more picca on 1 Syawal

hye sweetie

saya berada di Kuantan sekarang. fuh! driving amat memenatkan. keputusan untuk pulang ke Kuantan adalah last minute decision. kami adik-beradik tammo duduk di rumah hinggap kerana tada pape di sana.

saya berhutang banyak picca dengan rakan². maafkan saya...maafkan saya. saya cuba meng'upload' secepat mungkin & menunaikan segala janji² saya.

dipersembahkan....picca² di pagi 1 Syawal


sarapan pagi Syawal


bercerita tentang juadah hari raya, juadah utama pagi Syawal tentunya rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, lemang, masak lodeh atau sesetengah mengenalinya dengan lontong & menu tambahan kali ini, kek coklat. juadah favorite saya, nasi impit, lontong & kuah kacang!!! boleh tambah berkali² tu...


bersalaman & bermaafan bersama Encik Ayah


inilah acara wajib dipagi Syawal selepas bersolat & bersarapan. bersalaman & bermaafan!!! opsss lupa! memberi & mendapat duit raya juga pada waktu ini. hehehe kami sekeluarga akan bersalaman dimulai oleh Mak dan diikuti oleh saya, Kak Ngah, Abang & Adeq.


bersalaman & bermaafan bersama Puan Mak pula


selepas Ayah, turn Mak pula. beraturlah kami adik-beradik untuk bersalaman & bermaafan dengan ibunda tercinta. setiap sorang dapat duit raya tau. jangan jealous!!!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009