grrrrr

salam petang semua...

hukhukhuk...
sakitnya tekak. tonsil bengkak lagi. perkara biasa bila demam. hrmmm...sedihnya bila demam. tonsil bengkak & kemerahan. selesema. tulang² rasa sengal². rasa nak cabut tangan & kaki ni. kepala amat berdenyut² & berat. tak larat nak tidur dah walau segala ubat ni membuatkan saya mengantuk.

takpe². seorang teman pernah memberi nasihat.

"anor, orang yang mendapat kesakitan ini dihapuskan dosa² kecilnya. ini dugaan kecil dr ALLAH swt."


iyer! saya amat berterima kasih atas nasihat beliau. saya sentiasa meningati nasihat beliau setiap kali saya ditimpa dugaan samada besar atau sekecil dugaan demam seperti ini. terima kasih teman...

ouh ye! saya hanya ingin melepaskan geram dihati saya ini.
kenapa ada golongan manusia yang amat pandai bermuka² ??? depan kita amatlah berbaik hati. terpijak atau memijak atau dipijaknya semut, tiadalah mati semut itu. tetapi, dibelakang kita...gajah pun boleh mati tau! amat pandai menikam belakang. aduh! sakitnya hati saya. saya amat berharap agar tidak dikelilingi oleh golongan² seperti ini. hati saya amat sedih laaaa...

wahai manusia² seperti ini, anda mungkin tiada sedar tentang sikap & sifat anda itu. satu sahaja nasihat dari saya. tiadalah guna berhasad dengki & menikam belakang. tiada keuntungannya... cuba face-to-face & bincangkan daripada menikam belakang. amatlah ruginya...

jika pada dirimu ada 99 kebaikan, sedangkan temanmu hanya ada satu kebaikan... janganlah engkau ria' tetapi hendaklah engkau muliakan temanmu itu... caranya, hitunglah keburukanmu yang satu itu, dan elakkan dari mencela temanmu yang ada 99 keburukan itu...

renungan untuk kita bersama. semoga saya & teman² dijauhkanNYA dari sikap & sifat seperti ini....

AMIN...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009