Apa Korang Rasa, Kalau....

Apa korang rasa, kalau.....

[1] korang tegur kawan korang kat messenger, lebih kurang 5 minit lepas tu, kawan korang tu sign out?
[2] korang call/SMS kawan korang, tapi kawan korang tu wat derk je pada korang?

ntah lah, hati manusia kita tak boleh nak duga kan? kalau pun ada buat silap, tersalah kata...selayaknya buat macam tu ke?

it's general yer. kalau saya ada buat salah, silap kata & laku yang buat kawan² terasa, terguris hati...saya minta maaf. saya pun manusia biasa, tak lepas dari kesilapan laku & keterlanjuran kata. yang mana ia berlaku tanpa sedar saya.

again, hati manusia tak boleh diduga.....

Pernah Tak Terfikir

hello sweetie

sejuk sangat dalam office ni. hujan lebat kot kat luar. selalu macam tu, kan? saya siap pakai stoking ni. hihihi

sambil layan cite Adamaya, tetiba terfikir sesuatu. hrmmm....sedih juga kalau asyik fikirkan ia & what if, it's come true? ouh...minta dijauhkanlah.

kawan² yang nak kahwin ni, korang pernah tak terfikir yang kita sebagai perempuan ni ada kekurangan? normally, masa bercinta, mesti kita fikir, bercinta happy², pastu kahwin, pastu ada baby yang comel². pernah tak terfikir yang kita tak boleh melahirkan zuriat? hrmmmmm sedihkan...

nope nope. bukan nak buat bride2b semua sedih. saja nak persiapkan diri dengan segala kemungkinan & realiti kehidupan yang tak selalunya indah seperti kita angankan. apa orang kata, kehidupan ni ibarat bola. sekejap di atas, sekejap di bawah.

tengok cerita Adamaya ni, part yang Mummy & Daddy Adam main ngan cucu diorang, wat saya terkenang ayat Ayah saya. "Tahun depan Ayah nak main dengan cucu plak." ouh Ayahku......

hmmmm....takutkan?

Offline Mode

morning!!

lama tak hapdet blog. sowie!!! my pinky Hagumi saya tinggalkan pada Abang. sian Abang duduk sorang² kat PA takde hiburan apa² except playing PS & lepak-ing with his friends. so Abang, dah ada lappy tu, jangan asyik nak lepak sampai lewat malam. duduk diam² men FB kat rumah.

lately ni, kepenatan sedikit. rasa masa 24 jam yang ada tak cukup. tolak masa kerja-9 jam- tinggallah 15 jam. masa tidur, masa mandi, masa makan, masa driving...apa je yang tinggal. last², badan gak sakit sebab tak cukup rest. sekarang pun dah start berulang-alik dari PA ke tempat kerja. aiyoh, letih sebenarnya drive jejauh ni.

next week, parent balik PA. before diorang balik, kena settle-kan bilik panten & cat. anyone can help me on this???

sekarang, tengah gigih siapkan kad. banyak tu nak kena settle-kan. nak beli sampul plak. bulan 5 dah start nak distribute kad² tu. big thanks to Kak Ngah & her friends sebab tolong settle-kan bab ini. sayang korang!

bulan 5 gak dah start nak gubah hantaran. weekend saja masa yang ada nak culik dD ke PA untuk buat hantaran. so dD, sila clear-kan weekend ko yek.

hari ni? saya nak teman mr X pergi beli barang hantaran dia. esok nak pergi cari barang² untuk kad & insyaALLAH beli gak barang untuk deco hantaran.

sekarang ni memang masa kritikal gak la (for me). selagi terdaya, memang memaksa diri gak. phew! cepatlah tiba ONE day kami. bukan tak sabar, tak daya nak siapkan preparation ni. hahaha

erk, tetiba rasa takde kaitan title ngan entry. hihihi

Apa Korang Akan Lakukan, Bila.......

entry a bit emo sket. haish, dah lama tak emo² ni kan. sekali sekala layan perasaan, tak salah kan, kan?

Apa Korang Akan Lakukan, Bila.......

[1] Apa yang korang cuba katakan, disalah-tafsir oleh orang yang korang sayang?
[2] Apa yang korang lakukan, disalah-mengertikan oleh orang yang korang sayang?
[3] Kesukaan atau hobi korang dipertikaikan?
[4] Kesabaran korang mencapai limit yang ada?

whoaaaa!!!

Invitation Card

finally!

yup yup. my wedding invitation card yang dihantar printing telah siap. now, dalam proses finishing plak. hehe saya & Kak Ngah pening memikirkan nak buat macam mana. al-maklumlah, Along dia ni fussy giler! nak begitu, nak begini. nasib Kak Ngah amat sabar melayan.

walau apa pun, big thank to Kak Ngah & the gang kerana sudi mengadap kad². bukan side saya sahaja, tapi side mr X juga. (Sayang, sila belanja mereka makan mewah yer)

pada mereka yang banyak ber"D.I.Y" untuk wedding korang, sila tambah SABAR dalam hati berguni² yer. kalau tidak, mahu hari² perang saudara tau. hahahaha

Pic Entry Semalam

nizaa, nah pic. hehehe


sekarang, nak cari tutorial DSLR ni banyak² & bagi mr X study. hehehe


source from here

cantik, kan???

TQ Sayang!

hati saya amat cair sekarang ini!!!! mr X telah mencairkan hati saya yang sejuk beku dulu kala. huwaa amat tersentuh hati dengan apa jua tindakan & kata² mr X. i love u so strong lah!

"XxXx hanya nak aNoR gembira je"
"Apa sahaja yang aNoR mahu, XxXx akan cuba beri"


dan......akhirnya, satu lagi "My Lifetime Wishlist" telah di"strike-out". ouh my Sayang! u are so sweet....

of course, saya akan jadi modelnya sampai bila². my Sayang sudah pandai beromantika. saya suka!!!

p/s: sila jangan muntah hijau. picca will upload later. say cheese!!!

Demam

holla peeps

sorry tak da update semalam & today. tak online langsung dari semalam. gue kedemaman...huwaaaaaaa baru 2 minggu lepas demam, ni demam lagi. adoiyai!!

dok kat PA saja ni. sambil layan cite Pisau Cukur. nice film weh. baik korang layan gak. hahahah

insyaALLAH, bila dah kebah sikit lagi, saya akan update laju² yer. cite pasal Party Project Alpha tu tak habis lagi tau.

doakan saya cepat sembuh yer. banyak kerja kena settle-kan. cuba tengok wedding ticker tu...tak lama lagi tau. huwaaaaaaaaa takutnya!!!

Project Alpha Season 2 Blogger’s Launch - Edisi Merah

okie!

macam saya katakan dalam entry lepas, hari ini adalah hari entry Project Alpha. hehehe banyak pic yang nak ditepek. tunggu nak di-edit saja ni.

entry ini, entry Merah. haaaa saya pasti kawan² boleh agak mengenai apa & siapa. yer! yer! 10 markah untuk anda kerana meneka dengan tepatnya.


snap dari jauh. yang merah tu RedDaddy oke


me with my idola, RedMummy


nasib baik tak jadi tangga. tQ heels ku yang menjadi penyelamat. hahaha

phew! akhirnya dapat juga saya bertentang mata dengan idola saya ini. seriously, saya gugup gila. tak tau nak tanya apa, nak cakap apa, nak borak apa ngan RedMummy. rasa diri kerdil je. ihiksss

RedMummy ni peramah je. walau dia penat baru balik dari kerja & terus datang ke e@Curve di Mutiara Damansara, beliau tetap maintain cun & vogue oke. senyum tak lekang tau.

p/s:ini bukan edisi membodek oke. ini penilaian jujur dari saya yang telah face-to-face & berbalas email & ber"tweet" dengan beliau selama ini

Project Alpha Season 2 Blogger’s Launch

it's happening!!!!

orang lain dah up entry ni malam kejadian, saya? almost 1 week dari hari kejadian baru nak up. hehehe kes malas nak pilih & edit pic + amat mengantuk sekarang masa kerja. huwaaaaaaaaaaaaaaa

ok ok. saya amatlah seronok bila dapat jumpa dengan most of top blogger yang featured in Project Alpha, online TV Nuffnang. top blogger from Season 1 pun datang. best! best! amatlah happening sampai saya lupa nak makan & minum free kat situ. ruginya!!!

takmo tulis panjang². kita layan pic ekkk...saya tak puas lagi ni, asyik tengok pic saja bila masuk kerja. hahahaha (aktiviti seorang pekerja shift malam)


nampak ayu plak diriku ini. hahaha


kawan saya yang dah macam adik saya

macam biasalah, kalau ada event² macam ni, saya pergi ngan dD. kami sama² dapat invitation. supposedly, saya bawa lagi 2 orang kawan saya. tapi dek kerana drama 3 babak dengan dD petang itu, semua plan dirombak. hahaha kuat merajuk woooo si dD lampai tu.


kaki si comel & kaki si lampai
Adidas Action 3 penaja rasmi Project Alpha

bunting blogger yang featured dalam Project Alpha Season 2 ada terpacak di lobi Cathay Cineplex. masa mula² sampai, saya dah nampak blogger ini. amboi....amboi...amboi...


bergambar dengan gambar beliau dulu


now bergambar dengan orangnya, Azwan Ali

baik Abg Azwan ni. trademark dia la tu, bergambar dengan gaya tangan macam tu. ihihihi

chop! banyak lagi pic ni. entry hari ni, memang akan penuh dengan entry Project Alpha. so, better korang tunggu next entry ekkk...

p/s:pic lain tak habis edit gi. ihikssss

Plsss Help Me!!

argh!!!!!!

mesti kawan² pelik kenapa pagi² saya menjerit. hehehe agak tertekan la dengan apa saya alami sekarang ini. minta tolong dari kawan² boleh tak?

sekarang ini, kulit kepala saya kering. kering teramat sangat. nak kata dandruff, saya tak berasa gatal² pun plus rambut tidak berminyak. tangan saya ni pulak gatal. gatal je nak garu² kulit kepala ni. alaaa...macam kita nak kikis² la. gatal je tangan ni nak tanggal²kan kulit kering ni. haish!!!

saya pakai shampoo ini sekarang.


almost everyday saya shampoo rambut. dengan harapan di dalam hati, masalah ini akan lenyap bersama buih² shampoo itu. eceh! tapi nan ado yer kawan². ia tetap datang menghantui hidupku ini.

argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tahniah Mommies & Daddies

sukati saya je eja daddy macam tu kan? hahaha rosak...rosak...

lately, henpon saya yang lagi satu sokmo masuk SMS macam ni "Alhamdullillah, saya telah selamat melahirkan blaa...blaaa...blaaa....". yer yer....kawan² saya yang berkahwin tahun lepas, yang berpakat untuk pregnant secara berjemaah, telah selamat melahirkan baby masing². ouh! saya tumpang gembira. bestnya ada baby!!!!

tahniah untuk semua. semoga korang menjadi ibu & ayah yang baik. mana yang dalam pantang tu, sila berpantang elok². jangan monteng² oke.

CONGRATULATION!!!!

[1] Cira
[2] Huda
[3] Tieka
[4] Anum
[5] Ayza

pic baby? tarak! saya pun tunggu diorang bagi kat saya. eeh, tak lupa juga buat kawan² yang dah lama melahirkan. baru berkesempatan nak wish dalam entry khas ini. ihiksss

[1] Julia
[2] Jiji
[3] Faezah
[4] Mira
[5] Noe
[6] Atie
[7] Dira

TAHNIAH!!!! (bilalah turn saya nak terima ucapan tahniah ekkkkk....haish, gatai!!!)

Rutin Kehidupan Pasti Berubah

tengah cari mood nak tidur. nanti malam nak kerja, mengantuk plak. masa kerja tak boleh tidur. tidur kejap² boleh diterima kot. kira halal la kalau lelap sat masa rehat 1 jam. aci tak? hehehe

tetiba terfikir "bagaimana kehidupan saya selepas berkahwin kelak?". pasti banyak perubahan berlaku,kan. jika masa hidup bujang ni, bebas sikit nak ke mana (takde la bebas mana pun, kena anto report tiap minit), dah kahwin nanti sure hubby kena ikut or tak diizinkan. takkan nak berdegil macam masa bujang ni plak kan? hahaha i do admit, saya ni kategori degil. dalam kepala ada batu keras (dalam hati ada taman rimbun bunga pink gak tau). mr X tak bagi pun, saya rengek² sampai dia cair & izinkan. paling kejam, saya buat gak. habuan? kenalah marah. padan muka!

tapi, bila saya duduk mengenangkan masa depan saya sebagai seorang isteri, menantu & insyaALLAH sebagai seorang mummy, memang akan berlaku banyak perubahan besar pada saya. haaaa jangan nak cakap tentang perubahan bentuk badan atau sewaktunya yer. itu off-topic. ihikssss

[1] obviously, tidur dah ada teman. sakit demam tengah malam dah ada yang jagakan. eceh! sila jangan muntah!
[2] makan pakai serba serbi dah ada orang jagakan. ouh, sistem barter digunapakai di sini. saya jaga dia, dia jaga saya. dia bagi duit, saya belanja. opsss! Yang, bulan ni bagi extra ye. Nur nak handbag baru. lalalalla
[3] tak suka pergi pasar & jarang masuk dapur masa bujang. so, sah² bila dah pegang title ISTERI, 2 tempat itu jadi tempat wajib untuk dijejaki. hahaha kita dah janji nak pergi sama² kan, Yang?
[4] jika rezeki awal & pantas, jadi mummy & daddy yang masih bermood panten baru. Nur kerja malam, Sayang jaga baby tau. deal?
[5] buat apa pun dah berteman. pergi shopping, balik kampung, pergi jalan² bercuti & sewaktunya, of cos hubby mengekor.Nur kot yang ngekor Sayang nanti. ihiksss
[6] segala keputusan semua kena dibawa ke meja perbincangan. tak boleh decide sendiri² dah
[7] selama ni basuh baju 1 bakul untuk 1 week, pas kahwin basuh 2 bakul kot. hahaha
[8] selama ni tak reti nak melawa sangat even duduk rumah, pas kahwin harus saya kenal M.A.C, Bobby Brown & seangkatannya plus punya koleksi perfume yang menimbun. tak lupa juga koleksi baju, handbag, kasut, blaa...blaa...blaaa... Yang, jangan marah arrrrr
[9] apa pun, yang pastinya, selepas memegang title ISTERI itu, saya sudah punya teman kala suka & duka. teman bergaduh, teman bertepuk tampar, teman bermanja, teman berborak, teman menangis & segalanya! Sayang, bukan teman berladang yer...

bersediakah saya untuk menerima segala perubahan itu?

Find the Different

pagi² buat entry mengerah otak kawan². aci tak? hehehehe




dah dah. pergi cari apa perbezaan "My Lifetime Wishlist ni. selamat mencari!!

Application? Settle!!!

yea yea
segala urusan berkaitan dengan Pejabat Agama sudah selesai. ada 2 borang yang perlu diisi untuk diberi pada Tok Kadi pada hari menikah kelak. borang itu untuk urusan surat nikah & kad nikah nanti. big thank to Ayah coz tolong settle-kan bagi pihak saya. muahsssssssss!

ouh, sedikit info untuk bride2b out there which staying area Bandar Puncak Alam. segala urusan permohonan bagi yang stay area ini adalah di Pejabat Agama Kuala Selangor. Pejabat Agama ini terletak di belakang Masjid Kuala Selangor. pergi pagi & before tengahari dah siap. (petang tu dah boleh menikah). kehkehkeh

extra info, pastikan juga bride2b aware tentang kad nikah. if tak silap saya, ia digunakan sementara menunggu surat nikah rasmi dikeluarkan. nanti ada pula yang ditangkap khalwat masa ber-honeymoon plak kalau takde kad nikah sementara ini. kad nikah ini boleh dibuat & diambil di JAIS Shah Alam (HQ JAIS). kad nikah & surat nikah ini kena diambil sendiri oleh suami terchenta! (will double check with Ayah bout this)

simpan borang elok². nanti nak kena bawa masa menikah. hehehe

Wedding Dress 65% Completed!

happynya!!

semalam pergi tengok wedding dress ngan Mak & Ayah. seriously, saya suka sangat dengan baju² saya itu. tambah² wedding dress untuk reception di rumah saya. betul² seperti yang saya inginkan. dem gorges!

lace cantik, jahitan cantik, songket cantik, warna cantik. haish! serba serbi memang cantik. even Ayah & Mak pun suka. yes! itu yang penting ok. Abang pun ikut sama.

seperti yang diberitahu sebelum ini, baju kuning almost complete. tinggal nak tampal² lace & tambah² beads. baju pink masih dalam jahitan. untuk body dah siap. lengan ia tengah berjahit semalam. yang saya suka sangat tu, my designer will add some pearl on my wedding dress. terus teringat pada Yaya yang amat suka dengan pearl.

for bride2b yang masih tak jumpa designer yang sesuai & mengikut budget anda, i really recommend my designer. beliau tak akan hampakan anda.

saya kena lebih gigih menurunkan berat & membuang segala lemak². nanti nak discuss more tentang kasut, veil & others accessories.

Cadar oooo Cadar

settle!!!

tQ so much to Nahwal. kalau tidak kerana dia, saya sah² tak akan jumpa Famista & beli cadar panten saya. ihiksss...Ayah yang pilih cadar itu. nasib baik Ayah amat faham taste anak dia ini. big thank to Mak sebab sponsor cadar panten itu. muahssss!!!

bedroom set tak pilih lagi. masih mencari² yang saya benar² suka. ada yang berkenan di Famista tapi takut tak muat dalam bilik panten saya kelak. akan cuba survey kedai perabot area Ampang ini.

pasni, nak godek² goodie bag plak.

My Favourite Sport

bersukan baik untuk kesihatan!! life is better with sport!!

eceh, dah macam apa lak kan. tetiba saja buat entry, intro ala² ahli sukan berjaya. hahaha

kalau bercerita tentang sukan, ada yang suka & ada juga yang kurang suka. haaa...ni sah golongan tak suka bersukan. kantoi!! saya? saya suka juga bersukan. depends on my mood. hahaha at least, saya ada juga bersukan walaupun tidak kerap. kan kan?

sukan apa yang saya suka? tadaaaaaaaaaaaaaa


yup! saya suka bowling. walaupun kebanyakan balingan saya ke longkang, saya tetap suka. dulu, masa UniKL di bangunan Pertama Shopping Complex, boleh dikatakan setiap hari saya main bowling. phew! kira masa tu, tokey bowling centre tu kaya gak lah sebab adanya student macam saya. sejak bekerja ni, berapa kali je saya main bowling. skill makin tumpul. longkang tetap setia menunggu bola² balingan saya masuk melaluinya. hahaha

sukan yang ini saya suka juga. suka tengok, kadang² saja. kalau dah duduk lepak sama mr X, mahu tak mahu, terlayan jugalah sukan ini. apa lagi kalau bukan bola sepak!


sukan ini memang kegilaan semua orang. especially kaum lelaki. haish, bising tau dengan jerit pekik & sorakan mereka ini. tak sanggup saya nak dengar. team bola yang saya sokong tentunya ManU. go ManU! go ManU! (hubby2b punya favorite team)


bila datang mood saya secara membuak², saya suka berjogging. jogging tepi laut amatlah best. tapi, di KL ini terpaksalah jogging tepi tasik. fuh!fuh! tambah² saya nak kahwin ni, jogging memang menjadi pilihan utama untuk saya membakar segala lemak² jahat pada tubuh badan saya ini. hahaha tapi itulah. kalau sudah mengikut mood... selalunya, jogging atas katil sajalah. hahaha


saya mengaku, saya bukanlah seorang yang gemar bersukan sangat. tapi, saya akui, sukan amat baik untuk mengekalkan kesihatan. pada saya, bila kita bersukan & berpeluh, ia akan beri kesan segar pada tubuh badan. seriuosly, rasa amat relieve & segar-bugar. amat puas hati bila dapat berpeluh dengan jayanya.

tapi! haaa ada tapi tau. janganlah kerana suka berpeluh, kita abaikan kebersihan diri. tak guna jaga kesihatan jika kebersihan diri tak dijaga sama. selepas berpeluh secara sakan, pasti kita mandi & bersiap cantik. haaa...bila masuk bab bersiap cantik & wangi, saya amat sukakan barangan Adidas ini. pasti berasa amat segar dengan set penjagaan badan Adidas ini. complete set dari body wash, cleanser, deodorant, bedak & ada juga minyak wangi. bau ia amat segar. bertambah²lah kesegaran kita nanti.


apa lagi kawan². sila amalkan cara hidup sihat dengan bersukan & kembali segar dengan barangan Adidas Action 3 ini. yang gadis, pasti slim mantap. yang jejaka, pasti tough.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Dah Boleh Menikah!!

yea! yea!

saya & mr X sudah boleh bernikah. boleh tak kalau kami menikah dahulu tapi majlis buat kendian? hihihi mau kami kena karate dengan parent kami. "dah gatai sangat kaaaa???"

just kidding!!

permohonan menikah for my side almost done. sudah dapatkan pengesahan & sokongan berkahwin dari PPN. luckily beliau duduk dekat dengan area rumah & amat mudah deal dengan beliau. tQ so much to Uncle Zizan & Chef sebab sudi jadi saksi. Uncle Zizan too excited & tolong contact PPN yang juga Tok Kadi saya nanti. terus booking Tok Kadi & set-kan masa & juga tempat acara pernikahan akan dilangsungkan. settle that part. insyaALLAH, Ayah sendiri akan menikahkan saya nanti. that's my wish.

insyaALLAH, pagi nanti Ayah akan ke PAID Kuala Selangor untuk dapatkan kebenaran berkahwin. dah selesai yang ini, selesai segala urusan permohonan. kami hanya tunggu hari sahaja untuk langsungkan pernikahan. meanwhile, kena bagi settle semua persiapan.

Sayang, Sayang dah ready tak nak menikah ni???

Sales! Sales! Sales!

hehehe

tajuk tak boleh blah! to make it short, saya dah finalize-kan. saya nak jualkan saja baju itu. baju mana? refer entry yang ini.

ada yang berkenan tak? saya akan emelkan kepada anda price ia. dont worry. harga boleh nego lagi. sorry, veil semua takde. sebab, terbagi pada kakak yang saya sewa alas duduk. terbagi terus okeh! hehehe

BUT!!

kalau takde yang nak beli ia, saya willing sewakan juga. harga semua boleh nego, ikut budget masing².

plsss, betul² nak let go saja baju itu

Our Room

haish...

entry ini tak boleh detail sangat. tak surprise nanti. malu la kalau semua tahu. eceh! semalam, Ayah & Pakteh dah siap cat bilik panten saya. haish, malu saya. warna? Mak pilih merah untuk feature wall & dinding yang lain saya pilih warna putih cream.

pasni, nak pasang frame gambar & gantikan lampu kalimantang sedia ada dengan lampu yang boleh beri efek romantik. aiseh! hujung bulan, nak gi Ikea cari table lamp. if takde aral, will bring in new bedroom set next month. hoyeeeh!!!!

Daisy

my new collection


nanti nak hunting perfume untuk hantaran. hrmmmm...suka sangat dengan EL White Linen Pure Light Breeze & Gucci Envy. aci tak kalau minta both as my hantaran???

Baju Nikah

yes!

satu lagi item yang dah settle. baju nikah! already bought it yesterday. baju yang saya mahu, yang saya nak dari before raya Cina dulu. hahaha mr X pun dah beli baju Melayu untuk acara nikah. butang baju Melayu pun dah beli. pasni nak cari sampin plak.

today, nak gi Famista. dik Nahwal, nanti tak jumpa, ai calling u ekkk

Rent It or Sell It?

holla peeps!

dalam simpanan saya, ada 1 baju yang saya amat pasti tak akan pakai ia lagi. hihi sebab dah tak muat mungkin or memori pada baju itu yang memedihkan. ouh! tutup cerita.

saya berkira² samada nak jual atau sewakan sahaja baju ini. dalam fikiran saya, saya berat kepada jualkan sahaja. hahaha

material bought from Jakarta. dijadikan kurung moden dari lace warna putih & satin warna cream untuk bahagian dalam. ada labuci pada lace & corak benang warna pink. tempah di Faiz Boutique, Subang Jaya.


corak pada lace


bahagian depan


bahagian belakang

kepada sesiapa diluar sana yang berkenan dengan baju ini, tinggalkan komen anda & email address. i'll reply you with the price.

jual murah² saja. siapa cepat dia dapat!

The Ring

hoooyeh!!!!

already bought wedding ring for me. really heart the ring, the design, the diamond & everything bout it. mr X pilihkan sebab saya sudah rambang mata. tengok ini santek, tengok itu santek. habis saya pusing 1 kedai itu tengok semua koleksi mereka. 4 rings sarung di jari but I still cant decide. hahaha tamak haloba sungguh!

end of this month will buy the ring for him. boleh tahan juga taste mr X tau. kopak saya! hehehe tak kisah. janji my Sayang pakai ring tu sentiasa & don't gatal² dah.

sementara tunggu ring saya dibesarkan, almaklum, jari tangan saya comey lote & gebussss sangat, saya survey² rantai tangan & rantai leher. aduh! seriously, saya amat rambang mata. both of it tu optional saja. if mr X ada extra budget, we will consider to buy it.

kalau terlebih ongkos, will consider a set of jewelry sebagai hantaran. hahaha

Baju Kuning, Baju Pink

morning all

semalam dapat call dari designer. "aNoR, baju kuning dah siap. baju pink in progress. by Ahad or Isnin boleh siap."

see, see, wedding dress saya sudah hampir siap! so, kalau tak de pape halangan, this weekend or Monday will be my first fitting. yea!yea! seronok sangat. tak sabar nak tengok. asyik telek sketch je.

pantas bagitau mr X. terkejut dia. "hah! baju pink???? kan dah kata nak warna putih/cream." hehehe... fobia betul dia dengan pink. apa dosa pink Sayang??? pink tak bersalah!!!

comey je bila designer bagi nama "Baju Pink" & "Baju Kuning." pasni boleh busy² kat designer tentang aksesori plak.

Beautiful Blogger

banyak dapat award ini dari kawan² blogger. sorry yer sebab ambil masa lama sangat nak accept award ni. hehe

Thank and link the person that gave u the award
[1] mrzoab,

Pass this award onto 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic
[1] dD
[2] FiZa
[3] MaSs
[4] SiS ZieYLa
[5] Sue
[6] NiZa
[7] aiDa
[8] FaRRaH
[9] PosH
[10] QieFLy
[11] aFRa
[12] JuLia
[13] U!
[14] YOU!
[15] KAMU!

Contact said blogs and let they've won the award
Will do after publish this entry

State 7 things about yourself
[1] Bride-To-Be
[2] Pinkilicious
[3] Love digital scrapping
[4] Love D.I.Y
[5] Stubborn
[6] Shopaholic
[7] Manja (mr X cakap)

Email From Nuffnang

hello all

just want to share with all of u this email. rasanya, ada juga teman blogger yang lain dapat kot email ini. ada tak? sila angkat kaki...dah dah. turunkan kaki tu semua. jom kita baca sebagai renungan kita bersama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

haaaaaaaaa
tips blogwalking sambil click² adv NN tu semua tak boleh pakai sangat. saya as blogger, saya takmo dikenakan tindakan seperti yang termaktub dalam T&C Sec 6 itu.

from me personally, tak tau la betul ke tidak, kena bagi loading betul² semua adv tu kot. baru tak kira fraud. hahaha

chop! saya memang click betul² tau. seronok apa dengar lagu Mister Potato tu.

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009