catatan rasa hati ini

malam ramadhan yang kelima....

saya tiba² berasa amat sayu hati. sedih. pelbagai rasa yang telah teradun dalam hati saya sekarang ini. kenapa saya tiba² diserang rasa itu? kenapa saya diasak dengan memori itu?

bodohkah saya kerana mengenang perkara lalu yang telah menjadi sejarah? bengongkah saya kerana masih merindui orang yang mungkin sudah jauh membuang saya dari kotak ingatannya? rugikah saya kerana menitiskan airmata kerana dihambat dengan segala rasa ini terhadap dia???

emo? ya...mungkin saya beremosi tada stabil ketika ini. saya tada kisah dengan apa jua tanggapan orang. perasaan saya, hati saya. sukati saya!!

saya tada pasti dia akan membaca ini atau tidak. dia tidak lagi menjadi pengunjung setia blog kesayangan saya ini. tapi saya pasti, sahabat lama dia pasti akan sampaikan ini kepada dia.

plsss, u know who u r. let him know about this.
B, walau kita telah terlerai dari ikatan itu, b nak B tahu yang jauh dalam hati ini, segala rasa yang kita kongsi bersama masih ada untuk B. di mana jua B berada, apa jua B lakukan, dengan siapa sekali pun, doa b sentiasa ada untuk B. moga B sentiasa bahagia, diberkatiNYA & dilimpahi rahmat & rezeki ALLAH. dari jauh, b sentiasa mendoakan, kehidupan B lebih ceria & bahagia tanpa b disisi...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009