My Favourite Sport

bersukan baik untuk kesihatan!! life is better with sport!!

eceh, dah macam apa lak kan. tetiba saja buat entry, intro ala² ahli sukan berjaya. hahaha

kalau bercerita tentang sukan, ada yang suka & ada juga yang kurang suka. haaa...ni sah golongan tak suka bersukan. kantoi!! saya? saya suka juga bersukan. depends on my mood. hahaha at least, saya ada juga bersukan walaupun tidak kerap. kan kan?

sukan apa yang saya suka? tadaaaaaaaaaaaaaa


yup! saya suka bowling. walaupun kebanyakan balingan saya ke longkang, saya tetap suka. dulu, masa UniKL di bangunan Pertama Shopping Complex, boleh dikatakan setiap hari saya main bowling. phew! kira masa tu, tokey bowling centre tu kaya gak lah sebab adanya student macam saya. sejak bekerja ni, berapa kali je saya main bowling. skill makin tumpul. longkang tetap setia menunggu bola² balingan saya masuk melaluinya. hahaha

sukan yang ini saya suka juga. suka tengok, kadang² saja. kalau dah duduk lepak sama mr X, mahu tak mahu, terlayan jugalah sukan ini. apa lagi kalau bukan bola sepak!


sukan ini memang kegilaan semua orang. especially kaum lelaki. haish, bising tau dengan jerit pekik & sorakan mereka ini. tak sanggup saya nak dengar. team bola yang saya sokong tentunya ManU. go ManU! go ManU! (hubby2b punya favorite team)


bila datang mood saya secara membuak², saya suka berjogging. jogging tepi laut amatlah best. tapi, di KL ini terpaksalah jogging tepi tasik. fuh!fuh! tambah² saya nak kahwin ni, jogging memang menjadi pilihan utama untuk saya membakar segala lemak² jahat pada tubuh badan saya ini. hahaha tapi itulah. kalau sudah mengikut mood... selalunya, jogging atas katil sajalah. hahaha


saya mengaku, saya bukanlah seorang yang gemar bersukan sangat. tapi, saya akui, sukan amat baik untuk mengekalkan kesihatan. pada saya, bila kita bersukan & berpeluh, ia akan beri kesan segar pada tubuh badan. seriuosly, rasa amat relieve & segar-bugar. amat puas hati bila dapat berpeluh dengan jayanya.

tapi! haaa ada tapi tau. janganlah kerana suka berpeluh, kita abaikan kebersihan diri. tak guna jaga kesihatan jika kebersihan diri tak dijaga sama. selepas berpeluh secara sakan, pasti kita mandi & bersiap cantik. haaa...bila masuk bab bersiap cantik & wangi, saya amat sukakan barangan Adidas ini. pasti berasa amat segar dengan set penjagaan badan Adidas ini. complete set dari body wash, cleanser, deodorant, bedak & ada juga minyak wangi. bau ia amat segar. bertambah²lah kesegaran kita nanti.


apa lagi kawan². sila amalkan cara hidup sihat dengan bersukan & kembali segar dengan barangan Adidas Action 3 ini. yang gadis, pasti slim mantap. yang jejaka, pasti tough.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009