BESAR PUNYA!

holla!!!

pernah tak tengok pumpkin yang BESAR PUNYA??? haaaaaaaaa saya pernah. mari saya share ngan rakan² pic yang sempat saya snap. saya tak tipu tau.


haaaaaaa...dah percaya?
BESAR PUNYA!!!

ONE: my dream ring

hello dearie,

entry bling bling oke. sila jangan rambang mata. hehehe anda amat digalakkan memakai cermin mata gelap bila membaca entry ini


pic taken from here


remind me the ring that CT wore during her solemnization day. find it here

sila bagitahu saya, siapa yang tidak suka berlian? siapa yang tidak suka barang kemas? wanita selalu dikaitkan dengan barangan berharga ini bukan? haish....so far, saya sendiri tidak pernah berjumpa yang tidak sukakan barangan kemas.

grab from here

bila bercakap tentang kahwin, antara item penting adalah ring. wedding ring


find it at this site. amat cantik bukan?

ouh, ada juga yang gantikan ring dengan rantai leher or gelang tangan or rantai tangan. atau yang berkemampuan, gantikan ring dengan satu set barangan kemas. hehehe


taken from here

lain orang, lain citarasa, lain pandangan. sebenarnya, saya tak berapa gemar pakai ring. tapi, nak juga! 1 ring di jari manis saya cukup untuk menunjukkan yang saya telah berpunya. enough dengan 1 ring itu. itu pada pandangan saya.

pastu kan kan, saya tak suka ring yang batu ia timbul. hahaha pelik ke? tidak bukan. sebab apa tau...saya takut batu tu nanti tercabut dari tempat ia. kalau hilang, pasti saya menangis 7 hari 7 malam. hahaha

saya Google-ing (takda kerja dah) & jumpa design² ring yang saya suka. mr X, please take note yer. hihi










credits all pic to the owner. ngeeengeeengeee

simple + nice sahaja design ring idaman saya. saya lagi suka emas kuning. more valuable compared to white gold.

will hunting for the ring soon! hoyeh hoyeh

ONE: important mission

hi sweetie

saya ada satu masalah negara. rasanya, ini adalah masalah negara untuk semua wanita di dunia ini. masalah body tak cun! hahaha in other word, masalah berat badan.

yeah! tiada cara lain yang boleh membantu selain exercise, exercise, exercise & jaga pemakanan. ohmai! saya perlu tanam tekad dalam diri. dalam masa 4 bulan ini, saya perlu memantapkan segala yang patut okeh. i need to lose my weight until achieve my ideal weight.

found nice tips from here. from now on, i should exercise at least 30min per day & drink lots of plain water. no more sugary drink please...

wish me luck dearies...

ONE: Cherry Blossom

holla all

hari ini saya tergerak hati surf website Aussino. guess what i found????




i like!!!

yeah, i found this bed sheet. hati saya terus melted tau. hahaha
baguslah Aussino ni. memahami kehendak hati & naluri saya. will grab this end of this month.

saya masih mencari latern bercorak blossom itu.....

ONE: the theme

hi sweetie

jangan muntah yer if lately ni entry banyak bercerita mengenai ONE day saya & mr X. makin dekat harinya, makin saya berdebar. pelbagai rasa saya rasa sekarang ini. kadang², ada saja fikiran jahat datang menyinggah hati ini. ceh, jiwang karat okeh

ouh tidak, nyah kau pemikiran jahat!!!

saya harap semuanya berjalan lancar. saya harap mr X akan terus sayang saya sampai akhir hayat saya. saya harap mr X tidak akan berubah hati!

STOP! sessi emo sudah tamat. hihihi

saya suka bila memikirkan tema untuk ONE day saya. saya sepakat & sebulat suara memilih tema "cherry blossom". rakan² tak tau? okie², mari kita belek picca neh.


kenal tak bunga ini??


suka! suka! suka!

yup! i already choose my wedding theme. CHERRY BLOSSOM. omaigosh! tak sabar nak tengok hasilnya kelak. BTW, as usual, saya pass kerja² merealisasikan impian saya kepada dD. my dear dD, plss make my dream come true...

bunga blossom ni selalunya dikaitkan ngan Chinese. takpun Jepun. takpun Korea. ihiksss... sekarang inikan, di mana² sahaja ada sales related dengan Chinese New Year. so, saya hope senanglah saya jumpa barang² yang related ngan blossom ni.

tak sabar nak shopping!!!

ONE: goodie bag = door gift

holla readers!

saya kepeningan memikirkan mengenai ONE day saya. ouh! banyaknya perkara yang perlu dibuat. dari sekecil² kuman, sampailah ke sebesar² gajah. hahaha betul! kerja² begini meletihkan. saya tak nafikan yang saya amat detail & fussy berkenaan hal sebegini. semua orang mahukan yang terbaik, bukan?

goodie bag! atau dikenali dengan door gift. yerp, usually tetamu akan diberikan goodie bag/door gift dari pihak tuan majlis. sebagai tanda terima kasih kerana memeriahkan majlis & juga tanda kenangan.

kalau dulu², tetamu special akan diberikan bunga telur or telur rebus untuk tetamu biasa sebagai door gift. sesuai dengan peredaran zaman, nowadays, macam² yang diberikan sebagai door gift. ada yang bagi...


lilin wangi


kek lapis


sapu tangan


packaging yang cute & menarik

haish, banyak lagi contoh door gift yang diberikan. ada juga yang bagi cupcake. pokok pangkal, DUIT. hahaha

saya suka berikan something yang valuable & memorable. sesuatu yang boleh beri manfaat & ada sentimental value. hrmmm... masih memikirkan tentang ia. apa yang patut saya beri sebagai gift sempena ONE day saya yek...

kawan² ada cadangan tak?

designer thingy

hello sweetie!!

saya mahu shopping handbag baru & wallet baru. reward untuk diri saya sempena confirm kerja di tempat baru. boleh tak? ihikssss tapi, paling menarik jika handbag & wallet baru ini diberi sebagai hantaran. hoyeh! hoyeh! (mr. X, sila baca entry ini yer)

saya google sana, saya search sini, saya jumpa banyak sangat handbag & wallet yang cantik & menarik & da boom! ikut kata hati, mahu saja saya beli. kalau beli di butik, surely mahal. sebab harga dah masuk tax & macam² lagi cas tambahan. maklumlah, barangan import.

ok ok...saya senaraikan handbag & wallet yang berjaya mengganggu tidur lena saya & menjadi topik untuk direngekkan kepada mr. X. hahaha


from Gucci


from Coach


from Christian Dior


from Coach


from Coach


wallet from Gucci


from Gucci


from Gucci


from Coach


from Coach

haish, ada banyak lagi yang saya telah usha. tapi hati lebih kepada design² yang ini. tidur pun dah bermimpikan handbag & wallet ini. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

dont get me wrong ye. risau juga pada lalat² yang datang jenguk & buat statement sampah. hahaha sesekali berbelanja lebih untuk kepuasan diri sendiri tak salah, kan? rezeki masing²...

mr. X, sila sembuhkan sakit saya....

melarikan diri

hi sweetie

lama tak mencoret di my lovely blog. saya sentiasa teringat tapi tak tahu nak menulis apa. macam² perkara berlaku dalam hidup saya lately. sure ramai pelik kenapa saya menyepikan diri. ihiksss... saya update satu persatu perkara yang berlaku oke

saya sekarang sudah melarikan diri dari IT. yup!!! dari dunia teknologi maklumat. bergelumang dengan coding, interface, database & sewaktu dengannya. senang cerita, saya sudah melarikan diri dari dunia PROGRAMMING! hahaha

kenapa????

tidak ada sebab yang utama. saja tukar arah & angin. berasa letih pula bila mengadap coding sepanjang hari. eventho my new job memerlukan saya mengadap komputer sepanjang hari, tapi ia tidak sama dengan mengadap komputer sampai pecah kepala kerana memikirkan coding & design & ntah hapa² lagi ntah.


company ketiga untuk tahun 2009


dalam bilik kecil itulah saya melaksanakan tanggungjawab saya

pada mulanya, ayah mak agak bising sebab asyik bertukar kerja. baru setahun, sudah 3 company saya berkhidmat. hehehe

selepas dihitung², bulan ini bulan ketiga saya bekerja di sini. saya amat selesa & sukakan kerja baru saya ini. walaupun shift, saya relax & enjoy. bos pun baik sangat. environment pun very-lah friendly. wah! saya amat suka hatilah...

yang penting, masyuk!!! hahahaha

ONE: the DATE

morning all

semalam adalah hari mendebarkan & juga membahagiakan. ihiksss.... already have the date for our ONE-day.

OMG!!!!!

dah tidak lama oke. so, sijil yang baru diambil itu akan digunapakai tidak lama lagi. bulan depankah? jeng...jeng...jeng...


* will update more later

sudah selesai

hi peeps!

hari ini saya merempit bersama mr. X pergi ke Bangunan LPPKN, KL. saya amatlah penakut nak merempit. tiba² hari ini saya berasa mahu merempit. gigih saya merempit kerana nak ambil ini.


akhirnya selesai sudah perkara utama. tidak selesai yang ini, tak boleh buat permohonan tau.

kami merempit dalam hujan. oleh sebab hujan lebat sangat², kami berhenti berteduh di stesen monorail Medan Tuanku. sejuk kejung saya.

bila hujan mula teduh, kami merempit semula. meredah jammed. saya takut sangat² sampai saya pejam mata sahaja. tammo tengok kenderaan lain. ihikssss

tunggu bulan Julai atau September untuk buat permohonan. yahuuuuuuuuuuuuuuuu

Cherry Blossom

hi all

apa khabar? sowie takde entry. banyak kerja sedikit + masa amatlah mencemburui saya. asal nak update blog saja, ada saja kerja yang datang. amat jealous bila saya mengadap blog. haish!

saya nak minta tolong dari rakan². dimanakah saya boleh jumpa barang seperti di dalam picca di bawah ini....





ouh! saya amat sukakan ia. saya mahu borong ia sebanyak yang boleh. tolong bantu saya yer rakan². saya mahu dapatkan ia secepat mungkin.

mungkin, Chinese New Year nanti ada stok ini. normally, di mana yer orang beli latern???

buat baik berpada-pada

holla!

Happy New Year my sweetie. rakan² sambut di mana? saya tak kemana² pun. tengah kerja masa tu. harap dengar bunyi fireworks je dari dalam office. huwaaaaaaaaaa

pelik dengan tajuk entry saya yang pertama untuk tahun 2010 ini? hihihi relax...relax...hanya sekadar nukilan rasa. masa layan winamp, played randomly, keluar pula lagu Hukum Karma nyanyian kumpulan Wings.

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila
Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila
Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali
Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma

simple lyric but damn meaningful. ala² makan dalam juga la. then, while waiting my click, I was blog-hopping here & there. tersangkut sekejap kat blog ini. saya copy paste coretan beliau ke sini. kita renungkan bersama² okeh!

Tajuk posting ini, Buat Baik Berpada-pada tentunya adalah separuh daripada pepatah orang tua-tua yang dilengkapkan dengan kata-kata Buat Jahat Jangan Sekali. 2nd part of the pepatah, Buat Jahat Jangan Sekali aku rasa very clear lah kot… Nope, bukan lah bermaksud kita mesti buat jahat banyak kali or we should repeat the same sins over and over again. Obviously pepatah itu berpesan agar kita tidak sekalipun melakukan sebarang kejahatan, we should never commit any wrong doing. Meanwhile, pada aku Buat Baik Berpada-pada carried bigger meaning that we take for granted. Biar aku cuba explainkan makna-makna tersirat daripada pepatah tersebut. Aku akan listkan senario yang berbeza-beza dimana kita patut gunakan pepatah tersebut. Buat baik yang aku nak sampaikan adalah buat baik kepada orang lain, atau aku classifikasikan sebagai membantu atau menghulurkan pertolongan kepada individu lain.

Kalau kita ingin buat baik dengan orang lain…

1. Jangan Sampai Menyusahkan Diri Sendiri
Mak aku ada pepatah sokongan untuk situasi ini. Dia kata janganlah bagi bantal kepada orang lain sedangkan kita tidor berbantalkan lengan. Memang ada sesetengah manusia yang terlalu taksub nak membantu orang lain sehinggakan tangungjawap terhadap diri sendiri atau keluarga diabaikan. Manusia jenis ini selalunya beranggapan dia antara manusia paling mulia kerana sanggup membakar diri sendiri bagi menerangi kehidupan orang lain kononnya. Manusia sebegini meletakkan pandangan orang lain terhadap diri dia terlalu tinggi, dia gilakan sanjungan dan penghargaan. Remember, in what ever condition pun we should somehow become a little bit selfish.

2. Pastikan Kita Tidak Tertipu
Ini straight forward la kot. Sebelum kita membantu seseorang pastikan orang tersebut memang memerlukan bantuan. Jangan biarkan diri kita ditipu. Penuhkan diri kita dengan maklumat yang sepatutnya sebelum ambil keputusan untuk mambantu. Then, kalau perlu make sure everything done legally agar diri kita tidak terjerat di kemudian hari. Kita juga tidak harus biarkan diri kita diperbodohkan, mungkin orang yang kita nak buat baik dengan dia tidak berniat menipu, memang dia betul inginkan bantuan, tapi oleh kerana kita suka membantu dia, dia percaya dia boleh memperkudakan kita.

3. Jangan Wujudkan Syak Wasangka
Jangan membuat kebaikkan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling. Contoh: Orang lelaki membantu mak janda shopping raya, mak janda tolong pasang langsir rumah pak duda, tolong tok ketua cari buluh lemang…. dan sebagainya. Mungkin niat kita baik, memang kita jujur nak membantu. Tetapi kita harus cuba sebaik mungkin untuk tidak menambahkan dosa orang lain yang akan mengutuk kita atau berpandang serong terhadap kita. Wujudkan syak wasangka juga termasuk aktiviti buat baik dan let the world knows. Bagi derma kat anak yatim dan announce dalam tv, dalam newspaper. Derma bina masjid sampai arrange press conference. Confirm orang yang melihat akan fikir motif sebenar kita berbuat baik kalau kita show off sebegitu. Cuba elakkan…

4. Do Not Make Others Looks Bad
Ini tricky sikit. Untuk mengelakkan diri kita daripada dibenci oleh orang lain. Although it is not totally our fault. Kita kena fikir lebih sedikit semasa membuat perkara kebaikkan kepada orang lain. Jangan kita membantu sehingga membuatkan ada pihak lain yang nampak seperti jahat, bodoh, lembab dan sebagainya. Contoh: Ketua UMNO bantu mangsa banjir di kawasan wakil rakyat PAS, bantu anak buah department lain naik gaji, buatkan baju raya anak jiran yang bapanya busy cari duit, dan perkara-perkara sedemikian. Pastikan jasa baik kita itu tidak akan mengguris perasaan, memburukkan imej atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

5. Jangan Set Standard / Beri Harapan Besar
Aku pernah sentuh benda ini dulu, dalam posting aku ntah tahun bila ntah. Kalau kita membantu seseorang banyak kali, percayalah bila sekali kita berkata tidak nescaya kita akan dipersalahkan. Pertolongan kita beratus kali sebelum ini akan dilupakan, rejection kita yang satu itu juga yang akan dikenang sampai bila-bila. Memang adat resam manusia sebegitu, jangan kata orang lain, diri kita sendiri pun kemungkinan kita dah buat perkara yang sama. Contoh: most of us benci polis traffic bila mereka saman kita. Tapi pernah tak polis traffic maafkan kita dan hanya beri amaran lisan? Pernah… but still kita selalu ingat time polis traffic saman dan waktu dia ‘lepas’kan kita, kita lupa. Jadi, setiap kali nak bantu orang lain make sure kita berhati-hati dan jangan berikan harapan yang terlalu besar kepada orang yang ditolong. Cuba somehow pass a message we not always there for them, kita pun ada masalah sendiri yang kita perlu selesaikan. One of the way adalah dengan show some hesitation bila nak membantu, let say somebody nak pinjam RM10, although for us it is a small amount of money. But still buat-buat konon berat nak bagi, hopefully next time kalau dia minta lagi, dan kita memang tiada duit time tu dia tidak akan anggap yang kita sengaja tak nak tolong dia.


Kalau difikirkan-fikirkan sepanjang hidup kita memang kita memerlukan bantuan orang lain since kehidupan sebenarnya adalah proses berterusan menyelesaikan masalah. Bangun pagi, badan kita kotor dan tak segar… kita selesaikan dengan mandi. Masalah seterusnya, perut lapar… then kita sarapan. Kita perlukan wang, jadi kita bekerja. Problem nak pergi tempat kerja, kita settlekan dengan driving or take public transport… dan tindakan ‘selesaikan masalah’ ini akan berterusan sehingga bila-bila. So, proses menyelesaikan masalah ini mustahil dapat diselesaikan seorang diri. Kalau ambil contoh bangun pagi tadi, kalau pekerja pembekal bekalan air tidak tolong supply air ke rumah kita, masalah badan kotor tidak dapat kita selesaikan, kan? Sama juga dengan semua masalah-masalah lain dalam kehidupan yang terhidang untuk kita selesaikan. Sikit atau banyak, free atau berbayar, kita sememangnya memerlukan bantuan orang lain. Jadi tidak perlulah sombong sangat, tolong menolong sememangnya benda wajib dalam kehidupan. Cuma kita perlulah… BERPADA-PADA.

no hard feeling ya. talked bout this in general. menyampaikan pesan untuk semua...tak terkecuali juga peringatan untuk diri sendiri. walau apa pun, yang baik datangnya dari Allah, yang kurang adalah dari hamba-NYA...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009