enamDOTenam [terima kasih]

ada lagi entry enamDOTenam. hehehe jangan muak & jemu ok.

kali ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada watak² utama dalam menjayakan enamDOTenam ini. tanpa mereka, pasti majlis ini tidak menjadi kenyataan & sempurna. jutaan terima kasih atas segala sumbangan, peluh keringat kalian. tak mampu nak membalas kecuali dengan jutaan terima kasih. saya amat menghargai kalian

[1] Mak & Ayah
terima kasih tidak terhingga untuk restu & izin Mak & Ayah. juga atas segala sokongan dari segi kewangan, mental & juga fizikal. ahaksss

[2] Kak Ngah, Abang & Adeq
terima kasih Along ucapkan kerana bersama² gigih membanting tulang menjayakan enamDOTenam. Kak Ngah even lewat sampai, thx a lot sebab mencantikkan bilik. Abang paling gigih membantu. even pelamin manis juga ada sentuhan Abang. Adeq walau paling bongsu, pun gigih menghulur bantuan. thx sebab meracik halus daun pandan itu.

[3] PakLong sekeluarga
terima kasih kerana berkampung di Kuantan seminggu awal. terima kasih Pak Long kerana belikan air tersebut. Mak Long juga, kerana mengurut saya selama 3hari berturut². Azim, atas hiasan pelamin manis. gigih Azim memanjat² membentuk scallop. tidak lupa juga buat Dibah. terima kasih...

[4] dD
thx a lot beb. tanpa dD, saya pasti kebuntuan untuk menghias hantaran & juga pelamin manis saya. thx kerana amat memahami aku beb

[5] Hadi
thx kerana 'menconteng²' muka chantekku ini menjadi extra chantek. ahakssss

[6] Salina
amat² berterima kasih atas pencarian kain baju yg amat cantik. juga kerana memahami kami berdua. tidak lupa juga kerana berjaya menyiapkan baju tersebut seperti diminta.

[7] Kak Put
thank you so much kerana amat gigih datang dari jauh untuk menjadi jurugambar dilantik. bukan kategori mamarazi atau paparazi oke.

[8] semua yang tidak tersebut di sini.
berjuta² ucapan terima kasih kerana memberi petunjuk, memberi sokongan & nasihat. sumbangan berupa makanan & tenaga amat² dihargai. hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan.

TERIMA KASIH KALIAN

enamDOTenam [special]

oke. selesai entry berkenaan hantaran & pelamin. kali ini entry khas bersama incik TUNANG. kami telah rasmi menjadi pasangan tunang pada 06.06.09.


kenapa saya sayang sangat sama incik TUNANG???


sepatutnya, kami tidak boleh bergambar bersama. ntah macam mana, boleh ter'clear' plak time tu. tak banyak picca kami berdua pada hari majlis. larangan orang tua, kami mengikut sahaja.

incik TUNANG, sila hayati lagu SATU nyanyian kumpulan Dewa ini. khas untuk incik TUNANG. ikhlas dari hati miss TUNANG

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namamu, ku sebut namamu

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu aku memandang
Dengan telingamu aku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa


[++ teramat sayangkan incik TUNANG ++]

enamDOTenam [part 5]

kali ini entry bagi pihak incik TUNANG. hantaran dari incik TUNANG untuk miss TUNANG tersayang. sayang saya banyak mana ekkk incik TUNANG???

warna tema hantaran ialah mocha, gold & cream. suka ngan dekorasinya yang simple & nice. tampak ekslusif.

[1] tepak sirih


adat tidak dilupakan



[2] ring -risik & tunang


sebulan awal ring ini kami beli. thx for d beautiful ring cayunk
ring telah berada dijari saya ketika picca diambil



[3] kek & coklat


3 kotak ferrero rocher!! thx cayunk. kek awal² dah dihadap oleh kazen² kecil saya. licin itu menandakan ia sedap



[4] sepersalinan kain untuk nikah


di-import khas dari Jakarta oleh Salina



[5] buah-buahan


most of it are my favourite. thx incik TUNANG


maaf kerana kebanyakan picca telah ada diblog rakan². seperti picca² sebelum ini, ianya adalah hasil tangkapan paparazi & mamarazi pada hari kejadian. hehehe

enamDOTenam [part 4]

masih bermood enamDOTenam. even telah berlalu seminggu yang lalu. bahagia rasanya menjadi tunangan orang yang disayangi, yang dicintai.

ok ok. saya tidak mahu beremosi jiwang pula. mari layan picca ekk... picca² ini dari hasil tangkapan paparazi & mamarazi yang ada ketika majlis berlangsung. ihikssss

kali ini mini pelamin yang saya namakan pelamin manis sebab warna² yang digunakan amat sweet & nice. rasa nak makan.


bermain dengan cahaya. saya amat suka view ini



close-up material yang digunakan untuk mendekorasi pelamin manis



material digantung oleh dD. scallop dibuat oleh Azim. backdrop diselesaikan oleh Abang



pelamin manis telah siap


pelamin manis mendapat sentuhan idea dari dD (idea asal) dengan ditokok tambah idea & kreativiti Abang & Azim. pembahagian tugas yang sempurna dalam penghasilan pelamin manis. opsss lupa! backdrop dark choc dijahit oleh saya. hihihi

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009