TQ Tag

mari update lagi pasal ONE day

hari cuti ni digunakan sepenuhnya menyiapkan pape patut. hari ni saya potong² TQ Tag yang berjaya diD.I.Y oleh saya sendiri. suka plak berD.I.Y neh. macam addicted plak.

saya yang tak beberapa berbakat dalam menggunakan Photoshop, cuba² membuat sendiri TQ Tag. bila try & error banyak kali, tengok hasil macam comel plak. terus gigih men'design'. chaiyok!

TQ Tag saya ada beberapa versi. ihiksss...biasalah, versi gedik² melampau. tidaklah...saya saja nak pelbagaikan. but, still maintain ikut warna tema yer. tammo nanti nampak carca-marba plak. semua saya print atas sticker paper yang glossy. beri efek kilat² sikit TQ Tag saya ini. kenapa sticker? saya mahu memudahkan para penolong saya semasa sessi bungkus-membungkus & tampal-menampal. motif utama, saya mahukan keselesaan & kesenangan buat para penolong saya. (kena tolong secara ikhlas yer para penolongku)

versi 1 bersaiz kecil comey lote untuk telur. saya awal² lagi dah bagitahu Mak & Ayah yang saya tetap mahukan telur rebus sebagai gift buat para tetamu. mengekalkan tradisi lama. eceh!

versi 2 adalah untuk gift pada malam nikah. tak sediakan banyak pun since hari nikah lebih kepada saudara-mara & teman² yang tak dapat hadir pada 12 June nanti. hari nikah saya pilih warna putih melambangkan betapa sucinya ikatan yang akan terbina. argh...statement tak boleh blah!

versi 3 yang besar gabak sikit untuk goodie bag hari bersanding. of cos bertemakan warna pink. pink sana, pink sini. ouh, nampak yang bulat macam bunga tu? gigih saya gunting tiap satu. testing² je asalnya, tengok cantik terus gigih gunting. hahaha

semua dah siap potong². tunggu para penolong sampai untuk buat & item² gift siap. memang dah macam tongkang pecah rumah saya sekarang.

bare in mind, kalau bride2be out there memilih nak berD.I.Y untuk hari bersejarah kalian, sila pupuk ke tahap infiniti KESABARAN korang. memang betul² menguji weh....

8 Comments:

ally said...

ye, betul last statement tu..tahap kesabaran tentu berada pd max..hihi..kalo x DIY nt x menjadi..hihi

♥♥relyza♥♥ said...

ally, betul tu. kadang² give up gak tau. hihihi tapi takkan nak wat half way je kan...

Semy a.K.a Amalina said...

salam

nak tumpang tnaye..tq tag yg bentuk bunga2 tu camne awak buat ek?pkai puncher ke? if yes, mane bleh saye cari?thanks

♥♥relyza♥♥ said...

semy a.k.a amalina,
tQ tag yg bunga2 tu gunting sendiri. supposedly ada puncher dia tapi sy tak jumpa. kalo kat kedai printing besar2 maybe ada. diorg blh siap potongkan...sy rela gunting sendiri sebab dah tak jumpa. ngeeeeeeee

Semy a.K.a Amalina said...

wahhhh very the rajinnnnn.... susah nak dapat bentuk camtu..salute baik punye!

i think i have to do the same way as yours :( for 1000 pcs, sure lebam tangan main gunting nanti

♥♥relyza♥♥ said...

semy a.k.a amalina,
1000pcs? bila ur wedding? nak gunting sndrik boleh janji sabar & mula dari sekarang. banyak sgt tu nak gunting. saya saje gedik2 wat 100pcs je. masa lapang kat opis, saya gunting lah. sikit2 lama2 siap. hehehe

Semy a.K.a Amalina said...

mine is insya-Allah hari raya ketiga nanti =)

tp sy nak try dulu cari puncher..mintak2 la terserempak kat any craft shop..huhu because manyak mende lagi yg sy DIY..hantaran for both sides and bunga pahar 100pcs
with 3 months to go..sure tangan keras kejung asik dok menggodek barang je..huhuhuhu

thanks for the tip btw =)

Amalina said...

hi again,

i just decided to create my own wedding blog (terpengaruh ngan all b2bs blog..hihihi), so can we exchange link?
im the same person as previous, cume lain akaun aje ;)

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009