Rutin Kehidupan Pasti Berubah

tengah cari mood nak tidur. nanti malam nak kerja, mengantuk plak. masa kerja tak boleh tidur. tidur kejap² boleh diterima kot. kira halal la kalau lelap sat masa rehat 1 jam. aci tak? hehehe

tetiba terfikir "bagaimana kehidupan saya selepas berkahwin kelak?". pasti banyak perubahan berlaku,kan. jika masa hidup bujang ni, bebas sikit nak ke mana (takde la bebas mana pun, kena anto report tiap minit), dah kahwin nanti sure hubby kena ikut or tak diizinkan. takkan nak berdegil macam masa bujang ni plak kan? hahaha i do admit, saya ni kategori degil. dalam kepala ada batu keras (dalam hati ada taman rimbun bunga pink gak tau). mr X tak bagi pun, saya rengek² sampai dia cair & izinkan. paling kejam, saya buat gak. habuan? kenalah marah. padan muka!

tapi, bila saya duduk mengenangkan masa depan saya sebagai seorang isteri, menantu & insyaALLAH sebagai seorang mummy, memang akan berlaku banyak perubahan besar pada saya. haaaa jangan nak cakap tentang perubahan bentuk badan atau sewaktunya yer. itu off-topic. ihikssss

[1] obviously, tidur dah ada teman. sakit demam tengah malam dah ada yang jagakan. eceh! sila jangan muntah!
[2] makan pakai serba serbi dah ada orang jagakan. ouh, sistem barter digunapakai di sini. saya jaga dia, dia jaga saya. dia bagi duit, saya belanja. opsss! Yang, bulan ni bagi extra ye. Nur nak handbag baru. lalalalla
[3] tak suka pergi pasar & jarang masuk dapur masa bujang. so, sah² bila dah pegang title ISTERI, 2 tempat itu jadi tempat wajib untuk dijejaki. hahaha kita dah janji nak pergi sama² kan, Yang?
[4] jika rezeki awal & pantas, jadi mummy & daddy yang masih bermood panten baru. Nur kerja malam, Sayang jaga baby tau. deal?
[5] buat apa pun dah berteman. pergi shopping, balik kampung, pergi jalan² bercuti & sewaktunya, of cos hubby mengekor.Nur kot yang ngekor Sayang nanti. ihiksss
[6] segala keputusan semua kena dibawa ke meja perbincangan. tak boleh decide sendiri² dah
[7] selama ni basuh baju 1 bakul untuk 1 week, pas kahwin basuh 2 bakul kot. hahaha
[8] selama ni tak reti nak melawa sangat even duduk rumah, pas kahwin harus saya kenal M.A.C, Bobby Brown & seangkatannya plus punya koleksi perfume yang menimbun. tak lupa juga koleksi baju, handbag, kasut, blaa...blaa...blaaa... Yang, jangan marah arrrrr
[9] apa pun, yang pastinya, selepas memegang title ISTERI itu, saya sudah punya teman kala suka & duka. teman bergaduh, teman bertepuk tampar, teman bermanja, teman berborak, teman menangis & segalanya! Sayang, bukan teman berladang yer...

bersediakah saya untuk menerima segala perubahan itu?

8 Comments:

nizaa said...

jangan risau beb...ko akan melalui proses-proses tu secara semulajadi... kita akan belajar dari pengalaman...

♥♥relyza♥♥ said...

nizaa: tu la. riso pun ada. takut tak meet the expectation.

AZIANA said...

cayoookkkk

Nurulhuda|Adlie said...

haha layan jelah anor, kalau fikir2 terus jadi cam aku ari2 moody je, last2 aku malas nak pikir,let it come naturally.. benda2 mcm tu kene belajar, give n take bla bla, so hope everything gonna be just fine.. =)

♥♥relyza♥♥ said...

aziana: harus gigih berusaha

♥♥relyza♥♥ said...

huda: yup! let it be naturally kan kan...hope aku blh jd isteri & ibu terbaik..jom kita doa sama2

joegrimjow said...

wawah
nakkawen dah ke?
sronok niii

♥♥relyza♥♥ said...

joe: yup! nak tawen dah. hehehe awk plak sronok ek...sy takut neh

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009