cek darah

hi sweetie...

saya & mr X telah settle dengan perkara melibatkan darah. ngeri okeh! ouh, takde la ngeri sangat. nurse cucuk rasa macam kena gigit semut jer. (betul tak Sayang?). nak tahu result HIV test kami? kami POSITIF bersih suci & clear dari virus pembunuh ini. hihihi (esok dah boleh menikah!!)

HIV test ini adalah salah satu syarat wajib dalam prosedur permohonan nikah untuk setiap pasangan lelaki perempuan. result HIV test ini valid selama 6 bulan dari tarikh nikah. bride2b, jangan buat HIV test ini terlampau awal ok. sedang elok if buat 3 bulan before. pls take note, HIV test ini hanya sah dibuat di klinik² kerajaan. (swasta tak valid tau)

kalau nak memudahkan anda & menjimatkan masa, sila buat appointment dahulu & try cari KK yang tak ramai orang. tak semua KK yang boleh buat appointment. macam KK Kg Pandan, hanya terima 10 orang pertama sahaja. ouh ya, most of the KK buat HIV test jam 2PM - 4.30PM untuk hari Isnin - Khamis & 2.45PM - 4.30PM untuk hari Jumaat. Hari Rabu sahaja untuk Jabatan Kesihatan DBKL yang dekat dengan Jusco Maluri tu. nah no telefon, 03-9284 5166.

saya cadangkan kawan² pergi ke KK Cheras di bangunan PGRM tu. ia kat Tingkat 9. very² selesa & tak ramai orang. tanya orang ye kalau tak jumpa lift nak ke KK ini. (kami pun tercari² semalam) buat appointment dulu lagi senang. cepat je kita dilayan. ni no telefon KK Cheras, 03-9283 9020/03-9130 0458. borang ada disediakan di KK Cheras ini. sila check samada di KK yang kawan² nak pergi itu ada sediakan Borang Pemeriksaan Ujian Darah/HIV atau tidak. jika tidak, sila ambil sendiri di Pejabat Agama Islam Daerah or JAIS yer.

proses HIV test buat saya & mr X semalam (mungkin berbeza untuk KK lain, i dunno!):

[1] Register at registration counter (takkan kat counter pharmacy plak kan). Ada 3 form kena isi untuk setiap sorang.


antara 3 borang yang perlu diisi


exercise tangan & jari jemari untuk saya


sila sign di sini. nasiblah dah nak jadi hubby saya

[2] Dah siap isi semua borang, bagi semula borang pada registration counter & bayar RM1 seorang. dapat nombor giliran masing². tunggu giliran dengan penuh sabar."Nama anda akan dipanggil sebentar lagi. Terima kasih."

[3] Kena panggil, masuk dalam bilik pemeriksaan. (tips: kawan² sila ambil no yang pertama. so, masuk cucuk dulu). (Sayang tunggu dulu yer)

[4] Dengar segala explanation mengenai HIV & AIDS. then, ready to be cucuk! result tahu on da spot.

bersepah² plak darahku. test kit saya comel

[5] tunggu surat dari doktor & process DONE!

tapi semalam saya gediksss okeh. siap request buat ujian darah untuk Thalassemia & diabetic. dalam family ada yang berpenyakit, so tak salah saya check status kesihatan saya. alhamdullillah, everything fine even baru lepas bedal chocolate. kehkehkeh

ada ke hari tu pergi klinik check mengenai kitaran haid saya yang tak menentu, doktor kata saya berkemungkinankah pregnant! anak cacing banyak la kot. hahaha

4 Comments:

.:ANN512:. said...

i takut tgk darah!!!!~ bley pitam wo..huhu..

harap2 nanti tak pengsan b4 tgk result..haha

♥♥relyza♥♥ said...

ann512,
alaaa darah ia tak byk mana la. dia cucuk sket jerk...

Riena said...

next week br nk pi ehehehhehe
x pe masih awal kan?
awak.. ni no fon baru KK DBKL tu...
dia dh tukar no dah..

03-20275300

Nurulhuda|Adlie said...

sudah buat high 5, aku busy wei sikit, nanti aku reply sms kay =)

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009