kisah demam saya

kronologi demam di bulan Syawal ( sambungan kisah ini )

yer yer, betul tu. sudah 2 bulan berturut² (seingat sayalah) saya demam panas. saya dalam kategori sering demam. sejak kes H1N1 ini, saya risaulah. tapi, alhamdullillah, tiada kaitan dengan H1N1 atau sewaktu dengannya.

30 Sept, petang hari.
EARTH-QUAKE!!!

tapi saya tada rasa gegaran itu. mungkin terlampau ralit berborak dengan Atiqah. selepas gegaran itu (yang saya tak rasa langsung gegaran tu), saya mula berasa pening² lalat & memusing². hilang rasa untuk meneruskan kerja (chait, ayat cover sungguh okeh!!).

selepas kerja, kami singgah Steven OUG ber'dinner'. saya hanya makan "Black Pepper Chicken Chop" serta "Nescafe Ice". itu saja yang mampu membuka selera.


now you can see



now you don't!

penuh selera saya memakan "chicken chop" itu. licin beb!!! selepas borak itu sikit, sana sikit, kami semua balik ke tempat peraduan. eeh, bukan peraduan, contest tu tau. tempat beradu laaa ihiksss

sempat juga saya buat satu entry (entry tersebut telah didelete atas permintaan tuan punya badan) sebelum saya menjadi "sleeping beauty". selepas itu, saya hibernate selama lebih kurang 4jam sebelum tersedar secara terkejut pada jam 6am (1 Oct) kerana diarrhea & vomited. amat lembik saya pagi itu. setelah berkurangan diarrhea & vomited, petangnya saya demam panas!!!


muka saya di hari ke-2 demam panas

ouh yer, pagi itu saya dengan bantuan Atiqah telah ke klinik. doctor kata saya kembung selain dari saya juga food poisoning. aduh!! hazabnya rasa. nak duduk, rasa nak muntah. berdiri nak muntah. lastly, saya hanya terbaring ketiduran sepanjang hari.


all my medicine that i need to take every 4 hours

now, saya kembali sihat. saya amat kemusykilan...kenapakah saya akan demam setiap bulan?? ada tak rakan² yang boleh tolong jawabkan? saya amat risau akan keadaan diri saya ini. saya juga mahu sihat sejahtera seperti orang lain.

menurut kata seorang teman, jika kita ditimpa sakit, dosa² kecil kita diampunkan... moga² begitulah. Amin....

tata

2 Comments:

nizaa said...

dah sihat ke niH? sian ko... btw, sedap plak tgk chicken chop tu..lapaaarrr...

♥♥relyza♥♥ said...

nizaa...
dah sehat dah...
tp makan kena jejaga..perut masih tak betul...
chicken chop tu sedap. tak tipu. g cari cpt
ekekee

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009