happy monday

morning sweetie...

best tak weekend kawan²? banyak jemputan open house? ouh..mungkin juga jemputan kahwin. ihiksss lari semua plan untuk berdiet. macam mana mahu kurus murus macam Nicole PCD neh? (verangan je la).


Nicole Scherzinger in pink


perfect body


melentik habis!!

saya gigih juga mencari picca Nicole Scherzinger yang tidak terlalu x-rated tetapi apakan daya. dia sememangnya seksi. layan aje la. buat breakfast mata kawan². hihihi (credits untuk pemilik picca² ini)

hari Ahad saya seperti biasa adalah hari bergotong-royong (secara sendirian berhad) my room-sweet-room. menyapu, mengemop, mengelap segala habuk dalam room-sweet-room. kemudian, mencuci sebaldi baju (sekali seminggu saja membasuh) sambil mencuci toilet. rutin mingguan saya. ahaksss rajin tak? amat senang hati melihat room-sweet-room dalam keadaan amat kemas & wangi (saya amat sukakan bau wangi & keadaan kemas)

hari Sabtu pula hari outing saya. dengan siapa lagi jika bukan dengan multifunction PA saya, dD. kami ke The Curve. sebenarnya saya yang mengajak dD. saya perlu mengambil kasut saya yang telah 1 week direserve.


hitam itu menawan. emas itu kemewahan. waH!

saya berkira² tiada mahu kasut itu lagi. tapi saya termimpi²kan kasut itulah. kesimpulannya, saya harus juga mengambil kasut itu. (plan juga untuk pakai masa konvo tapi seriously masa tiada last week untuk ke The Curve)


terbeli ini juga. dusty pink yang mencuri hati saya

kemudian, kami ke Ikea. biasalah dD, peminat no. 1 barangan Ikea. ya ampun, ramai sungguh orang masa itu. mungkin kerana Ikea ada design baru, ramailah yang menyerbu. bukan nak beli pun, nak tengok² saja. hehehe


Sis Red tengok ni harus dia gegar Ikea, hehehe



asal muka ko camtu dD?

dari Ikea, kami ke Taman Mulia, Cheras. Hizami, bekas teman sekelas kami menjemput ke acara makan² & gosip² bersama rakan seperjuangan dahulu kala. gamat sungguh rumah Hizami. (Mak & Ayah Hizami amat sporting). terima kasih Hizami.

ouh yer, buat pertama kalinya saya & yang lain bertentang mata dengan anak² Latif. (pandai ko berahsia yer Latif). comel betul anak² Latif. chop! saya hanya ingat Ahmad Amir & Amar. (panjang namanya & tergeliat lidah nak sebut). siapa ingat nama penuh anak Latif???


kami yang meriuhkan rumah Hizami

dari rumah Latif, saya mengepos balik dD. kemudian, saya memecut pulang ke rumah. amat letih seharian outing. perut pun amat kenyang...

kasut baru lagi bulan ini. hope Mak & Ayah tak bising. ihikssss

2 Comments:

sitekateki | dD said...

wahhh...nak body malatop cam nicole katanya...nicole tu belajar diet dari gue okkkk...

i like that statement for ur kasut tu...tengok la saper yg pilih...pilihan yg tepat kann...

sib baik x beli katil kat ikea tu, kalau x nak sumbat camana lam keta ko tu...ahakssss...(sib baik gak x gaji agi, kalau dah gaji...sure penuh keta ko gue sumbat brg2...)

♥♥relyza♥♥ said...

lor yer ke...
meh turunkan ilmu diet ko tu kat aku plak...hahhaha

PA aku mmg superb beb!

katil??? nanti aku beli 4WD ekkk...ngan ikea tu aku seret angkut letak kat umah ko
hahahah

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009