bila yang berkahwin itu anak sulung

hello sweetie

tengah syok² tidur, dapat call dari Mak. ouh Mak, mata anakmu dah segar bugar selepas mendengar suaramu. macam mana nak tidur semula ni???. mendengar suara Mak yang excited, membuatkan saya terharu. betapa Mak happy anak sulung dia ini nak berkahwin. Ayah pun happy juga tapi Ayah pandai cover. ekekeke

"Along, Mak tengok cantik bunga kristal tu. Boleh letak dalam bilik pengantin. Ayah pun suka."
"Mak nak beli carpet lain nanti. letak kat hall untuk malam nikah nanti."
"Mak tengok bunga telur cantik² kat Kuantan ni. nanti ada masa, balik sini yer. kita gi beli sesama."
"Mak nak cat lain nanti rumah. Beli langsir baru..."
"Mak tengok cantik² paper bag kat kedai tu. Ayah pun kata cantik."

ouh Mak, sayang Mak sangat². ini antara dialog Mak. ada banyak lagi kata² Mak yang disenaraikan di sini, mau ber'page²' entry ini nanti. ekeke

Ayah & Mak. orang paling gembira bila anak sulung dia nak berkahwin. dari awal lagi, Mak & Ayah dah plan macam². best part is, idea saya alhamdullillah, mereka agreed. hrmmm macam ni rupanya nak menerima menantu sulung ekkk

itu baru parent saya. belum diceritakan pula reaksi makcik pakcik saya, Aki Wan saya. cucu sulung nak kahwin! berita dah tersebar satu kampung tu. Maklong siap nak import kumpulan marhaban dari kampung ke PA lagi. ouh! terharunya saya...

saya happy bila berjaya membuatkan keluarga saya happy. saya tahu mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka. saya yakin dengan pilihan mereka ini, yang juga pilihan hati saya.

Mak, nanti kita gi Nilai 3 cari dulang hantaran macam Mak nak tu ekkkk. Ayah, pinjam kereta & hulur duit boleh??? ekekeke
Mak, Ayah...Along sayang sangat²!!!

8 Comments:

miss F said...

hi sy anak sulung jgak + cucu sulung belah mak + cucu sulung perempuan belah ayah. mah & ayah tak nampak excited sgt. yg excited terlebih all my aunties. bleh pening kepala tgk suggestion diaorg. tp mmg seronok! sponsor pun byk.hehehe

Riena said...

one happy family...
bestkan jadi anak sulung...smua nya excited... mak nk buat tu buat niee.. mau x seronok... saya ni anak last pon dh bersyukur sangat2...

♥♥relyza♥♥ said...

miss F,
sy plak sulung for both family. auties uncles sebelah mak yg excited sgt2. sebelah ayah biasa2 sj tp makin dkt date tu nanti, surely sume excited. masa tu sponsor dtg mencurah2 nnt. pastinya mknn la
ekekee

♥♥relyza♥♥ said...

riena,
aah. best sgt2. lg best kalo apa kita nak, apa diorg nak blh compromise. luckily they understand kehendak anak dia yg fussy ni
hahahha

sophisticated bridezilla said...

babe, mak ayah mane tak happy anak mereka nak kawen. dorang suh cepat bg cucu tu. hehe. sy ni lagi la, taktau nak ckp, sy anak tunggal. memang harapan ibu pertiwi bonda. haha kalo leh sume die nak buat tapi kene dpt approval sy dulu. haha =p kamu orang kuantan ek? bg tau >.<

♥♥relyza♥♥ said...

lynda,
sure lah sume ur mom nak wat utk ur wed kan. awk sorg lah permata hati dia..
erk..parent aje stay sana.parent tinggal berdua saja kat sana. galaklah mereka jejalan surveying sana sini
hihih

sophisticated bridezilla said...

haaa bagus tuh. mane tau sane lagi murah berbanding kl? sumtime kan, kalo kamu jalan2 diluor kl, mesti ade yang seranding n murah tapi itu pon one in a million. betul tak?

♥♥relyza♥♥ said...

yup!
betul tu...
memang ada 1tmpt kat ktn tu brg dia murah2...tp kena pandai pilih design la. takut tak seswai ngan kehendak jiwa raga. ekekeke

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009