didera & dibunuh!!!

short entry sambil mengadap berita TV3. hati tiba² membengkak. rasa nak pukul orang. argh!!!!!!!!!!!!!!!

patut ke budak 3 tahun yang bermain air dibelasah sampai mati??????

apa bangang sangat BF mak dia tu? kenapa bodoh giler mak dia biarkan saja anak yang dikandung 9 bulan++ dibelasah???? seriuosly, mereka ini jenis bangsa manusia yang kecil² tammo mati, besar jadi bodoh piang!

ouh no! saya amat² benci manusia macam ini. apa salah budak kecil itu? apa dosa dia? kecil² korang tak pernah nakal ke? dem! isu ini amat sensitif & seriously saya amat sedih.

next news, buang baby! again...buang baby!!!! apa saya boleh cakap dengan ayat² kasar "apa la bengongnya betina itu. dah la ko deliver baby tu alone dalam toilet. pastu senang hati ko bunuh dia? lepas dah sedap, ko buang hasil kesedapan ko just like dat????"

huwaaaaaaaaa apa nak jadi ini???? seriously, saya amat marah sekarang!!

the SKETCH

hello dearie

at last, selesai part wedding attire untuk ONE day saya & mr X. bukan dah siap jahit tau. baru selesai discuss mengenai design & material. amat bersyukur kerana designer itu amat memahami kehendak nafsu serakah saya ini. hahaha no laaaa. beliau tahu apa yang saya inginkan & insyaALLAH dia akan hasilkan wedding dress seperti apa yang saya inginkan. ouh, mr X pun ada taste dia juga. sibuk gak dia memberi idea itu ini untuk persalinan dia. (back to my question in previous entry. kenapa tiada bride2b yang wat review mengenai pakaian pengantin lelaki???)


the SKETCH of my dream wedding dress

half of the payment already paid to him. designer untuk baju saya ini lelaki. yang bestnya, designer ini boleh buatkan baju baru & ikut design yang kita nak based on our budget. so, bride2b di luar sana yang hendakkan baju baru but takde budget besar, boleh try designer ini. bukan setakat baju perempuan yer, baju lelaki sekali & aksesori such as veil, tudung, kasut, etc. contact me for more info ya...


yang pink tu chantek

lepas ini, tunggu baju siap untuk fitting plak. hahaha sila menguruskan badan anda yer aNoR.

baju ooooo baju

hi sweeties

lama plak tak bercerita tentang preparation ONE day saya & mr X. slow sket progress untuk seminggu ini. sebab semua benda tunggu orang. so, kami hanya tunggu & lihat hasil untuk finalize-kan. (macam mem & big bos okeh)

okeh! bila saya blog-walking, most of bride2b bercerita tentang persalinan nikah & bersanding. saya???? nan ado yer. baru gedik² nak bercerita gak. hahaha

jika takde aral, today kami akan pergi berjumpa designer. bayar installment (eceh) & terus amik ukuran. nak finalize-kan design juga. since dais untuk majlis di Banglo Kuning menggunakan khidmat designer tersebut, mungkin kami akan finalize-kan juga design dais itu hari ini. (Ya ALLAH, tetapkan hati hambaMu ini supaya tak tukar design lepas dah finalize...Amin)

saya amat suka dengan gown. gown kembang besar bulat kat bawah tu. siap ada meleret². nampak sweet & cute saja. macam gown Barbie saja. bila saya google-ing, banyak yang saya jumpa. mostly untuk English-style wedding la. bila otak mula bekerja & mengalirkan idea, fikiran kreatif mengatakan gown tersebut boleh di'edit' untuk di'implement'kan dengan Malay-style wedding dress. gown tersebut boleh digunapakai sebagai wedding dress saya. material sama sahaja, menggunakan....


chiffon. material ni for me beri impact soft. auwwww!


shantung silk. shinny & look elegant




lace! wud prefer simple lace with simple beads

ouh! ada banyak lagi material untuk menghasilkan gown or dress or what-so-ever-lah, janji wedding dress. lynda dearie, sure ur dress made from lace. lynda adalah fanatik lace. ekeke material yang sama juga diguna untuk menghasilkan wedding dress for Malay-style wedding. (setakat ini, tak jumpa lagi gown yang dihasilkan dengan menggunakan songket)

insyaALLAH, inspired by picca below, persalinan bersanding di PA akan terhasil. roughly, majlis di PA a little bit modern. hahaha amat gedik okeh!


really heart this dress


nice lace


sweet!


chantek! chantek!

ouh! saya tidak akan 'togelkan' kepala semata nak pakai wedding dress seperti dalam picca. seperti saya katakan tadi, akan ada aktiviti menokok tambah pada baju² ini. tiada dedah², terbuka², belah² yer. (sila simpan angan² anda semua yer. hakhakhak)

stop! insyaALLAH next entry saya akan share sedikit tips & info memilih wedding dress yang sesuai dengan bentuk badan. tak semua ada bentuk badan cantik meletop macam model BUT ia tak menghalang kita untuk bergaya & tampil menarik pada hari istimewa kita. am i rite dearie?

jika saya berbaik hati, saya akan share serba sedikit info lain mengenai wedding dress ini. ouh, kena fikirkan tudung & veil yang sesuai. aduh!!!

kenapa yer, takde pun entry yang review tentang pakaian pengantin lelaki??? anyone can u answer me....

picca picca

holla!

seperti yang saya janjikan dalam entry Nilai 3, ini adalah antara picca yang telah diambil sepanjang berada di Nilai 3. layan................


cantik tak design kepala langsir ini?


pomander! pomander! kalau takde masa nak DIY, beli siap aje


antara bunga telur yang menarik hati saya


cukup tak 3? hehehe

tips untuk pengantin perempuan

hi sweetie

saya mahu kongsi hasil pembacaan saya. rajin juga saya meng'google' demi mengisi masa lapang. (statement tak boleh blah!!)

saya membaca mengenai tips kecantikan & menaikkan seri wajah untuk bakal pengantin. ada juga petua orang lama yang boleh dicuba. mana tahu, bride2b mahu mencuba. tak salah kita mencuba, kan? siapa yang tak mahu cantik yang oi di hari persandingan?!!

[1] Bunga Mawar - 44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Dimulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi. Ataupun, dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya. Anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah!

[2] Timun - Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

[3] Lobak - Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

[4] Tomato - Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.

[5] Avocado - Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

[6] Daun sirih - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah! Seeloknya, amalkan 30 hari sebelum hari perkahwinan.

[7] Limau Purut - Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.

ada juga yang membuat rawatan di salun kecantikan. facial, spa, mandi lulur, mandi bunga, mandi susu, pedicure, manicure, etc2. elok juga & amat digalakkan melakukan rawatan kecantikan ini (terutama facial) 3 bulan sebelum majlis.

pemakanan juga harus dijaga. perbanyakkan minum air masak untuk mengekalkan kelembapan wajah & mem'balance'kan kandungan minyak di kulit wajah. (especially kepada mereka yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak). banyakkan memakan buah-buahan & sayuran hijau. elok tau!! elok juga dielakkan dari memakan makanan yang masin terlampau untuk mengelakkan lebam bawah mata a.k.a eyebag. ouh ye, seafood juga bolehlah dikurangkan untuk sementara waktu untuk mengelakkan kulit anda berterusan mengalami alergik (for those who have sensitive skin). tidur yang cukup juga penting untuk kekal cergas & bertenaga.

mari kita share tips kecantikan yang boleh kita amalkan as bride2b...moga kita menjadi GORJES di hari perkahwinan kita...kehkehkeh

ONE: Checklist

entry yang semata² untuk reference saya & juga panduan buat bakal² 'panten' di luar sana. seronok tau buat persiapan kahwin ni. jika ada yang perlu saya tambah, sila update saya ye.

Nikah
(1) Kursus kahwin
(2) HIV test
(3) Borang nikah (mr X)
(4) Borang nikah (saya)
(5) Booking Tok Kadi

Majlis @ PA
(1) Catering & canopy - deposit PAID. 80% payment will be done by Ayah
(2) Pelamin sanding - dah discuss design with Kak La
(3) Pelamin nikah - cancel! space limited
(4) Make-up & mak andam - change to other MUA. booked!
(5) Baju nikah - will touch up a little bit with other designer
(6) Baju sanding - 80% paid. final fitting end of May
(7) Alas nikah - provided by Kak La
(8) Butang baju Melayu
(9) Sampin
(10) Selendang / Veil baju nikah
(11) Aksesori baju nikah
(12)

Majlis @ Banglo Kuning
(1) Pelamin - dah discuss design with Kak La also
(2) Make-up & mak andam - change to other MUA. booked!
(3) Baju sanding - 80% paid. final fitting end of May
(4)
(5)

Hantaran for mr X
(1) Kasut
(2) Perfume set
(3) Ring
(4) Wallet
(5) Belt
(6) Jam
(7) Kek - dah confirm dengan Dhiya. will discuss bout design later
(8) Cermin mata hitam
(9) Kemeja
(10) Jeans/Khakis
(11) Sampin songket tenun Pahang - present from Ayah
(12) Songkok

Hantaran for saya
(1) Kasut
(2) Perfume set
(3) Handbag
(4) Wallet
(5) Ring
(6) Jam
(7) Telekung
(8) Sejadah
(9) Skincare set
(10) Make-up set
(11) Cermin mata hitam

Necessary
(1) Kad kahwin - in progress
(2) Senarai jemputan - discuss with Ayah later
(3) Kek - included in catering package. already discuss the design
(4) Item for door gift - settle!
(5) Bunga telur
(6) 'Little' gift - will buy it 1st week of June
(7) VIP gift - cancel. Ayah takmo bezakan
(8) Henna - booked! will remind her this week
(9) Photographer - dah confirmed ngan cik photog
(10) Pre-wedding photoshoot - gediksss giler! since FOC, saya berasa teruja yang amat walau ia tak berapa penting mana. hahaha
(11) Bunga pahar
(12) Goodie bag - DIY. need to buy the material
(13) tQ tag - DIY
(14) Gift for future family-in-laws - still searching
(15) Bunga manggar - DIY
(16) Penunjuk arah - DIY
(17) Cenderahati malam nikah - need to buy some more
(18) Baju pengapit
(19)

To be consider
(1) dJ & PA system - need to remind Abang
(2) Guest book - DIY
(3)
(4)

Deko² bilik
(1) Langsir - tQ so much Mak for d sponsor hehehe
(2) Cadar - tQ so much Mak for d sponsor hehehe
(3) Side-lamp
(4) Bantal - tQ so much Mak for d sponsor hehehe
(5) Pewangi
(6) Cat - tQ so much Ayah for d sponsor. Lots of thx to Ayah & Pakteh for your hard work.
(7) Lampu chandelier - tukar lampu!
(8) Langsir katil

Deko² hantaran
(1) Dulang hantaran
(2) Bunga
(3) Kristal/Pearl
(4) Alas dulang - no need
(5) Lace & kain satin

Deko² majlis
(1) Langsir rumah
(2) Carpet
(3) Bunga
(4) Pewangi
(5) Cat
(6)

Family
(1) Baju Ayah
(2) Baju Mak
(3) Baju Kak Ngah
(4) Baju Abang
(5) Baju Adeq
(6) Baju Mak Long
(7) Baju Diba
(8) Baju Wan
(9) Baju Aki
(10) Baju Pakteh & Makteh
(11) Baju Makcik

Versi gediksss
(1) Facial - in progress
(2) Manicure
(3) Pedicure
(4) Spa
(5)

so far, ini sahaja yang ada dalam checklist saya. ada pape lagi yang patut saya tambah?

- edited on 31 Jan on item "Necessary" & add new item "To Be Consider"
- edited on item "Majlis @ PA" & "Majlis @ Banglo Kuning"
- edited on item "Nikah"
- edited on item "Necessary" & "Majlis @ PA"
- edited on item "Majlis @ PA" (08/02/2010)
- edited on item "Hantaran for mr X", "Hantaran for Saya", "To be Consider", "Deko² Majlis" & "Deko² Hantaran" (11/02/2010)
- edited on item "Necessary", "Deko² Hantaran" & "Deko² Majlis" (14/02/2010)
- edited on item "Necessary" (15/02/2010)
- edited on item "Nikah" & "Necessary" (21/02/2010)
- edited on item "Nikah", "Majlis @ PA" & "Majlis @ Banglo Kuning" (11/03/2010)
- edited on item "Nikah" (25/03/2010)
- edited on item "Hantaran for mr X", "Hantaran for Saya" & "Necessary" (31/03/2010)
- edited on item "Hantaran for saya" (01/04/2010)
- edited on item "Majlis @ PA" (03/04/2010)
- edited on item "Hantaran for saya", "Necessary", "Deko² Bilik", "Deko² Majlis" & "Family" (05/04/2010)
- edited on item "Nikah", "Hantaran for mr X", "Hantaran for saya", "Deko² Bilik" & "Deko² Hantaran"(06/04/2010)
- edited on item "Hantaran for mr X", "Hantaran for saya" & "Deko² Bilik" (25/04/2010)
- edited on item "Hantaran for mr X", "Hantaran for saya", "Necessary", "Deko² hantaran" & "Family" (02/05/2010)
- edited on item "Majlis @ PA", "Majlis @ Banglo Kuning", "Hantaran for mr X", "Hantaran for saya", "Necessary", "To be consider", "Deko² bilik", "Deko² hantaran" & "Deko² majlis" (20/05/2010)

setiap saat berkasih sayang

eceh!! (sila jangan muntah)

mentang² semalam hari kasih sayang, tajuk entry pun nak berkasih sayang. hehehe saya & mr X tidak celebrate tau. pada kami, setiap hari adalah hari kasih sayang. alamak! rindu laaaa


a gift for my mr X

saya gemar CC. dah lama nak berikan CC ini pada mr X. semalam ambil kesempatan hari kasih sayang & hadiahkan CC ini buat mr X. ouh dhiya, CC awak amat sedap.

moga niat kita untuk bersatu dipermudahkan...

idea for mini dais

hello sweetie

i wish to have mini dais if menikah di rumah. plan asal, Ayah suruh menikah di masjid. as usual, anak dia ini takmo & nak sangat menikah di rumah. hehehe settle dat part.

bila saja idea nak membuat mini dais approved, mulalah berjuta² lemon idea datang dalam kepala. saya mahukan yang simple & tampak suci. sesuailah dengan majlis akad nikah itu nanti. main kaler WHITE & bertemakan cherry blossom.

mini dais ini juga pastinya DIY kerana saya memang nak DIY. hahaha plsss dont be surprise oke. dais masa wedding pakcik saya pun kami DIY sendiri adik-beradik. simple saja since majlis ini belah lelaki di kampung. even simple, jenuh memikirkan material apa nak guna tau.



view dais di siang hari


view dais di malam hari bersama pengantin

untuk mini dais menikah, saya imagine ada stage sikit same as dais pakcik saya itu. jika dapat, saya mahu ia berlapikkan karpet yang berbulu lebat & tebal itu. warna? saya mahukan ia warna soft pink OR off-white.

acara akad nikah pastinya duduk. so, saya yang akan berduduk di mini dais itu hanya perlukan alas duduk sahaja. warna cream okeh. (sewa dari yang buat big dais). backdrop plak, masih memikirkannya. might be beli kain satin or something else, maybe frame picca kami berdua. menarik bukan?

cuba teka, kepala langsir itu diperbuat dari apa...


heart this so much

suka juga ngan konsep gantung² seperti dalam picca di atas ini. akan cuba apply kat mini dais kelak. ouh yer, tak lupa juga dengan latern. dah jumpa dah yang berkenan. akan borong ia, insyaALLAH, end of this month.

hopefully, menjadilah mini dais saya kelak. tak sabar nak hunting material deco² untuk mini dais

Nilai 3

halluuuuuu

stop sebentar menDIY. phew!!! i need to finish it by next week, paling lewatnya la. sebab after that, nak menDIY invitation card & goodie bag. banyaknya kerja nak buat. aci tak saya buat kat opis? opsss...if my SV read this, im just joking okeh.

yeah, semalam saya sekeluarga bersiar di Nilai 3. (bersiar yang menghabiskan duit). rambang mata okeh! ikut rasa hati, semua nak beli. yang itu cantik, yang ini cantik. semua barang boleh dapat kat Nilai 3. sesiapa yang pernah ke sana, pasti agreed ngan kenyataan saya ini.

dulang hantaran yang Mak idamkan dah beli. a bit different compared to picca yang saya tepek dalam entry lepas. Mak borong 10 dulang. Ayah geleng kepala saja. ihiksss tQ Ayah for the money. muahssss!


cuba teka apakah menda ini??


suka corak butterfly ini.

more picca will upload later. time to sleep now.
Nite all

mari berDIY

holla sweetie

semalam tak berOnline sangat. amat mengantuk & letih. khamis malam itu banyak kerja kat opis. rabak mata menahan mengantuk tau. hihihi dont get me wrong. saya bukan mengomel merungut tau. story mory saja. kehkehkeh

semalam saya secara bergigih bersama Kak Ngah membuat bunga manggar. ouh, saya menDIY saja. amat suka dengan hasilnya. terjumpa cara² ia di blog Kak Shaja.




close-up sket


pinky pinky

bunga manggar pun nak warna pink. hahaha gediks gile! Ayah bagi cadangan. combine-kan bunga pink with bunga silver. so tengah gigih buat kaler silver plak. nasib ada adik² yang amat teruja nak terima abang ipar. hahaha

fuh! tadi kami pergi Nilai 3. Tengah malam nanti update. tunggu!!!!

need ur help!!

hello sweetie

nak minta bantuan ni. my lovely Mak betul² berkenan akan dulang hantaran seperti dalam picca di bawah ini.








would prefer this! tapi nak silver kaler yer


saya amat suka yang ini. tapi macam lari tema plak kang

Mak dah berkenan sangat². Mak nak beli. tapi kan, saya tak jumpa kedai yang jual dulang design ini.

tolong! tolong! saya perlukan bantuan kawan²

dah kahwin, mana nak tinggal??

morning sweetie

dalam excited doing all the preparation, nak tanya sikit ni. bride2b ada terfikir tak kehidupan selepas berkahwin kelak? i mean, tinggal mana nanti...huhuhu soklan cepu-cemas ni.

saya juga ada berfikir. samada hendak duduk sendiri berdikari bersama hubby sayang hati OR duduk sekali bersama keluarga. tak kisah samada keluarga sendiri atau mertua. chop! jika duduk sama keluarga menjadi pilihan, saya pasti ramai memilih duduk sama keluarga sendiri. kan kan? kehkehkeh

saya & mr X tidak terkecuali membincangkan perkara ini. banyak perkara yang kami consider-kan. antaranya:

[1] tinggal di rumah sewa saya since saya pun duduk alone. TAPI, masalah jiran yang amat gemar memekak, menjerit, memaki hamun & sewaktunya membuatkan rumah itu tidak menjadi pilihan kami. ouh! kami pastinya mahukan tempat yang selesa & aman damai tanpa pencemaran bunyi & sewaktunya. tidur yang lena amat penting buat kami. ceh!

[2] tinggal di PA since istana hinggap family saya itu tiada siapa yang duduk. TAPI, jaraknya yang agak jauh dari tempat kerja kami berdua membuatkan ia bukanlah pilihan terbaik. hanya akan meningkat kos travel kami saja nanti.

[3] menyewa. dipertimbangkan TAPI pada kami, ia tidak beberapa bijak kerana membazirkan wang dengan membayar sewa. dari menyewa baik kami beli rumah. hihi long-term plan is buying our home-sweet-home. so, pilihan ini KIV

[4] stay di Banglo Kuning. yeah, ini adalah pilihan terbaik yang kami nampak buat sementara waktu. i'll stay with my beloved future PIL. ahaksss

perlu diingat, selepas berkahwin, kita perlu recover everything especially kewangan kita. wedding ni banyak mengeluarkan belanja. bukan lelaki sahaja, perempuan pun. so, selagi ada jalan untuk berjimat, kita pilihlah jalan itu.

dalam masa mengukuhkan kembali yang tak beberapa kukuh, plan for the next stage. sooner or later, kita pasti akan duduk berasingan dari keluarga. berdikari kekdahnya. so, kumpul duit sebanyak yang boleh then belilah rumah. hartanah is the good investment. lifetime tau! dalam pada mengukuhkan kewangan tu, kukuhkan juga hubungan kita bersama keluarga baru. 2 in 1 gitu.

pasti ramai tak berapa agree dengan pilihan saya ini. lain orang, lain pandangan. my advise, jangan terpengaruh sangat dengan kata² bahawa menantu perempuan tak akan ngam dengan ibu mertua. buang jauh² fikiran tipikal begitu. give it a try first. don't jump to conclusion. kita berkahwin bukan sahaja dengan anaknya, tapi kita berkahwin dengan seluruh keluarganya. kalau siapa yang kahwin dengan anak yatim piatu, u are so lucky! kehkehkeh

bertimbang rasa, bertolak ansur, berbincang, being transparent, saling sokong menyokong & memahami antara wife & hubby amat penting di awal perkahwinan. ceh, cakap macam dah kahwin jek.

just my 2cents ;)

Cherry Blossom & Harum Sundal

holla peeps

ahad lepas gigih saya bersama² PA saya, dD ke PS Boutique. boutique la sangat. eeh, butik okeh. ada banyak designer handbag kat sana tau. boleh buat as hantaran nanti. lalalalalala

oleh kerana wedding theme saya "Cherry Blossom", saya perlu dapatkan dengan kadar segera bunga² blossom itu. bunga² itu sekarang bersepah² sempena CNY ni. bila fikirkan tempat, automatic dalam kepala fikir PS Boutique. china town malaysia

dengan penuh sabar kami menempuh jammed (ahad pun jammed. mencik!!) , kami sampai juga di PS. setiap kedai yang ada bunga kami masuk. kedai cenderamata pun kami masuk. dD tengok bunga, saya mencari² latern. huwaaaaaaaa mana nak cari latern cherry blossom ni!!!!

before decide kedai mana kami nak borong blossom, kami pergi cari Harum Sundal. PA saya ni mengidamkan bau dia. so, kami terjah setiap kedai fresh flower di sana. hahaha


dah ko plak macam hantu


dah selesai borong FF ni, saya terus borong blossom. Chinese people yang ada kat sana semua usha saya pelik. aiyaa amoi, wa mau laya juga meh. 1Malaysia!!

kawan² pasti tertanya kenapa saya cari blossom tersangat². hrmmm...nak bagitau ke tak nak? hrmmmm....

later lah! yang pasti...misi akan diteruskan....

kerja tangan kami

morning

saya menjeling² ticker di sebelah ini. ouh! sudah mahu masuk 3 bulan terakhirlah. heeeee, rasa debar² pula. ada juga rasa tak sabar. chop! tak sabar mahu hidup bersama dengan yang tersayang tau. bukan tak sabar menda lain tau hahaha


inilah hasil kerja tangan kami. berseni tak?

happy sangat bila dapat duduk lepak² dengan mr X. tiap hari, dalam hati ini ada rasa bertambah sayang pada dia.

rindulah....

bila yang berkahwin itu anak sulung

hello sweetie

tengah syok² tidur, dapat call dari Mak. ouh Mak, mata anakmu dah segar bugar selepas mendengar suaramu. macam mana nak tidur semula ni???. mendengar suara Mak yang excited, membuatkan saya terharu. betapa Mak happy anak sulung dia ini nak berkahwin. Ayah pun happy juga tapi Ayah pandai cover. ekekeke

"Along, Mak tengok cantik bunga kristal tu. Boleh letak dalam bilik pengantin. Ayah pun suka."
"Mak nak beli carpet lain nanti. letak kat hall untuk malam nikah nanti."
"Mak tengok bunga telur cantik² kat Kuantan ni. nanti ada masa, balik sini yer. kita gi beli sesama."
"Mak nak cat lain nanti rumah. Beli langsir baru..."
"Mak tengok cantik² paper bag kat kedai tu. Ayah pun kata cantik."

ouh Mak, sayang Mak sangat². ini antara dialog Mak. ada banyak lagi kata² Mak yang disenaraikan di sini, mau ber'page²' entry ini nanti. ekeke

Ayah & Mak. orang paling gembira bila anak sulung dia nak berkahwin. dari awal lagi, Mak & Ayah dah plan macam². best part is, idea saya alhamdullillah, mereka agreed. hrmmm macam ni rupanya nak menerima menantu sulung ekkk

itu baru parent saya. belum diceritakan pula reaksi makcik pakcik saya, Aki Wan saya. cucu sulung nak kahwin! berita dah tersebar satu kampung tu. Maklong siap nak import kumpulan marhaban dari kampung ke PA lagi. ouh! terharunya saya...

saya happy bila berjaya membuatkan keluarga saya happy. saya tahu mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka. saya yakin dengan pilihan mereka ini, yang juga pilihan hati saya.

Mak, nanti kita gi Nilai 3 cari dulang hantaran macam Mak nak tu ekkkk. Ayah, pinjam kereta & hulur duit boleh??? ekekeke
Mak, Ayah...Along sayang sangat²!!!

pengalaman itu amat berharga

hi sweetie

saya berasa sayu ketika saya menaip entry ini. suddenly, teringat semua memori bercinta dulu. bukan rindukan semua itu, tetapi terfikir betapa banyaknya pengalaman dalam perhubungan yang saya tempuhi sebelum bertemu mr X.

pernah satu ketika saya terfikir, kenapa saya tidak ditakdirkan bersama mr X dari awal lagi? tak perlulah saya sakit hati, kecewa, disakiti, menangis & sewaktu dengannya. mungkin, kami telah hidup bersama sekarang. agak²nya, dah ada baby dah. hahaha

tapi, itulah dia kehidupan. "DIA turunkan hujan, ribut, petir dahulu untuk kita kerana DIA nak berikan kita pelangi yang indah." yeah! kata² ini diberikan oleh sahabat saya selepas saya putus tunang dulu. siapa yang pernah lalui pengalaman itu, pasti rasa apa yang saya rasa ketika itu. bukan mudah memutuskan sesuatu hubungan. tambah² lagi, si-EX kita itu kembali kepada kekasih lama. fuh!!! peritkan? pelikkan manusia. ntah apa rasanya menyeksa perasaan orang. ntah apa rasanya mempermainkan perasaan orang. best sangat ke??? rasa sakit sangat hati bila kita dipermainkan.

hrmmm...itu semua pengalaman amat berharga untuk kehidupan saya. mungkin untuk kehidupan kita semua. pengalaman yang mematangkan diri kita dalam menilai sebuah perhubungan. selepas diuji dengan segala macam rasa, insyaALLAH, kebahagiaan muncul jua. siapa sangka, jodoh kita hanya depan mata....

bak kata mr X, kalau sudah jodoh, pergilah sejauh mana pun, pasti akan bertemu juga. yeah! saya admit kata² mr X. selepas almost 8,9 years saya berpindah dari rumah kami yang sebelah-menyebelah, siapa sangka yang kami akan disatukan sebagai suami isteri kelak. don't be surprise kalau saya katakan, hubungan kami disatukan oleh keluarga kami. hihihi pilihan ibu bapa tidak kurang hebatnya.

now, kami menghitung detik menanti hari kami disatukan dalam sebuah ikatan yang sah. insyaALLAH, kami akan saling lengkap-melengkapi. doakan semoga hubungan ini berkekalan hingga akhir nafas kami...

sayang, i love u so much!

Lacey Umbrella

hello sweetie

seronok rasa bila sibuk² prepare untuk ONE day saya & mr X. pada rakan² yang sama situasi seperti saya pasti faham kenapa saya kata seronok. ihiksss buat mereka yang sudah lepas, mesti rasa nak kahwin lagi sekali. betul tak? hehehe

dari picca ini, agak² boleh kenal tak apakah ia?


yeah! pandai kawan² teka. yup! ia adalah pemegang. pemegang apa?? jeng jeng jeng



cantik sangat bila tengok in real

OMG! OMG! tak sangka akhirnya saya memiliki juga payung lace ini. pada mulanya, saya tengok payung ini dalam blog Sis Aziriah. terus saya jatuh cinta & mahukan payung itu juga pada ONE day saya kelak. feeling ala² princess je nanti. hahaha

saya berasa amat bermurah hati pula. pada kawan² yang mahu gunakan payung ini pada hari berbahagia kawan², boleh hubungi saya. saya rent out this cute umbrella untuk bride2be. yang bukan bride2be juga boleh rent it

kalau guna payung ini untuk pre-wedding shoot pun menarik kan? pakai pula gown or white dress. phew!!! really omputih!

p/s: just leave ur comment & email

should read this.

ONE: curtain

hello all

bulan ni, saya dah start busy hunting stuffs for my ONE day with mr X. since parent balik KL last weekend, kami perbincangkan mengenai banyak perkara.

Jumaat lepas, bawa Mak pusing² Jalan TAR. surprisingly, tak jammed langsung! hehe cuma on d way balik saja jammed teruk. silap timing, balik sama ngan orang balik kerja.

merata kami berjalan. setiap kedai kami masuk. saya sempat belikan kain untuk Angah, Adeq & Diba. after this, beli untuk family yang lain pula. Mak mencari² curtain sesuai untuk rumah kami. saya prefer curtain yang berwarna soft pink. nampak romantik & sweet saja. ihiksss


tak ingat jumpa katne. btw, credits to the owner of dis pix. ngeeee

ajak Mak masuk Jakel. fuh! rambang mata. at first, pilih² bed-sheet. Mak dah berkenan dengan satu bed-sheet itu. hrmmm saya masih berfikir² samada nak ambil bed-sheet di Jakel itu atau di Aussino itu. aci tak kalau saya beli both?? hahahaha


review sipi² tentang curtain yang berjaya di'sponsor' oleh Mak. hehe suka sangat dengan corak yang ada pada curtain tu. macam kena dengan tema saya nanti.

kawan² yang berciri bride2b, cepat serbu Jakel. almost rm10 diskaun untuk semeter...

sekarang tengah pening fikirkan deco untuk bilik panten. any idea??

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009