapa?

Me With http://sukehatila.blogspot.com/

sebenarnya, dunno how to start entry pasal ONE Day kami. kira ini ala² entry penyedap cerita daripada my lovely blog bersawang tada hapdet. hehehe

selama ini hanya kenal thru comment di blog or YM or SMS or calling². tak sangka si dia yang cantik macam anak arab mata beruang ini sudi datang ke majlis saya.

tadaaaa...
ini dia bride-to-be, insyaALLAH, after raya this year will become wife to her fiancee (aiseh Nawal, aNoR forget la ur fiancee's name) & move to JB. am I right dikNawal?


masa ni tak pakai veil & crown lagi. dikNawal & Baiti datang awal & rush balik sebab kena attend wedding lain after that.

thx so much dear for coming.

Pengkritik Tegar

tadi entry happy², tetiba terselit entry emo. hahaha

saya OK. very² OK. saja nak share kat sini. pada saya, it's normal. bak kata pepatah "rumah dah siap, pahat masih berbunyi". erk, macam ada silap sikit je ayat pepatah ni. argh! tak kisah, asalkan same meaning. ngeeeeeeeeeeee

ramai sangat yang nak jadi pengkritik. saya tak hairan pun. majlis dah selesai pun. semua dah selamat. saya pun puas hati sangat². mereka² tak tahu sebab musabab saya pilih design begini, warna begitu, corak macam ni & blablabla... Lagipun, ianya hari bersejarah saya, kan? terpulang pada sayalah nak macam mana. pada pandangan mata saya cantik & hati saya puas, so buat apa saya kena puaskan hati yang lain? sakitlah weh kalau kita kena tanya pendapat setiap orang semata² nak puaskan hati orang lain. ada orang kisah hati kita tak?

sometime, kita kena consider juga hajat orang² tua dalam keluarga. dilema sungguh!

Lovely Dais

ada banyak menda nak cerita, nak share dengan semua. tapi, kawan² semua kena tunggu tau. currently, my Hagumi ada di PA. tak sempat lagi nak balik sana ambil. Eya pun tinggal kat sana dulu. kasi rest.

saya singgah blog RassWeddings. eeh, ada pelamin sayalah. teruja seketika. hahaha



cantik tak? korang kata tak cantik pun, pada pandangan mata saya, ia amat amat cantik! hehehe

nanti saya cerita kisah² lain yang berkaitan ok

1st entry as a WIFE

hye all!!

this is my first entry as cutey wife to my ucuk hubby, HAFIZUL BAHRIN. omg! omg! masa tengah type entry ni, kerinduan melampau melanda. hahaha sila jangan muntah ijo.

being a wife to my love is the best thing in my life. serba-serbi berteman. time makan, dah ada teman di sebelah. nak minum, dah tak buat segelas dah. nak keluar, ada yang escort. pergi-balik kerja ada yang hantar. nak tidur, ada yang dodoikan. 24/7 ada yang menjaga. ahakssss...everything is perfect!!!

kami masih ber'mood' raja sehari. al-maklum, masih berdua lagi. rasa macam masih bercintan-cintun je. alhamdullillah, semua berjalan lancar. saya sebaik mungkin cuba menjadi isteri terbaik buat my hubby. seboleh mungkin nak sediakan segala²nya buat beliau.

kalaulah dari awal² tahu begini indahnya rasa hidup berkahwin, sah² lepas cukup umur dah minta parent kahwinkan. hahahaha

ATTENTION!!!

proses mengedar kad ONE day kami sedang hangat dilakukan. hahaha hangatlah sangat!

saya minta jasa baik para jemputan saya, please update me either you receive the card or not. saya amat amat amat risau jika ada teman² yang tak dapat kad undangan tersebut. sila inform saya jika ada yang tak terima yer. give me your email address & I'll send you the soft-copy of the card. hihihi

tQ for all cooperation.

Finally!

ouh no!!

masa makin dekat. beberapa jam saja lagi status saya akan berubah. dari CIK kepada PUAN. dari seorang BUJANG kepada seorang ISTERI.

dupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdapdupdap

insyaALLAH, lepas Asar nanti kami akan ditunangkan. simple event, just for family members. hajat Mak saya.

selesai majlis pertunangan tersebut, kami akan bersolat Maghrib. selesai Maghrib, kami akan dinikahkan sendiri oleh Ayah saya di masjid berdekatan rumah. sorry, totally lupa nama masjid tersebut. hahaha ampeh!

lepas menikah, selesai sarung ring & hand-over mas kahwin, insyaALLAH, ada buat majlis berinai kecil untuk kami. the very simple one since at first place, memang takde pun berinai kecil ni. sekadar memenuhi permintaan orang tua. ikutkan saja. saya request potong pulut kuning. hihihi...

insyaALLAH...doakan semuanya berjalan dengan lancar & tenang. moga majlis ini diberkatiNYA. saya berdoa moga saya mampu menjadi isteri mithali buat suami tercinta... Amin...

Posto! Posto!


it's time!!!

buat semua, kawan² & blogger² & semua yang mengenali saya, saya dalam proses mengumpul alamat untuk proses menghantar kad undangan ONE day saya. jangan salahkan saya jika tidak mendapat undangan. saya minta alamat, kawan² takmo bagi. hehe pastikan juga alamat ini valid yer. sian mr Posmen nanti kalau tak jumpa alamat kawan². marilah kita sama² permudahkan kerja mr Posmen ini. mr Posmen, sila buat kerja dengan amanah & jujur yer. tammo buang² surat tau!

sila emelkan ke relyza1410@gmail.com alamat teman² semua yer.

jutaan terima kasih. sayang kalian!

Jemputan Walimatulurus

Walimatulurus

dengan rasa rendah diri, saya & keluarga menjemput rakan² yang sudi membaca my lovely blog ke majlis perkahwinan saya pada 12 June 2010 di Bandar Puncak Alam.




Map ke rumah saya

harap sudi memeriahkan majlis perubahan status diri saya ini. ngeeeeeeeeee

Goodie Bag 11 June

hi peeps!

nak cerita lagi tentang goodie bag. goodie bag saya ada 2 jenis. 1 untuk hari nikah & 1 lagi untuk hari sanding. masih gunakan brown paper bag. yang beza cuma warna reben & barang dalam paper bag itu. itu saja! hihihihi

saya hanya sediakan around 100pcs goodie bag untuk tetamu yang hadir pada malam nikah. saya berasa, malam nikah nanti hanya ramai saudara-mara kedua-dua belah pihak. buat jemputan yang tak dapat hadir pada hari sanding, ada juga yang saya jemput datang pada hari nikah. ihiksss...

saya memang mencari something yang boleh beri manfaat buat semua, insyaALLAH. at first, nak bagi Yassin. selepas bincang dengan Abang then Mak & Ayah, we canceled it. takut tiada yang menjaga tertib ketika memegang Yassin tersebut. sama² dapat habuan plak nanti. so, we changed to something practical & easy to manage. sebab saya sukakan wangian, mungkin cenderamata tersebut akan disekalikan dengan something yang berciri wangi.

semalam, siap² tampal TQ Tag yang dah di-print. nasib brown paper bag tu dah siap² ditebuk lubangnya. saya masukkan juga cenderamata tersebut siap² dalam paper bag tu. something yang berciri wangi akan dimasukkan kemudian. then, bila para penolong dah sampai, mereka boleh ikat reben secara berjemaah. hehehe

moga cenderamata tak seberapa ini dimanfaatkan semua...

p/s: pic upload nanti siang yer. line very slow tonite

Kaki Kain

ntah pape tajuk entry kali ini kan...ngeeeeeeeee

saja nak tunjuk sikit. so far, saya kira suka dengan wedding dress yang ini. tak larat dah nak komen banyak. masa dah takde untuk dia layan kritikan & complaint saya nanti. mana yang saya boleh touch-up sendiri, saya akan usahakan. belum masa untuk saya redha. huhuhu


berat betul dress ni. tak larat nak jalan. hahaha tipu jek!

Solemnization Dress

saya asyik² cerita tentang reception dress. tak pernah nak cerita pasal solemnization dress saya. hahaha cian dia dianaktirikan.

solemnization dress saya very very very simple but i love it so much. saya memang mencari something yang simple & nampak suci je. sudah tentu warna off-white menjadi pilihan. tammo pure white tu...bila pakai waktu malam, nampak macam cerah sangat². tak santek nanti dalam pic. tu pada pandangan mata saya. ngeeeeee.....one more, saya memang prefer modern baju kurung since cutting body tak cun melecun nak pakai kebaya. hahahahaha




nampak tak perbezaan both color?

jejalan kat Ampang Park last year, jumpa baju ini. memang dah terbayang² baju tu & siap verangan nak pakai masa nikah. sebenarnya sukakan design pada kain kepada baju kurung itu. hahaha chiffon + lace. lace yang memang saya suka sangat², the very super duper soft lace. bila datang balik, dah takde! ouh no...luckily ada jual kat kedai sebelah butik Alinas, Jalan TAR. almost 3 months saya tunggu dari musim Chinese New Year sebab size takde. alhamdullillah, memang rezeki saya nak pakai baju tu as my solemnization dress. ihikssss


inilah yang membuatkan saya jatuh chenta

masa beli baju tu, memang dah set dalam fikiran nak hantar touch-up. nak touch-up dengan beads lain. beads yang ada semua nak tukar. tak minat! tak minat! tak minat! hahaha kan dah berupa bridezilla.

i'd sent it to same designer for my reception's dress. due to some problem made by him, i took back my solemnization dress & sent it to another designer. betul² 9 hari sebelum 11 June 2010. gila tak? sila jangan ikut jejak langkah saya ini. tak bagus!

nasib baik dia masih sudi nak tolong saya eventho masa dah suntuk. saya memang serahkan sepenuh kepercayaan pada dia untuk alter & touch-up baju nikah saya itu. masa pergi tempat dia, saya sempat belek² hasil kerja dia sebelum ini. memang superb! saya yakin yang keputusan saya ini tepat. ouh ye, bak kata one of the blogger yang banyak promosi pasal designer ni, dia ni master in beading.

insyaALLAH, by Khamis depan, baju nikah saya akan siap. saya tempah sekali dengan selendang/veil which will cost me RM200. selendang/veil panjang yang bila saya duduk, nampak meleret² kiri kanan saya. auww i like! tukar beads & alter jahitan semua tu, he will charged me RM350. kira OK-lah untuk penghantaran last minute.


verangan nak veil jadi begini masa duduk menanti akad nikah

ehem...korang nak tau siapa yer? hehehe cuba teka...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009