budak tecik beraya

hai kawan²

raya kali ini meriah kerana ada budak tecik. pertama kali beraya dengan dia. best!! bergaya sungguh dia dengan baju² raya dia. part paling best untuk dia, banyak collect duit raya!!! saya dapat sikit saja tau

oleh kerana saya menjadi photographer raya tahun ini, saya amat banyak mengambil picca budak tecik. picca saya sendiri amat kurang tau. sedih sungguh!!

sudah sudah. saya tak mau mengadu di sini. mari kita layan picca budak tecik yang pertama kali beraya.


aksi² budak tecik di pagi raya



budak tecik dengan baju raya yg dijahit Mak Long

Selamat Hari Raya Aidilfitri [1 Syawal]

hye readers yang masih bermood raya

bermood nak meng'hapdet' lovely blog. so, entry-nya berderet². hihihi sambil² menonton "Geng Raya Zizan" ni. lawak juga cerita ni. ayam serirama = ayam serama ke? hehehehe

kali ni, saya tepek pic saja ye. biar picca pula bercerita. aci tak???


tema kami sekeluarga BIRU


kawan² janganlah bertanya kenapa baju saya terlain sedikit warna dari yang lain. saya tidak pasti warna biru bagaimana. dari MMS yang Ayah sent, saya tengok, warna biru baju Melayu Abang seperti warna logo Petronas. bila melihat baju Melayu Abang, warnanya totally lain. adeh!! kira halal laaa ekkkkk hihihi


Pak Long & Mak Long sekeluarga


Mak Long adalah kakak Mak. anak Mak Long ada 3 orang. yang lelaki itu no. 2, Azim & yang bongsu, Dibah. yang sulung telah berkeluarga. Mak Long sudah ada 3 orang cucu.


Pak Teh, Mak Teh & Balqis Umairah a.k.a budak tecik


picca lain masih dalam proses 'pengubahsuaian'.
sabar iyer

Selamat Hari Raya Aidilfitri [before]

hye sweetie

hari ini hari raya ke-4.
siapa yang masih bercuti (sila angkat tangan) & siapa yang sudah mula bekerja, sila kerja dengan tekun (sambil ingatkan lemang, ketupat, rendang di rumah).

tahun ini, saya & keluarga beraya di Slim River dahulu. hari Sabtu adalah hari perjalanan bagi kami. saya, Kak Ngah & Abang gerak bersama² dari rumah kami di Puncak Alam. Ayah, Mak & Adeq bergerak dari Kuantan selepas bersahur. Pakteh, Makteh & budak tecik bergerak selepas Asar.

kereta agak banyak pada hari itu di Lebuhraya Utara-Selatan. fuh!! hujan sepanjang perjalanan okeh. nasib baik saya pemandu berhemah. saya terlupa pukul berapa saya tiba di kampung. yang saya ingat, saya keletihan & tidur sehinggalah Ayah, Mak & Adeq sampai. (kes takut kena bebel sebab tak menolong Mak Long di dapur). Ayah minta kami mencari lepat ubi. saya tada pasti ada jumpa atau tidak lepat ubi permintaan Ayah. saya serahkan kepada Abang mencarinya.

selepas berbuka untuk hari terakhir Ramadhan tahun ini, kami semua bergotong-royong di dapur. raya kali ini agak meriah kerana ada budak tecik. saya hanya mengambil tugas memasak nasi impit. hahaha nasi impit segera sahaja. basuh sedikit kemudian rebus. senang bukan??? ouh yer, saya juga membersihkan 1kg udang okeh. (jika Mak tak suruh, saya tak buat. ekekekeke)

ouh yer...kerana kesibukan di dapur sambil melayan budak tecik, saya terlupa nak snap,snap,snap malam raya. tunggu sehingga entry selepas ini yer...

Selamat Hari Raya!!!

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009