suatu malam di HTAR

hye sweetie

genap 1week kita berpuasa. malam ni, malam Ramadhan yang ke-8. harap puasa kita semua diterima Allah.

ouh well, saya ada cerita nak dikongsi. Ramadhan kali ini saya sambut dengan demam. iyer... demam panas melampau. haaaaaaaa... saya tetap berpuasa walaupun demam melampau tau. sayangnya 1st day berpuasa kalau tidak berpuasa. semacam tada rasa ke'syok'kan pula jika tidak berpuasa pada 1st day Ramadhan & last day Ramadhan.


temperature saya selepas berbuka puasa


jam 10pm, saya telah berada di HTAR, Klang. ramai sungguh orang ketika itu. kesian sangat² bila mendengar tangisan baby² comel. ouh ye... pihak HTAR telah menyediakan satu kawasan khas untuk pesakit yang demam. tada perlu ke Bahagian Kecemasan. hanya terus ke 'Pusat Saringan Demam'. menarik bukan?

suhu saya menaik secara mendadak sehingga 38.7°. nasib baik ujian darah semuanya 'clean & clear'. doctor malam itu amat baik. saya telah dimasukkan 1botol air. air apa tada pasti. yang pasti, selepas itu, saya berasa kurang sakit kepala & kepanasan itu.


pertama kali & sakit tau


saya pulang pada jam 2am. bayangkan betapa lama saya di HTAR. nasib adik ada menemankan saya. mau tahu kenapa ianya terlalu lama? mesin menguji darah rosak pada malam itu. sadis sungguh!

sila jaga kesihatan anda. segera dapatkan rawatan jika tada sihat.
take care semua...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009