Hunting for Hantaran ver 1.1

eceh! siap ada versi lagi. hehe

OK. kami hampir settle dengan hantaran. sekali borong semua semalam. Watch for us, handbag for me, wallet for me, wallet for him, belt for him, shoe for me & sock for him. added skincare for me & shirt for him.

phew!! letih yang teramat sangat & really exciting. tawaf habis Pavilion tu. segala kedai masuk. memang berbaloi². we're lucky because met with Tun Dr M yesterday.

pic? cannot meh. nanti saya tepek pic ia dah atas dulang ekkkk....want to keep it secret & surprise first. can arrr????

next mission?????

p/s: picca & video will upload later after editing. tQ

Hunting for Hantaran

morning all

hari ini, saya & mr X dah plan nak keluar jejalan. macam dah lama je tak keluar jejalan (padahal tiap hari jumpa). tamak sungguh kamu aNoR! hahaha

makin berdebar rasa dalam hati ini. bila blogwalking ke blog bride2b yang lain, saya berasa macam banyak lagi perkara saya tak settle. buat saya takut! tapi sebenarnya saya lupa sendiri. saya sendiri yang ambil 1 pakej lengkap dengan seorang. sebagai contoh, designer baju saya. saya ambil sekali dengan MUA. takmo pening kepala & takmo banyak fikir (tapi ada hati lagi nak ambil MUA lain). hahaha sebagai balasannya, mr X membebel marah pada saya. huhuhu sian saya. hey, dah nak bulan April-lah. 1st fitting!!!

hari ini, target saya, saya berjaya memborong sebanyak mungkin barang hantaran. hahaha bunyi macam tamak haloba je. tidaklah. saja ambil kesempatan sales yang dah dihujung² ni. saya nak beli kasut, handbag, wallet, jam. ini untuk hantaran. pastu, nak beli skincare set (dah habis) before it prices increase this April. dem! then, nak usha² make-up set (kena belajar cara² bermekup), mana tahu boleh dijadikan sebagai hantaran later. hohoho

what else????

harap², tercapailah segala target saya hari ini. malas sebenarnya nak keluar banyak kali. kerja shift malam ni buat saya maaaalllllaaaaassss sangat nak keluar jengah matahari. hihihi

I'm Sorry

Again, short entry from me for today. kawan² blogger yang rajin singgah sini, click² adv, bagi award & follow blog ReLyZa ini, saya sedaya-upaya membalas segala jasa kawan². saya sedikit sibuk dalam 2,3 minggu ini. biasalah, bride2be yang segala perkara if possible nak DIY. hehehe

bila masa kerja, saya akan cuba return all your favor. seperti yang sedia maklum, saya kerja malam. so, siang agak kurang nampak saya online yer. dont worry, masa NN bangun tidur, saya pasti ada untuk kawan² semua. sedikit tip untuk kawan² yang saya dapat masa pergi office Nuffnang tempohari. adv itu semua di-up pukul 12am setiap hari. setiap adv ada quota per click ia setiap hari. so, bila dah sampai daily quota itu, adv tu pun akan masuk tidur. (maybe kawan² dah tahu tips ini)

jutaan terima kasih tak terhingga untuk kawan² semua. sayang kalian!!!

Quick Update on Our ONE Day

yeahuuuuuuuuuuuuuuu!!

dah boleh menikah dah. hahaha just a quick update. mr X dah settle-kan part permohonan menikah for his side. insyaALLAH, early of April, I will settle my part. book Tok Kadi yang pentingnya.

will update later about the process.

No Sweat!

no sweat? tada peluh?

TIPU!!!!!!!!

mana ada manusia normal tak berpeluh. even baby pun berpeluh. kalau tak berpeluh tu, mungkin duduk dalam tempat ber'aircond' atau berada di tempat bermusim sejuk atau yang paling kejam statement dari saya, anda manusia tidak normal. hahahaha just kidding!

but, seriously...takde manusia tak berpeluh. dulu, masa saya ke Australia visited my family, saya tetap berpeluh eventho masa itu musim sejuk. alaa, kalau kita dari negara beriklim Khatulistiwa ni, pergi ke negara orang yang ada 4 musim tu, angin sepoi² bahasa pun kita dah terasa sejuk sangat². tak caye? kawan² pergi oversea sendiri & rasakan kesejukannya. hihihi


mari kita tambah pengetahuan sedikit. saya tanya Uncle Google "Uncle, what is sweat?". Nak tahu apa Uncle Google saya jawab??? nah! (hangpa baca naaaaaaa)

"Sweat is a liquid that is made by the skin when the body is hot. Sweat is made in sweat glands under the surface of the skin, and it comes out of tiny holes in the skin called pores. Sweat is mostly water, but it also contains some salts. The body makes sweat to cool itself down. The sweat takes the heat from the body when it evaporates (turns to gas). Some people think sweat makes a person smell bad. Many people use special sprays to stop this from happening. Deodorants hide the odor of sweat. Anti-perspirants stop the body from sweating. The sweat glands in our skin contains two different groups of sweat glands: apocrine sweat glands and merocrine sweat glands."


haaaa, sekarang dah faham tak kawan²? baiklah, sekian sahaja pengajaran untuk hari ini. hahaha

btw, jangan la malu sangat kalau kawan² berpeluh. it's normal. yang buat kita tak selesa & orang sekeliling kita pun menjauhkan diri adalah bau peluh itu. am I right? saya sendiri tak tahan dengan bau peluh. rasa nak pitam & muntah hijau!

kalau saya sendiri tak tahan dengan bau peluh & rasa amat tak selesa jika berpeluh, saya pasti orang lain pun rasa yang sama macam saya rasa. so, saya akan pastikan saya kurang menghasilkan bau tambahan yakni bau peluh jika bersama kawan² atau tempat terbuka. (bau perfume takpe) saya memang suka dengan bau wangi. boleh buat saya rasa tenang & aman & damai. hihihi

saya dah lama menjadi pengguna tegar Deodorant Adidas for Women - Action 3. (ini bukan iklan Adidas). Deodorant ini ada pelbagai pilihan, warna & bau.

siap ada price lagi



semestinya saya akan memilih pink. hehe bau ia soft sikit. for me, sesuai digunapakai pada malam hari. jika saya terpaksa beraktiviti yang pasti menghasilkan peluh secara jayanya, saya akan memakai yang warna biru. diri akan rasa fresh saja sepanjang hari.


deodorant terbaru dari Adidas. saya pasti akan mencubanya!

kawan² sekarang tak perlu risau. cubalah deodorant Adidas ini. pasti kawan² tak kecewa. yang penting, tak perlu risau dengan bau peluh & ketidakselesaan.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Breakfast + Lunch

morning uollsss

dah breakfast? apa menu breakfast korang? wanna know something? sejak saya kerja shift ni, masa makan betul² tunggang-langgang. breakfast saya, saya combine-kan dengan lunch. so, we can called it BRUNCH. makan malam tetap ada, right before masuk kerja (kena dinner with mr X. wajib!). so, total saya makan untuk 1 hari hanya 2 kali. cukup sihat tak? hahaha

my BRUNCH for today is free. hehehe tQ to Fiza for the free voucher. I got free Sausage McMuffin With Egg. drive-thru saja.


the voucher


air tu tak free. made at home

ouh, murah betul rezeki bakal pengantin. ihiksss

My Wedding Shoe

holla!

lama tak update tentang ONE day saya & mr X. saja melarikan diri sebentar dari memikirkan tentang ONE day kami. fuh! makin nak dekat date ia, makin saya rasa macam² yang tak siap lagi. so, before saya stress & gila, baik saya 'rest' sekejap. kehkehkeh

next month, insyaALLAH, adalah 1st fitting wedding dress saya. ouh, tak sabarnya nak tengok hasil. hari tu, incik designer ada call saya bertanyakan tentang lace. haish...seyes tak sabar!! (cepatlah hilang lemak² tegar ini)

saya plan, masa pergi fitting nanti, nak tunjuk pada designer pic wedding shoe yang saya verangan nak pakai masa ONE day saya. jadi, aktiviti meng'Google' dilancarkan. hahaha saya kena pilih 2 design. 1 untuk majlis di sebelah saya & 1 lagi untuk majlis di sebelah mr X.

hasil Google saya!
kasut yang gunakan lace. nice & look sweet. lynda, make sure ur wedding shoe also made from lace ok!








cantik gak kasut diperbuat dari lace. saya nak lihat dulu lace saya either sesuai atau tidak digunakan pada kasut. if suitable, basic material my wedding shoe is lace.






design yang ini nampak modern & so gorjes! sesuai la kot dengan wedding dress saya yang ala² modern itu. apa pendapat kawan²?










design yang ini pun menarik. hiasan lebih tertumpu pada bahagian hadapan & atas kasut.

yeah! saya sudah punya idea untuk wedding shoe saya. syuhhhh! diam². kena bagi surprise sikit. kehkehkeh

p/s: credits all pic to the owner

Featured in Project Alpha Season 2?

holla peeps

masih tak habis lagi cerita Coffee With Nuffies okeh. yang ini ter'delay' 1 hari. semalam tak berdaya nak buat entry baru sebab tak cukup tidur. sowie yer kawan².

macam mana kalau saya terpilih masuk Project Alpha? hahaha harus ramai "carutsss" saya. well, mana tahukan, rezeki orang kita tak tahu. (verangan la ko, anor)


me with man of the show, David


three of us. again, macam tangga!

best sangat dapat jumpa dengan orang kuat Project Alpha. David Wong. beliau amatlah friendly & a bit talkative. sempoi jer. kami juga diberi peluang tonton video Project Alpha Season 2. pergh! special tak special-lah petang kami di office Nuffnang.

David, meh amik saya untuk Project Alpha Season 14. asal Season 14? mungkin masa tu, saya dah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan top blogger yang lain. hehehe

My Favourite Surfing Spot

morning dearie

aiseh, saya dah terlepas 2 minggu, 2 topik. takpe². start from this week, saya tak mau miss out dah. chaiyok chaiyok anor!

apa yang saya mengarut ni? kekkehkeh kawan² boleh tahu tentang ini kat sini. cubaan melarikan diri dari stress dengan segala preparation ONE day saya & mr X. so, saya mengerah fikiran kreatif saya untuk menaip entry mengenai Project Alpha ini.

for this week, the given title was "My Favourite Surfing Spot". Nak tahu di mana saya ketika entry ini ditaip? jeng jeng jeng... (hopefully, my office-mate tak baca entry ni. kehkehkeh, freely kantoi plak saya)


buntang mata ngadap Hagumi sambil perah idea

pic taken at my office. masa ni pukul 03:11AM. yer yer, saya surfing masa bekerja. tips untuk elak mengantuk ni.


di sinilah favorite surfing spot saya di malam hari (working days only)

dalam bilik comel inilah, saya surfing. sambil bekerja, saya membuat entry baru. sambil reply email client, saya blogwalking. sambil perhatikan system, saya reply komen blogger. sambil jawab phone, saya tweeting. senang cerita, 2 in 1 lah semua menda. semuanya "sambil menyelam minum air". ekekekeke

saya tetap ber'surfing' even di rumah. walaupun saya kerja malam, sepatutnya balik ke rumah, saya cover tidur. nan ado yer kawan². saya akan 'online' dulu. cari mood tidur kononnya. hahaha wanna see my favorite surfing spot at home? taraaaaaaaaaaaaaaaaaa


atas lantai jer

surfing spot saya di rumah come with full package. complete dengan tilam, bantal, comforter, TV & makan² minum². saya bebas membuat aksi gaya bebas while surfing. favorite surfing spot saya semasa di rumah sama saja. tak kira siang atau malam, hari bekerja atau tidak.

tak kisahlah, walau di mana pun favorite surfing spot kita, yang penting, internet connection wajiblah super power. that's the main thing-lah.


P1W1max yang mula mendapat tempat dihati pengguna internet Malaysia

selain itu, favorite surfing spot kita itu haruslah selesa & aman damai. iyer lah, kalau bising sangat, macam mana idea nak datang untuk buat entry baru? betul tak? if not, bersawanglah blog kita. hihihi

di mana pula favorite surfing spot kawan²?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Nuffnang Big Boss Want To Be Guitarist

sessi sambungan entry Coffee With Nuffies. asyik story tentang preparation ONE day jek. sesekali nak gak lari topik. aci tak?

bila saya dapat jemputan dari Nuffnang ini, dalam fikiran terfikir "ada chance tak jumpa face-to-face dengan Boss Nuffnang Malaysia?". as i said in previous entry, I'm soooooooooooooo lucky!! bukan saja jumpa staffs Nuffnang yang so friendly, tapi Boss Nuffnang Malaysia, Timothy Tiah.


Tim bercerita tentang asal usul kewujudan Nuffnang & future plan


erk, macam tangga plak

Boss Nuffnang ni ada bakat terpendam tau. tak caya? tengoklah pic bawah ni. ada gaya dah kan? ihikssss

Tim cuba menunjukkan bakat terpendam

jom layan video Tim "menggoreng". layanzzzzzzzzzzzzzzzz


sekali lagi maaf kalau quality video kurang chantek. ater...tangan kecik² tak bedung. menggeletar manjang. hahaha

Coffee With Nuffies

hello peeps

dalam sibuk² dengan segala preparation untuk ONE day saya & mr X, sempat lagi saya meluangkan masa untuk jemputan dari Nuffnang. last week, saja menggatal sent email to Nuffnang lepas baca entry ini. tak sangka pula im so lucky! got invitation for first session Coffee With Nuffies!!

berpusing² jugalah saya mencari office Nuffnang. ada la 5 kali lalu depan building tu. hahaha then after got called from Fresh, baru saya jumpa. moral of story, sila Google Maps secara details lokasi dituju.

saya pergi sama ngan dD. biasalah kami. dia dapat invitation, dia ajak saya. saya dapat, saya ajak dia. (tak pernah lagi saya dapat invitation & ajak dia, ekekee) tapi, yang ini, kami sama² dapat. nasiblah off-day Jumaat & Sabtu. memang molek sangatlah! (dD amik half-day tu). Blogger yang dijemput 5 orang. tapi yang datang 3 orang jek. even 3 orang & kami lewat due to sesat, acara itu tetap happening.


3 of us. (from left: dD, me & Suresh)

jom jom, kita tengok² pic. sowi sangat² for bad quality. saya gatal tangan tertukar setting camera kot. hehehe



panorama office Nuffnang

comel saja office ni. cute & very cozy. saya suka dengan cat dinding ia, kaler oren. motip sangatkan, pergi office orang sukakan cat dinding semata². hahaha

ok ok. stop dulu yer. more pic will be upload later. tunggu!!!!

cek darah

hi sweetie...

saya & mr X telah settle dengan perkara melibatkan darah. ngeri okeh! ouh, takde la ngeri sangat. nurse cucuk rasa macam kena gigit semut jer. (betul tak Sayang?). nak tahu result HIV test kami? kami POSITIF bersih suci & clear dari virus pembunuh ini. hihihi (esok dah boleh menikah!!)

HIV test ini adalah salah satu syarat wajib dalam prosedur permohonan nikah untuk setiap pasangan lelaki perempuan. result HIV test ini valid selama 6 bulan dari tarikh nikah. bride2b, jangan buat HIV test ini terlampau awal ok. sedang elok if buat 3 bulan before. pls take note, HIV test ini hanya sah dibuat di klinik² kerajaan. (swasta tak valid tau)

kalau nak memudahkan anda & menjimatkan masa, sila buat appointment dahulu & try cari KK yang tak ramai orang. tak semua KK yang boleh buat appointment. macam KK Kg Pandan, hanya terima 10 orang pertama sahaja. ouh ya, most of the KK buat HIV test jam 2PM - 4.30PM untuk hari Isnin - Khamis & 2.45PM - 4.30PM untuk hari Jumaat. Hari Rabu sahaja untuk Jabatan Kesihatan DBKL yang dekat dengan Jusco Maluri tu. nah no telefon, 03-9284 5166.

saya cadangkan kawan² pergi ke KK Cheras di bangunan PGRM tu. ia kat Tingkat 9. very² selesa & tak ramai orang. tanya orang ye kalau tak jumpa lift nak ke KK ini. (kami pun tercari² semalam) buat appointment dulu lagi senang. cepat je kita dilayan. ni no telefon KK Cheras, 03-9283 9020/03-9130 0458. borang ada disediakan di KK Cheras ini. sila check samada di KK yang kawan² nak pergi itu ada sediakan Borang Pemeriksaan Ujian Darah/HIV atau tidak. jika tidak, sila ambil sendiri di Pejabat Agama Islam Daerah or JAIS yer.

proses HIV test buat saya & mr X semalam (mungkin berbeza untuk KK lain, i dunno!):

[1] Register at registration counter (takkan kat counter pharmacy plak kan). Ada 3 form kena isi untuk setiap sorang.


antara 3 borang yang perlu diisi


exercise tangan & jari jemari untuk saya


sila sign di sini. nasiblah dah nak jadi hubby saya

[2] Dah siap isi semua borang, bagi semula borang pada registration counter & bayar RM1 seorang. dapat nombor giliran masing². tunggu giliran dengan penuh sabar."Nama anda akan dipanggil sebentar lagi. Terima kasih."

[3] Kena panggil, masuk dalam bilik pemeriksaan. (tips: kawan² sila ambil no yang pertama. so, masuk cucuk dulu). (Sayang tunggu dulu yer)

[4] Dengar segala explanation mengenai HIV & AIDS. then, ready to be cucuk! result tahu on da spot.

bersepah² plak darahku. test kit saya comel

[5] tunggu surat dari doktor & process DONE!

tapi semalam saya gediksss okeh. siap request buat ujian darah untuk Thalassemia & diabetic. dalam family ada yang berpenyakit, so tak salah saya check status kesihatan saya. alhamdullillah, everything fine even baru lepas bedal chocolate. kehkehkeh

ada ke hari tu pergi klinik check mengenai kitaran haid saya yang tak menentu, doktor kata saya berkemungkinankah pregnant! anak cacing banyak la kot. hahaha

sang teruna di kelilingi anak dara. auwwww!

morning all

entry pagi² dah semacam kan. hehehe siapalah yang bertuah itu kan? dikelilingi anak dara uollss. harus semua jealous nanti dengan sang teruna itu. auwww!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tersipu² ai uollss

korang yang dalam picca, selepas almost 5month, baru sampai postcard ni weh! (aku upload kat FB. curik kat sana)

face mist

hello dearie

nak tanya ni. dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, elok tak kita guna face mist spray? tiba² saja berasa saya perlu lebih menitikberatkan penjagaan kulit wajah saya. nak jadi "panten" ni, haruslah cantik da bomb, kan? hehehe



macam ni ekkk nak pakai face mist spray ni??

any cadangan dari kawan² tak which face mist spray is suitable for combination skin type like me? saya nak pakai tapi ngak tahu mana sesuai.


Body Shop

L'Occitane

Evian. pernah nampak kat blog SiS aMie

pelbagai jenama face mist spray

plss guide me my dearie. mana tahu, sedikit sebanyak boleh buatkan saya tampak segar & menarik. .(ouh, sila jangan perasan aNoR) erk! perasan tak semua face mist spray yang saya tepek adalah berwarna pink. i like!!!

argh!!! mencik betul dengan minyak² di muka ini. apa patut saya buat untuk kurangkan penghasilan ia???

bentuk tubuh & busana: Apple shape

ok dearie. now turn APPLE SHAPE.


[1] Posture - Kurus di bahagian bawah badan iaitu pinggul & kaki. Mempunyai bahu & dada berbidang besar serta torso yang lebar & lilitan pinggang yang agak penuh. Biasanya, ukir lilit dada adalah 1 inch atau lebih besar daripada ukur lilit pinggul.

[2] Tips - Jangan pilih busana yang mempunyai penataan yang terlalu sarat di bahagian lengan. Ia akan membuatkan bahagian torso (bahagian utama tubuh, tidak termasuk kaki, lengan & kepala) kelihatan lebih lebar & nampak sarat di bahagian atas badan. Pemakaian korset agak kurang membantu membentuk tubuh APPLE-shape. Dengan itu, mainan ilusi dari segi pandangan mampu membantu. Tambahkan penataan hiasan pada bahagian pinggang atau gaun busana yang direka sempurna dengan bahagian bawah baju (pinggang ke bawah) lebih lebar. Gaya ini mampu memberi impak terbaik pada penampilan. Ia mampu menarik perhatian pandangan yang lebih pada bahagian pinggang ke bawah, sekaligus menyeimbangkan ilusi pandangan pada tubuh. Selain itu, penataan pada bahagian leher busana juga memainkan peranan. Bentuk yang dicadangkan adalah:


sweetheart neckline. a bit sexy


V-neck. pun sexy

Elakkan bentuk potongan leher tinggi kerana gaya ini menampilkan bahagian bahu & dada yang lebih lebar.

[3] Style - Busana yang sesuai digayakan adalah:


tea length wedding dress


empire line wedding dress


princess line wedding dress


a-line wedding dress

Ball gown wedding dress juga sesuai. Cuba elakkan bentuk busana yang berpotongan trumpet.


Design baju untuk Apple-shape lebih kurang Pear-shape cuma gaya tata hiasan yang sedikit berbeza.

Siapa yang punya bentuk tubuh Jam Pasir a.k.a Hour Glass? ouh, anda sememangnya bertuah!

bentuk tubuh & busana: Pear shape

morning sweetie

gigih sungguh saya. pagi² dah nak share tips memilih design pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh kita. lagi pun, saya sudah berjanji dalam
entry yang lepas, kan? saya tammo dituduh mungkir janji tau. ngeeeeeeeeeee

entry tips ini saya bahagikan mengikut bentuk tubuh. (tips adalah dari majalah Ratu Sehari Edisi 10). hopefully, ia membantu bride2b out there mencari design sesuai untuk hari bersejarah anda. we'll start with PEAR SHAPE.


[1] Posture - Bahagian atas badan especially pinggang & bahu, berukuran lebih kecil daripada bahagian badan bawah iaitu pinggul & peha. normally, ukuran lilitan pinggul adalah 2 inch atau lebih besar daripada ukuran lilitan dada.

[2] Tips - Menyeimbangkan kembali postur tubuh, haruslah mencari rekaan atau tataan perhiasan busana yang lebih sarat pada bahagian atas badan. Penggunaan span/padded pada bahu & bahagian badan boleh melebarkan bahagian tersebut sekaligus mampu menyerlahkan penampilan yang lebih seimbang. Gaun berpotongan kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul. Namun, cubalah untuk seimbangkan rekaan atau perhiasan pada gaun & tambahkan rekaan bentuk pada bahu yang lebih lebar sedikit agar seimbang. Antara gaya potongan busana di bahagian bahu yang boleh diaplikasikan adalah:


shoulder wrapped collars


short sleeves


off-shoulder


bolero jackets

shrugs

[3] Style - Busana berbentuk empire-waist wedding gown, princess line serta A-line cut menarik untuk PEAR-shape gayakan.


ball-gown wedding dress


princess wedding dress


a-line cut wedding dress


empire-waist wedding dress

saya termasuk dalam kategori ini. memang suka sangat buah pear. dapat bentuk badan pun pear. kehkehkeh

okies, wait for the next entry. about APPLE SHAPE. tunggu tau!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009