Merepek Sekejap

seriously, masa buat entry ni, saya bosan tahap gaban. tetiba datang idea nak wat entry versi verangan. hahahaha

saya verangan nak dapat hadiah berikut masa ONE day nanti. aci tak?

1 - CD cerita My Girl, Wonderful Life (motif sangat,kan? pemalas nak cari. hahaha)
2 - Comforter set Aussino yang ada cherry blossom tu (kes tak dapat beli buat cadar katil panten, hihihi)
3 - Tiket percutian ke Bali, Krabi & Sipadan (demand! demand!)
4 - Blackberry Bold (boleh ai ber'twitter' 24/7 non-stop except masa tengah tidur & driving)
5 - LCD or Plasma television yang size 52" (gedabak giler!!! baru puas tonton berdua dengan hubby. eceh!)
6 - Peti ais brand LG (ntah nape, saya suka barangan LG ni. exclusive!)
7 - Kereta sebijik!
8 - Rumah sejibik!
9 - Laptop warna pink

dah dah. saya memang tahap merepek gila² ni. saja mengisi masa lapang. tak salahkan verangan merapu sekali-sekala?

siapalah yang bertuah nak bagi saya menda² merepek kat atas tu??? haha

Ring For Lovely Hubby

hi sweetie...morning!

beberapa hari lepas, singgah blog sabrina. terbaca entry ini & terus terfikir kebenarannya. berhari² gak saya fikirkan tentang ini. saya tanya pakcik google. mana tau ada info berguna yang boleh digunapakai.

nah saya copy dari sini untuk bacaan semua.

***********************************************************************************

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”. Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda: "Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya." Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: "Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah." Maka jawabnya: "Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah." (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, iaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.


Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.


White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.


Bagaimana dengan Platinum?

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan. "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa biji nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.

Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.


Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud: "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samada emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya: "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.

Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam......

ada juga board yang discuss pasal hal ini. klik kat sini yer...ada lagi saya jumpa. sila rajinkan mata membaca yer. ngeeeeeeee

***********************************************************************************

1. JAWAPAN DARI JAKIM

SOALAN: Assalamualaikum. Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

JAWAPAN: Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS (ustazazhar.com)

SOALAN: Assalamualaikum. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. Minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN: Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samada emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.


3. Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. "

Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar: "Sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu."

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas. (Fatwa siri 4/86)


4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

SOALAN: Apakah hukum memakai cincin suasa?

JAWAPAN: Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA'LAM

http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html

terpulang pada diri masing². pada saya, seeloknya kita elakkan perkara yang kita was-was. yang lebih afdal, ikut sunnah Rasullullah saw.

sharing is caring!

Suami Yang Dicari

dari blog yang saya follow. tQ for the nice article. sharing is caring. ngeeeeeeeeeeeeee

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya.

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuan.

7. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumahtangga mereka.

9. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya, penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumahtangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

sumber: http://www.munzir.net/

Crown

morning dearie

pagi² ni nak tanya pendapat. crown mana santek?




saya macam sukakan kedua²nya. hahaha

ONE Day Card

holla!

nak bercerita tentang ONE Day kad saya & mr X. seperti sedia maklum, saya D.I.Y kad jemputan kami. fuh! amat gigih okeh. 1500++ kad saya hadap almost everyday!!! big clap to me...hehehe

saya nak cerita step-by-step tapi tak tau nak mula macam mana, dari mana. hrmmm...of cos memula sekali, kita kena ada design kad yang kita mahukan. sebenarnya, macam² idea saya & Kak Ngah keluar. nak begini, nak begitu. 1st design kad kena reject dengan Ayah, sebab macam style omputih. ihiksss...so kami gigih fikir lagi dan lagi. akhirnya, kami semua sepakat dengan design ini. mr X pun suka. alhamdullillah...

mula², Kak Ngah design guna Illustrator. lepas dia tunjuk pada saya, saya rasa macam something missing. saya tukar design tu dengan try & error guna Photoshop. sorry Kak Ngah, Along tukar almost everything ur design. lepas gigih mengadap Photoshop, akhirnya berjaya siapkan seperti yang saya imagine. hakhakhak...gedik hokay. terus hantar print pada Anum. actually there were miss-communication tentang printing ni. supposedly, total kad dapat 1900pcs untuk both rumah. so, 1 side dapat 950pcs with 4 keping, cover depan belakang & map untuk both side. rupa²nya, 950 kad with 2 keping sahaja, which is cover & map for 1 side. ngeeeeee takpe Anum, lagi pun, masa tu both of us kalut & super busy. hehehe


1900pcs, 2-color printing that cost me RM760

siap je printing, terus gigih beli reben. part ini yang agak leceh & amat menguji minda. hahaha bukan bukan. menguji kesabaran! bergulung² reben saya borong, warna kuning & pink, untuk proses mengikat reben. reben beli di CT Handicraft dekat Mydin Shah Alam (03-5548 8828). agak murah bila dah borong banyak. manik² adalah last minute idea sebab saya rasa macam simple sangat & tak bling². ada manik yang saya beli dari Sayang You di Semua House (03-2692 1111) & Lovely Place Wedding, Pandan Prima, nearby Tesco Ampang (03-9282 1516)


sessi menggunting reben. pink for me, yellow for him


proses D.I.Y manik & reben kecik²

sampul plak, saya borong kat Jalan Pudu, nearby Pudu Plaza. nama kedai tu Tiyang Enterprise Sdn Bhd (03-2145 2098) atau boleh call Dan (017-666 7203). ada banyak kedai spesis sama kat area situ. tapi, kedai ini yang paling murah dia quote pada saya. for 1500pcs, it's only cost me RM63. kalau 2000pcs, RM84 only. ada juga sampul berwarna, mahal sikit la dari sampul putih biasa. ihikssss


before pasang manik


lepas pasang manik


close-up manik untuk kuning


ready to post

maaf!! saya tak perasan langsung yang saya takde snap pic kad pink. alaaa...semua yang dapat kad dari saya, dah tengok live, kan kan?

again, bila kita D.I.Y, amat mencuri masa peribadi kita. sabar tu kena berada ditahap maksima. masing² juga kena saling faham-memahami & always tolerate to each other. gud luck for those yang nak berD.I.Y

legaa...selesai satu part D.I.Y

Goodie Bag

hello peeps!

today Mak & Ayah akan balik dari Kuantan. sebelum mereka sampai, saya perlu siapkan apa² yang boleh. tammo Mak risau tengok banyak perkara tak siap lagi. ihikssss

sekarang tengah gigih tebuk lubang brown paper bag. baru ambil lepas Maghrib tadi dari Nad Ole-Ole Manis. bakal pengantin baru gak tu. senang deal dengan Nad. Ahad saya call dia, Isnin dah boleh COD barang. tQ so much Nad. opsss....big thanks also to Huda sebab tolong risaukan tentang preparation saya & bagi suggestion yang amat² banyak. tQ dear!

brown paper bag ini akan jadi goodie bag dari saya buat para tetamu. item dalam dia....biarlah rahsia! eceh...lepas dah siap tebuk lubang ni, nak kena potong reben plak. chaiyok aNoR!


nak tahu berapa banyak yang perlu saya tebuk? 1000pcs oke. para penolong saya, sila siap sedia. ekekeke

Barang Hantaran

teruskan lagi meng'hapdet' tentang ONE day saya & mr X. bukan apa, lepas ONE day nanti, saya minta cuti dari blogging 1wk++. hahaha

alhamdullillah, dah settle acara membeli barang hantaran. kami plan 9-11 dulang. tup tap last week, kami tambah lagi 2. so, it will be 11-13 dulang. hahaha saya plak pening kepala mana nak cari bunga cherry blossom untuk lagi 2 dulang tu. dulu saya beli masa Chinese New Year. kalau korang ada jumpa kat memana tempat yang ada jual, inform saya ekk...

barang² yang kami beli, mostly memang kami suka & pasti pakai. brand, nilai & harga semua tak penting. yang penting, ia berguna selepas itu. bukan takat cantik & mahal atas dulang masa kahwin tapi pastu tak guna. kan dah membazir namanya....

picca? hrmmmm tengah fikir² patut tepek ke tak. tunggulah ekkkk. kalau tak tepek sekarang, saya tepek lepas majlis. tunggu saya habis cuti. ngeeeeeeeeeeeeeee

tengah berkira² nak beli skincare set ke tak...tak pasal² tambah dulang lagi nanti. hahaha

TQ Tag

mari update lagi pasal ONE day

hari cuti ni digunakan sepenuhnya menyiapkan pape patut. hari ni saya potong² TQ Tag yang berjaya diD.I.Y oleh saya sendiri. suka plak berD.I.Y neh. macam addicted plak.

saya yang tak beberapa berbakat dalam menggunakan Photoshop, cuba² membuat sendiri TQ Tag. bila try & error banyak kali, tengok hasil macam comel plak. terus gigih men'design'. chaiyok!

TQ Tag saya ada beberapa versi. ihiksss...biasalah, versi gedik² melampau. tidaklah...saya saja nak pelbagaikan. but, still maintain ikut warna tema yer. tammo nanti nampak carca-marba plak. semua saya print atas sticker paper yang glossy. beri efek kilat² sikit TQ Tag saya ini. kenapa sticker? saya mahu memudahkan para penolong saya semasa sessi bungkus-membungkus & tampal-menampal. motif utama, saya mahukan keselesaan & kesenangan buat para penolong saya. (kena tolong secara ikhlas yer para penolongku)

versi 1 bersaiz kecil comey lote untuk telur. saya awal² lagi dah bagitahu Mak & Ayah yang saya tetap mahukan telur rebus sebagai gift buat para tetamu. mengekalkan tradisi lama. eceh!

versi 2 adalah untuk gift pada malam nikah. tak sediakan banyak pun since hari nikah lebih kepada saudara-mara & teman² yang tak dapat hadir pada 12 June nanti. hari nikah saya pilih warna putih melambangkan betapa sucinya ikatan yang akan terbina. argh...statement tak boleh blah!

versi 3 yang besar gabak sikit untuk goodie bag hari bersanding. of cos bertemakan warna pink. pink sana, pink sini. ouh, nampak yang bulat macam bunga tu? gigih saya gunting tiap satu. testing² je asalnya, tengok cantik terus gigih gunting. hahaha

semua dah siap potong². tunggu para penolong sampai untuk buat & item² gift siap. memang dah macam tongkang pecah rumah saya sekarang.

bare in mind, kalau bride2be out there memilih nak berD.I.Y untuk hari bersejarah kalian, sila pupuk ke tahap infiniti KESABARAN korang. memang betul² menguji weh....

MUA Who Will Make Me Gorgeous

title tak boleh blah!

siapa yang tammo nampak cantik, menarik & da boom masa hari perkahwinan??? tolong bagitahu saya siapa yang taknak...for sure semua nak cantik, betul tak? al-maklum, raja 3hari. ONE day saya & mr X berlangsung 3 hari straight start dari hari nikah, bersanding rumah saya & bertandang. so, betullah raja 3hari..kan, kan?

memula ingatkan dah settle MUA ni. tup tap, last week yang saya meroyan marah² pada YOU tu, terus saya cancel segala dengan dia. yup! saya buat kerja gila dengan cancel perkara² begini dalam masa kurang sebulan dari ONE day kami. saya tak peduli dah. memang nekad.

luckily, my back-up MUA still available pada date² ONE day. thank you ALLAH. DIA datangkan dugaan, DIA juga berikan jalan penyelesaian. so, already book my new MUA. pricing affordable. saya siap minta dia make-up my mom & my 2 sisters tau. i want them to be gorgeous & sweet on my special day.

the best part, both of us siap SMS-ing till late nite. macam² tips dia bagi. advise me to wear lens to make my eyes look bigger. siap advise me to do threading untuk kening & vulu² mukaku. disebabkan kulit saya super duper sensitive including my lips, saya awal² dah demand lipstick that i'm not allergic to is from M.A.C. hahahaha really demanding & gedix punya bride2b. but seriously ok. kalau other brand, my lips akan bengkak & rasa macam pasir². dah try macam² brand tau. nasib tak try Bobby Brown. hahahaha

insyaALLAH, by this week before June, will go for trial make-up with my new MUA. if takde aral, will bring my Mom & Dad also. mereka akan jadi juri nanti. hehehe

nak tahu siapa ke? nak korang teka²-lah. MUA ini pernah di-promote oleh DikNawal kita...

How Did He Proposed?

bosan buat kerja sengsorang, saya blogwalked ke segala ceruk blog bride2be. terdiam sekejap kat blog ZLA & after baca entry dia, buat saya tersenyum. click sini untuk entry itu. ihikssss

well, im not directly been proposed by him. kisah kami seperti orang dulu². disatukan oleh keluarga. ahaksss...sure ramai tak percaya. how come, pada zaman sekarang masih ada pasangan yang berkahwin atas kehendak family. see...saya dah buktikan. kami disatukan atas kehendak keluarga yang akhirnya menjadi kehendak kami sendiri. hahahahah....gatai!!!

Abah, my FFIL-lah, asked me about kahwin. ouh no! Abah tanya saya selepas apa yang saya lalui dulu. kira masa tu, saya dah nekad, takmo kahwin dalam masa 3 tahun. to cut it short, yang mana saya fikirkan Abah just memain bertanya, saya bagi jawapan yang memakan diri sendiri, "Tanyalah pada Mak & Ayah". see...jawapan yang dah terang lagi bersuluh menjerat tengkuk sendiri.

lepas itu, berlakulah pakatan antara ibu bapa kami. macam mana??? nak dijadikan cerita, Ayah & Mak jalan² beraya ke rumah FPIL saya. masa itulah Abah asked my parent about me. dunno what else mereka discuss. yang saya tahu, lepas tu Ayah & Mak datang picked up saya kat SA & terus bagi tahu saya mengenai hajat FPIL saya itu. reaksi saya masa tu? saya ketawa!!! i tot my parent saja nak sakat saya.

rupa²nya saya silap. Abah betul² serious & my parent gave me a week to think about it. Abah suggest nak satukan kami on December last year. sound crazy rite? saya tak boleh berfikir secara serius masa tu. almost everyday Ayah or Mak or Kak Ngah or PakTeh or siapa²lah will called me & pujuk² me & advise me macam². semua macam nak paksa-rela me terima cadangan itu. ouh no!

genap 1 week, saya jumpa mr X personally & discuss. apa yang kami discuss? hehehe rahsia!!! but, itulah detik kami mula kenal-mengenal dengan lebih lagi. kami mula SMS, kami mula calling². saya ingat lagi, ada SMS dari mr X yang buat saya cair dengan dia. ahahaha...dalam diam, dia telah buat pintu hati saya terbuka tau. auwww!

since that, kami mula serious kenal diri masing². walaupun kami dah kenal sejak kami Form 2. in fact, kami sebenarnya berjiran sebelum saya sekeluarga berpindah ke PA. kenapalah kami tak bercinta dari dulu lagikan? hehehe....

Chinese New Year lepas, mr X officially hantar family dia merisik saya. sekaligus tetapkan hari untuk satukan kami berdua. yeah....it will be this 11 June 2010!!!

semua ini bermula dengan soalan memerangkap diri pada Oktober 2009. cepat saja masa berlalu.....

Dais For Me & Him

lama tak bercerita pasal preparation ONE day saya & mr X. so far, memang penat. hahaha yang paling menguji minda, bila ada yang cancel last minute, tukar last minute, tambah last minute & cakap tak serupa bikin! whoaaa yang last tu paling menguji kesabaran tau.

well, saya start update tentang pelamin. memang dari awal, masa sessi verangan nak kahwin, saya dah set nak amik Rass Deco & Wedding. semuanya kerana jatuh cinta pada hasil kerja tangan mereka pada wedding Diah.

lepas je settle acara merisik & tetapkan hari, saya pujuk² Mak & Ayah ajak pergi butik Kak Suhaila di Rawang. nasib baik senang dipujuk. kami terus ke sana. macam biasalah, yang excited of cos not me. hahaha Ayah & Mak belek² album pelamin Kak Suhaila sampai pergi ke store Kak Suhaila untuk tengok kerusi sanding. see, penangan nak terima menantu sulung. hari yang sama juga we all booking & a week after that, Ayah bayar duit booking. settle 2 in 1. sebab ambil catering sekali dengan Kak Suhaila.

last Tuesday, duduk discuss dengan Kak Suhaila tentang design pelamin. sebab space limitation, pelamin sanding akan dibuat bawah khemah tengah jalan depan rumah. hihihi lepas considered cuaca & keadaan sekeliling, saya pilih artificial flowers je. takmo FF, takut layu tak segar plak. tambah² cuaca panas membahang sekarang ni. tak sanggup ai tengok FF ai layu. ouh no!

i go for simple & nice pelamin yang boleh beri ruang luas. for me, of cos tetamu even saudara mara yang datang akan jadikan pelamin as a port untuk bergambar. seolah tempat wajib untuk tiap wedding yang ada. am i rite? sebab yang itulah, saya tammo menyaratkan & menyempitkan ruang di pelamin. saya nak keselesaan & nak beri keselesaan pada mereka juga.

to avoid anything bad happen, saya juga tak berapa prefer to have chandelier at my dais. takut wooo...memalam orang datang angkat itu chandelier. langsung esoknya sanding, pelaminku tak berlampu. hahahaha tak pepasal, saya kena bayar ganti rugi pada Kak Suhaila. ngeeeeeeeeeeeeeeeee

so, design semua dah discuss ngan Kak Suhaila. a new design for her actually. a very simple one. ouh ye, mr X pun amik pelamin dengan Rass Deco. sekali harung discuss design masa tu. again, pelamin untuk rumah mr X juga new design. harap, Kak Suhaila can make it real...insyaALLAH

pic tarak! kalau nak tengok macam mana rupanya, sila datang ONE day kami. ngeeeeeeee kalau tak, tunggulah a week after ONE day baru tepek kat my lovely blog.

senang hati sikit dah settle part pelamin....

Facial at Isetan

hari ini saya kena chicken pox!!!

hahaha tidak. bukan. saya gurau² saja. chicken pox hasil facial tadi. yeah, abes berbintat muka² saya. gigih SA itu menekan² segala biji yang ada di muka saya ini. berair² mata saya tau.

saya ber'facial' di counter SK-II Isetan di Lot 10. recommended! SA dia amat friendly & korang tak berasa pedih sangat masa dia picit² & tekan² muka korang. massage muka korang sampai korang rasa nak tidur. zzZZzzZZzz

untuk 75min, korang need to spend RM130 & insyaALLAH hasilnya amat memuaskan. ini kali kedua saya ber'facial' dengan SK-II. 2x saya tak datang appointment gara² bersuka-ria bersama mr X. kali ini, mr X yang suruh pergi & set another appointment.

kalau kawan² nak pergi, make appointment first. saya cadangkan counter SK-II Jusco Maluri & Isetan di Lot 10. amat friendly & mereka akan advise kita mengenai produk yang sesuai & juga bagi tips yang banyak. semuanya untuk jadi panten yang gorges!

sakitnya muka saya. semua untuk ONE day saya & mr X. adoi!!!

Pakej Menarik Membelai Diri

hello!

2, 3 hari yang lepas memang hari yang amat tekanan buat saya. pada sesiapa yang tahu, thx bagi banyak advise & sokongan. alhamdullilah, feel more better today. insyaALLAH, everything will going smooth after this. plsss pray for me.

dengan penuh rasa gedix & tidak sabar, saya berasa untuk pergi memanjakan diri sendiri. hakhakhak sila jangan ketawakan saya. orang lain ada buat, saya pun nak buat jugak. (dush! dush! kepala sendiri. ikut orang je tau. ngeeeeeee)

ada beberapa spa yang menarik hati saya. mereka pun ada call saya untuk set appointment. tapi, disebabkan saya bekerja shift, saya tak berani lagi nak set time. tunggu saya confirm dengan SV baru saya set appointment.

first spa yang memang saya terpikat dari dulu adalah Tajrii Spa. tengoklah pakej dia tawarkan...


korang nak bolot sengsorang pakej spa for 2 tu pun boleh. kira sengsorang korang ada 2 sessi la. ihiksss ouh, saya telah TERbuat appointment dengan spa ini. hahahah

then, berkenan gak dengan Tini Spa. saya call branch Ampang untuk nak bertanya & baru bagi 1 soalan, terus hampa hati lepas dia jawab "Kami takde pakej untuk pengantin to be". saya gatal² tangan call branch di Shah Alam & they return back my call after asked my name & phone number. surprisingly, they have bridal package. aik! pelik sekejapan. total for this package RM 385 for about 5 hours.

saya meneruskan lagi pencarian. bertambah gedix sebab usha Serenity Spa. tapi, tak bestnya sebab saya call berkali² tapi takde yang menjawab. bukan 1 branch saja, semua branch dia kat Shah Alam. hampa terus! (ayat mudah faham....REJECT!)

last but not least, Cendana Spa. saya cuba cari website or blog or sewaktunya, tapi tak jumpa. saya dapat pun dari blog Nariko. pakej dia amat amat menarik & berpatutan. ada 2 pakej untuk bakal pengantin yang spa ini offer. RM600 untuk 3 sessi yang agak details & RM270 untuk 1 sessi. both package cover from top to toe. hati terpaut pada Cendana Spa plak.

well, well, well...kalau mr X tahu ini, pasti dia bebel² sikit. ihiksss Nur buat pun untuk Sayang ler....

PutaQ Alam

entry ni ala² sambungan dari previous entry.

ntah, bila dalam hati dah berasa pelbagai rasa, apa jua yang berkaitan akan dianggap negative. i know, it is bad. tambah² dengan masa yang sudah hampir dekat.

btw, rasa macam nak bertukar menjadi GORILLA. boleh tak? rasa nak pergi memaki-hamun orang² yang berkaitan. "Wei, ko tak faham ke apa aku rasa sekarang? 3 weeks pada ko macam 3 bulan lagi je kan? dengan confident ko cakap boleh settle. dah la cakap PUTAR ALAM. kat aku cakap lain, kat orang lain ko kata lain. padahal soalan aku tu sama je ngan soalan dia!

yer yer. saya hampir menjadi sawan. sawan sebab orang yang bertanggungjawab seolah sedang permainkan saya.

rasa nak cancel everything!!!!!!

Dedicated To YOU

holla

masa berjalan makin pantas plak rasa. ada lagi 3 weeks & 5 days before our ONE day. apa saya rasa sekarang? urgh!! rasa nak stop-kan masa. boleh tak?

well, saya a little bit frust with my 'vendor', one of them. dari awal lagi, saya tak ambil ramai vendor for ONE day ini. memikirkan masa yang suntuk & takmo memeningkan kepala sendiri. hrmm...kalaulah saya tahu begini jadinya....

"well, YOU got the talent. YOU're damn creative. YOU're very understanding. but plsss lah. dont under estimate others. rezeki yang ada jangan tamak sangat. when YOU said/suggest this, dont at the end YOU sukatimakpakko change to that. YOU gave us/me the very very very ridiculous excuses. apa KAU ingat AKU tak mampu nak bayar KAU ke? I'm the CLIENT. I'm the one who will PAY YOU. so, I have the right to be fussy, to push YOU or whatsoever to call because it's our MONEY! i repeat OUR MONEY!!!!! when YOU said that, just deliver to us as what you said. setakat cakap mulut, semua orang boleh. tunjuk bukti dulu baru boleh sembang kencang arrr...."

hrmmmm...i dont know how to control myself. ada lagi 3 weeks++ saja. apa pun saya tak nampak lagi. damn!!

insyaALLAH, kalau hari ni orang buat kita, esok lusa orang buat dia balik. ALLAH tu MAHA ADIL & mendengar doa hambaNYA yang teraniaya.

Cousin Baru Lagi

short entry...

dalam 30 minit yang lalu, Pakteh (ayah budak tecik) call bagi tahu yang Makteh dah selamat melahirkan baby boy. yeah!! mangsa buli baru untuk kami adik-beradik. Abang, ajar dia main bola tau!

nak siap² ni pergi hospital. untung² dapat jumpa budak tecik yang lately ni meragam saja. nak kenal budak tecik saya?


ini dia budak tecik yang dah ada adik tecik


cuba teka yang mana kakak & yang mana adik

Lifetime Wishlist

dah lama rasa nak update sikit "My LifeTime WishList" kat tepi tu. punya macam² wish yang akan diusahakan untuk dicapai. ya ALLAH, moga Engkau makbulkan permintaan hambaMu ini...amin.


cepat², trace out penambahbaikan yang berlaku. hikhikhik

Penyegar Hati


kadang², sekeping picca mampu memberikan rasa tenang & damai pada kita.

Hadiah Mother's Day

morning all

semalam adalah Mother's Day buat semua para Mak, Ibu, Emak, Ummi, Mummy, Mom, Mama, Bonda & apa jua panggilan buat insan yang melahirkan kita. fuh...syahdu plak saya pagi² ni.


saya & Mak.
sila abaikan ketembaman saya dalam pix ini

alhamdullillah, setakat ini, saya adik-beradik tak pernah terlepas sambut Mother's Day sama Mak. kalau tak belanja makan, kami sekadar berikan hadiah untuk Mak. kek² ni Mak tak bape favor sangat since penyakit kencing manis Mak tu.

set wangian buat Mak tersayang

Happy Mother's Day Mak. Along, Angah, Abang & Adeq sayang Mak banyak². tQ kerana menjaga kami dengan sempurna selama ini. love you always...

next year, saya sambut Mother's Day dengan 2 orang Mak plak. ngeeeeeeeee

Lagenda Budak Setan

bila kepala dipenuhi dengan semua perkara berkaitan ONE day saya & mr X, masa tidur asyik terganggu. saya jadi susah nak tidur. terkebil² mata saya memandang siling bilik sambil fikiran menerawang ntah ke mana. saya sendiri tak terkejar.

so, terpaksa cari ubat supaya boleh tidur. ubat untuk bagi mata mengantuk........saya sumbat dengan bahan bacaan. hahaha confirm! tak sampai 10 pages, mata dah layu & zZzZzZzZ


baru habis baca malam tadi. tak apa. saya ada lagi 2 buah novel. sambungan pada novel ini, Katerina & Kasyah Lagenda Berakhir. cukup untuk 1 bulan ini, ubat tidur saya. hehehe

film cerita ini akan keluar a week before ONE day saya. wajib pergi ni. jom kawan² kita keluar sesama. ala² last day keluar as single lady. hakhakhak

Oui!

dalam entry lalu, saya sudah berwangian dengan Cherry Blossom. saya macam tak puas plak. dalam hati sudah mencair dengan bau Bouquet by Vera Wang. sepanjang masa di Mid Valley, asyik terbaukan Bouquet. argh! kalah orang angau bercinta tau. hakhakhak


tak dapat Bouquet, dapat Oui! by Lancome pun jadi. hahaha ini memang antara wangian yang saya idamkan sejak lama dulu. refer to this entry.


packaging macam nak wat hantaran plak

memang nak cari perfume pun hari Selasa tu. tak sangka sampai 2 wangian saya rembat. kira nasib baik tak beli Bouquet tu tau. hehe

pasni cari Femme by Hugo Boss plak. baru lengkap koleksi idaman. hehehe

Langsir Rumah vs. Langsir Bilik

morning sweetie

Isnin lepas, saya ke Nagoya Jalan TAR. sorang² saya je ke sana. sampai pun dah dekat pukul 8pm. kedai dah nak tutup. saya ke sana untuk ambil langsir rumah yang dah siap jahit.


aiseh, saya terus rasa nak tukar langsir bilik panten saya dengan langsir rumah. ingat lagi tak langsir bilik panten saya? haaa tengok kat sini. nah, bagi tengok lagi sikit.


Mak sure membebel. last minute nak tukar langsir. kau gila!! ntah sempat ke tak nak tempah. plak tu, ya ampun...upah jahit lagi mahal dari beli kain. seriously!!

takpe², saya akan mengadakan sidang mesyuarat dengan Mak nanti. plsss Mak, plsss agree with me...hahaha

Ayah jangan pelangkung Along masa Along tadah tangan ekkkk... (pepaham ajelah tadah tangan untuk apa.kehkehkeh)

Japanese Cherry Blossom

holla all

mentang² wedding theme saya 'cherry blossom', seboleh²nya semua perkara dalam life saya mahu yang berciri 'cherry blossom'. hati saya amat senang bila mendapat collection berciri 'cherry blossom' ini. yang penting, PINK! hahaha gilor pink betui


jatuh cinta sungguh pada 'cherry blossom'. cantik, kan? alangkah bestnya jika kita boleh tanam di Malaysia. duduk piknik bawah pokok 'cherry blossom'. adussss romantiknya!


yea!yea! saya ada perfume baru. (harap² mr X tak marah sebab beli ini). ngeeeeeee......
suka sangat bau ia. wangi sangat². berasa seperti berasa dalam taman bunga. plus, bau ia juga fresh & soft je. ouh, i'm melting now! hahaha... inilah diri saya...amat sukakan wangian.

haaaa cepat pergi serbu Body Shop. rm79 sebotol. ada promotion sempena Mother's Day.

Lampu

pepagi dah entry pasal lampu. hahaha

semalam pergi Avalon Top Lamp berdekatan Tesco Ampang. agak rambang mata saya mencari² lampu berciri romantis. ouh! amatlah gedik diriku ini. disebabkan lampu untuk dinding dikepala katil tak dapat dibuat kerana ciri² katil panten saya, saya mencari lampu gantung yang berciri cantik, romantis & menarik.

dari tingkat bawah saya ke tingkat atas. ada 3 lampu yang membuatkan saya jatuh cinta.


suka yang ini sebab yang tengah tu warna pink. rm350 yer


lampu ia boleh ditukar² bergantung pada mood anda. rm400 ok


lampu ini ada remote & 3 cahaya yang boleh ditukar². i like & it will cost me rm420. dang!

nak cari sponsor-lah untuk lampu. anyone???

Patchi ooo Patchi

hello sweetie

semakin dekat ONE day kami, makin saya rasa berdebar². ada juga rasa teruja. saya juga makin rasa bersemangat untuk menyiapkan semua preparation yang telah berbulan² saya buat & rancangkan. ouh...moga semuanya dipermudahkan ALLAH & berjalan seperti yang dirancang...amin.

semalam, saya ke Mid Valley. booking facial di sana & membeli-belah. saya makin jatuh cinta dengan membeli-belah. hahaha dD siap pesan pada saya, bila saya menjadi ibu mengandung, sila mengidamkan Gucci Sukey or Coach or LV or sewaktunya janji SHOPPING! ini semua gara² topik pasal mengidam di Hot fm. hahaha ada ke ibu mengandung mengidam macam tu? erk, harus kopak lakiku...

kami singgah ke Patchi. i love chocolate so much!!!


pandangan dari luar

FYI, mereka ada menyediakan khidmat deco untuk hantaran Patchi anda. RM40 sahaja charge-nya. berbaloi². sila bawa bekas dulang yang anda gunakan. ataupun, boleh beli yang telah siap digubah. seriously, amat cantik & worth it.




sila hubungi number tertera untuk sebarang pertanyaan

saya beli 100gram sahaja semalam. nak testing. kalau beli sekarang, saya tak rasa akan jadi hantaran. for sure, jadi habuan perut saya. hahahaha




banyak ni 100gram

tengah timbang-tara lagi ni. Godiva halal tak?

Hunting For Hantaran Again

hari tu dah hunting dah...tapi tak lengkap lagi. yang best plak, ada je yang kami nak tambah. gediksss secara bersama. hahahaha

so, last week kami keluar meng'Google' hantaran. kedai tak buka lagi kami dah sampai. kami ke OU beli sunglass mr X. haaaa...dia lagi gedik kan? hehehehe Sayang, jangan marah yer

pastu, kami ke Sogo memborong perfume set untuk kami berdua. borong gak make-up set yang mencekik darah saya. hahahaha padan muka! takpe², pasni saya akan lebih comey dengan make-up² itu. Sayang kena tunggu aNoR bersiap yer

then, kami ke Sunway Pyramid beli kasut untuk mr X. hahaha kat sana je ada size. redah je lah!

FYI, semua ini berlaku bukan pada hari yang sama. gila hapa semua tempat nak pergi satu hari...hehehe

Deko Katil

psstttt....pssttt....
nak tahu satu perkara tak? kalau korang kata tak nak pun, saya nak bagitau gak. hahaha

Ayah belikan saya katil. sebuah katil seperti yang saya angankan. (tutup muka, malu!!). katil dah ada dalam bilik panten Sabtu lepas. rupa²nya, Ayah & Mak pergi kedai perabot jumaat malam. saya tidak tahu menahu pun. taste Ayah pun sama macam taste saya. gigih survey kedai perabot nak cari seperti yang saya nak. ouh Ayah! banyak-banyak-banyak tQ sebab sponsor katil panten Along. sayang Ayah berjuta². tunjuk sikit je la katil tu ekkk...tak boleh tunjuk lebih², tak seprais laaaa


saje tammo upload besar². kehkehkeh

lepas siap katil dipasang, saya & Ayah sama² pasang cadar panten saya. test either fit or not. hahaha kami anak-beranak dah macam budak². Ayah siap pasangkan & betul²kan comey² tau. lepas tu, saya ngan Mak & Ayah discuss nak hias katil tu. wah! macam² idea diorang tau. ngeeeee so semangat!




Ayah cadangkan scallop macam ni

saya & Mak tak berapa agree. kami tammo langsir meleret² ke lantai. pendapat kami, sah² ramai yang akan cuba seludup masuk bilik panten untuk melihat raja sehari ini (hakhakhak). so, untuk mengelakkan keadaan & katil panten saya menjadi serabut, kacau-bilau & sewaktu dengannya, kami cuba cari idea lain.




not nice. tak macam bilik panten plak

kena cari idea lagi....dan dengan pertolongan pakcik Google, maka terjumpalah picca² ini




saya bayangkan curtain begini bergantungan dikatil panten saya


saya juga terjumpa picca² bawah ini yang boleh juga digunapakai. kreatif!!!




simple & nice



bestnya kalau dapat macam ni

apa pendapat kawan²? yang mana boleh beri efek romantis & sweet? hahaha (gedikssss okeh!)

next week will buy the curtain! hoooreeeeyyyyyy

Hot & Daring

hello peeps!!

sekarang tengah mengerah otak untuk mengeluarkan segala idea² bernas bagi mendekorasi bilik panten saya. bilik dah siap cat. dah lama dah siap. haaaa sekali Mak pilih warna menyala kau! kebebasan buat Mak & Ayah membuat pilihan bagi anak sulung mereka. they too excited uolsss...




amacam, ada berani pakai kaler macam tu? hehehe Kak Red sure suka. nak lari sikit dari pink yang telah meng'conquer' hampir keseluruhan item dalam majlis ini. hahaha hot gitew!!

warna HOT & DARING macam ni jarang orang nak pakai, kan? tak kisah, ikut idea & kreativiti masing². so, saya perlu memikirkan sesuatu untuk jadikan suasana bilik kekal romantis & sweet.

haaaaaaaaa apa lagi. sila perah otak sekarang!

Bunga Manggar

mari kita start meng'hapdet' info berkaitan preparation ONE Day saya & mr X. lama senyap sepi sampai bersemak my lovely blog ini. ingat sikit² ke wedding preparation ni? banyak wooooo! dari sekecil² kuman, sampaikan sebesar² gajah...semua kena fikir & settle-kan. tambah² kalau banyak yang DIY ni. haaa....bride2b out there yang bercita² untuk ber-DIY, silalah kumpul segala tenaga zahir & batin ditambah dengan setinggi² kesabaran yer. all the best!

bunga manggar DIY saya DONE. gigih tekun saya buat sikit² lama² jadi bukit. hahaha


Mak nak cucuk kat betik muda. hari Rabu before majlis dah boleh cucuk kot. takpe, masa tu dah ramai yang tolong. hehe

2.0 vs 1.3

holla!

cuba lihat antara 2 picca di bawah ini


credits to here


credits to here

kawan² rasa, mana lagi laju?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

OK. kalau ikut hukum akal logik, dah tentu kereta dalam 1st picca dikatakan laju. iyer lah, enjin 2.0 kan. Toyota Camry tu.

TAPI!!!

kalau enjin ko 5.0 sekali pun tapi jarum speedometer ko atas nombor 50, janganlah ko berasa kereta ko laju sangat & dengan senang-lenang ko dok kat lane kanan. apa ko ingat dah habis laju ke dengan 50km/j tu walau enjin ko 5.0?

oit! Satria 1.3 tu boleh lebih laju dari ko yang bawa 50km/j tu tau. dia kena tekan habis la pedal minyak tu, kerja keras sikit la. tapi, sebab ko ingat ko laju sangat dengan kereta 2.0 ko tu, ko dah melambatkan perjalanan orang lain!

seriously, saya hangin giler dengan driver macam ni. sikit punya banyak duit rakyat kerajaan guna bagi besarkan jalan sampai 3,4 lane...kat lane kanan tu juga ko nak drive slow melow. haish! dah 2 hari berturut² saya terlewat masuk office disebabkan driver Toyota Camry 2.0 yang bawa kereta macam siput & dok kat lane kanan. bengangnya!!!!

rasanya, diorang ni lupa ilmu yang diorang dapat masa pergi kursus memandu tu. saya cadangkan, diorang ni baca balik buku tu. kasi refresh otak yang dah berkarat tu.

huh!!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009