Project Alpha: beautifulnara.com Ep 4

masih mengantuk ni!!!!!!!!! huwaaaaaaaa saya mahu balik & tidur.


more tips: letak title entry yang boleh attract reader untuk baca

good tips. saya akan cuba letak title entry yang da' boom after this. ihiksss

Project Alpha: beautifulnara.com Ep 3

holla sweetie...

petang yang amat mengantukkan saya. saya berasa keboringan. tiada kerja untuk dibuat. huarg!!! berasa mahu pulang ke rumah & beradu sepuasnya. (alangkah nikmatnya tidur diwaktu ini)

saya ada tips untuk hilangkan mengantuk buat sementara waktu. lai, lai! kita layan TV online. hihihi


more tips from beautifulnara.com: blog design should be simple, focus more on the story & blog dengan menghentam orang² yang famous

adeh, tips no.2 tu saya tidak sanggup lakukan lagi. ihikssss

Project Alpha: beautifulnara.com Ep 2

test one...
test two...
ok...mic is fine!

tayangan hari ini bersambung yer rakan². sila ambil tempat masing².


another tips from beautifulnara.com: brand yourself & blog at night

yeah...usually memang saya pun blogging at night. masa siang sudah habis di pejabat. memenatkan tapi amat memuaskan hati.

Jika Itu Yang Terbaik by Ungu

lagi sekali saya google² lagu menarik. terjumpa lagu lama dari Ungu. first time dengar. kira bolehlah layan. jom!

Tiada bisa ku lupa
Saat kenangan yang terindah
Yang kita lewati bercinta

Semua kebiasaan
Yang kita lalui berdua
Kini jadi puing kenangan

Sebab engkau tlah pergi
Sambil menangis kau katakan
Kau takkan pernah kembali

Dan dapat kupahami
Satu alasan yang kau beri
Apa yg mereka ingini
Segala yang terbaik untukmu

reff:
[sendiri aku] Jika itu memang terbaik
[dalam gelapku] Untuk dirimu
[tiada satupun] Walau berat untukku
[menemaniku] Berpisah denganmu

[sendiri aku] Hapus sudah air matamu,
[dalam gelapku] Aku mengerti
[tiada satupun] Ini bukan maumu,
[menemaniku] Ini bukan inginmu

** reff

Sendiri aku dalam gelapku
Tiada satu pun menemaniku


membunuh diri bukan jalan penyelesaian. think positive!

Project Alpha: beautifulnara.com Ep 1

hello cutie

Monday blues everywhere? same with me. no mood for work today. (walaupun kerja tengah banyak). hihihi

kawan² masih ingat tentang Project Alpha?


alaaa...mengenai first online TV show about blogger. here are some info that I quoted from nuffnang website.

"Project Alpha is Malaysia’s first online TV Show about bloggers. It is a fast paced, fast cut, lifestyle-driven show tailor made for the online market which provides increased recognition of the expanding role and influence of bloggers across the nation.

Project Alpha emphasizes that every blogger is unique in their own way, each gaining popularity and credibility as opinion leaders on various topics including celebrity news, fashion trends, travel and entertainment. It is set to be the first online TV show to look beyond the screen to unveil the real faces behind Malaysia’s top bloggers, taking a sneak peek into their lives – who they are, how they live, what makes them tick and from where they derive their inspiration – to capture the attention and interest of millions of online readers on a daily basis.

Project Alpha inspires to encourage people from all walks of life start their own blog to share their passions in life. Who knows, you might be featured in our next season of Project Alpha as a blogger we uncovered?


jika sebelum ini saya mengumpul kesemua episod berkenaan redmummy.com, kali ini saya ingin mengumpul kesemua episod berkenaan beautifulnara.com. kawan² suka gosip?? mungkin ini salah satu laman web untuk kawan² mengetahui gosip² artis yang terhangat.

jom, jom... kita layan!


tips from beautifulnara.com: tulis saja apa yang kita rasa tanpa pedulikan apa orang kata, penggunaan ayat jangan terlalu skema & jadilah seorang yang kelakar dalam penulisan

tips yang akhir itu saya suka. secara tak langsung, kita boleh membuatkan orang lain tersenyum dengan apa yang kita kongsikan. am i rite?

happy monday

morning sweetie...

best tak weekend kawan²? banyak jemputan open house? ouh..mungkin juga jemputan kahwin. ihiksss lari semua plan untuk berdiet. macam mana mahu kurus murus macam Nicole PCD neh? (verangan je la).


Nicole Scherzinger in pink


perfect body


melentik habis!!

saya gigih juga mencari picca Nicole Scherzinger yang tidak terlalu x-rated tetapi apakan daya. dia sememangnya seksi. layan aje la. buat breakfast mata kawan². hihihi (credits untuk pemilik picca² ini)

hari Ahad saya seperti biasa adalah hari bergotong-royong (secara sendirian berhad) my room-sweet-room. menyapu, mengemop, mengelap segala habuk dalam room-sweet-room. kemudian, mencuci sebaldi baju (sekali seminggu saja membasuh) sambil mencuci toilet. rutin mingguan saya. ahaksss rajin tak? amat senang hati melihat room-sweet-room dalam keadaan amat kemas & wangi (saya amat sukakan bau wangi & keadaan kemas)

hari Sabtu pula hari outing saya. dengan siapa lagi jika bukan dengan multifunction PA saya, dD. kami ke The Curve. sebenarnya saya yang mengajak dD. saya perlu mengambil kasut saya yang telah 1 week direserve.


hitam itu menawan. emas itu kemewahan. waH!

saya berkira² tiada mahu kasut itu lagi. tapi saya termimpi²kan kasut itulah. kesimpulannya, saya harus juga mengambil kasut itu. (plan juga untuk pakai masa konvo tapi seriously masa tiada last week untuk ke The Curve)


terbeli ini juga. dusty pink yang mencuri hati saya

kemudian, kami ke Ikea. biasalah dD, peminat no. 1 barangan Ikea. ya ampun, ramai sungguh orang masa itu. mungkin kerana Ikea ada design baru, ramailah yang menyerbu. bukan nak beli pun, nak tengok² saja. hehehe


Sis Red tengok ni harus dia gegar Ikea, hehehe



asal muka ko camtu dD?

dari Ikea, kami ke Taman Mulia, Cheras. Hizami, bekas teman sekelas kami menjemput ke acara makan² & gosip² bersama rakan seperjuangan dahulu kala. gamat sungguh rumah Hizami. (Mak & Ayah Hizami amat sporting). terima kasih Hizami.

ouh yer, buat pertama kalinya saya & yang lain bertentang mata dengan anak² Latif. (pandai ko berahsia yer Latif). comel betul anak² Latif. chop! saya hanya ingat Ahmad Amir & Amar. (panjang namanya & tergeliat lidah nak sebut). siapa ingat nama penuh anak Latif???


kami yang meriuhkan rumah Hizami

dari rumah Latif, saya mengepos balik dD. kemudian, saya memecut pulang ke rumah. amat letih seharian outing. perut pun amat kenyang...

kasut baru lagi bulan ini. hope Mak & Ayah tak bising. ihikssss

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009