pasangan Borak

hello beautiful

saya berasa amat seronok apabila dapat berjumpa dengan rakan² 'maya' saya. rakan² dari Borak. hehehe semua kepochi okeh! tiada yang terkecuali

hari itu, kalau saya tak silap, hanya ada 4 orang sahaja yang berpasangan. (saya terkecuali kerana masih belum berkahwin tau) yang lain² berasa single. siap cover² perut 'muncit' lagi. ada juga yang sampai lupa suami di rumah. melekat tak nak balik walaupun sudah sampai limit. hahaha (anda tahu siapa diri anda)

mari kita kenali pasangan pertama. kecik molek saja mereka. bawa kereta besar. tercicir² kami kereta² buatan Malaysia ni. hihihi


farrah & suami yang sempoi gila. belum 'muncit' lagi

pasangan kad kahwin. berebut laki bini main mainan Arissa. hahaha tak boleh bagi mainan la pada mereka. bukan anak yang main, mak & ayah yang main nanti.


anum & suami. amat gilakan purple

pasangan romantis! mana tidaknya. saya yang berjalan dibelakang sekali curi² melihat semua ragam kawan² saya. pasangan ini sentiasa romantik tau. sweet aje! asyik holding hand tau

ahdek & hubby. ahdek, jangan usha lelaki² handsome dah yer

pasangan ke-4 sampai lewat ke rumah Aida. saya tak sempat nak snap pic dia & suami. cira, nanti kita jumpa lagi ye...

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009