Selamat Hari Raya Aidilfitri [before]

hye sweetie

hari ini hari raya ke-4.
siapa yang masih bercuti (sila angkat tangan) & siapa yang sudah mula bekerja, sila kerja dengan tekun (sambil ingatkan lemang, ketupat, rendang di rumah).

tahun ini, saya & keluarga beraya di Slim River dahulu. hari Sabtu adalah hari perjalanan bagi kami. saya, Kak Ngah & Abang gerak bersama² dari rumah kami di Puncak Alam. Ayah, Mak & Adeq bergerak dari Kuantan selepas bersahur. Pakteh, Makteh & budak tecik bergerak selepas Asar.

kereta agak banyak pada hari itu di Lebuhraya Utara-Selatan. fuh!! hujan sepanjang perjalanan okeh. nasib baik saya pemandu berhemah. saya terlupa pukul berapa saya tiba di kampung. yang saya ingat, saya keletihan & tidur sehinggalah Ayah, Mak & Adeq sampai. (kes takut kena bebel sebab tak menolong Mak Long di dapur). Ayah minta kami mencari lepat ubi. saya tada pasti ada jumpa atau tidak lepat ubi permintaan Ayah. saya serahkan kepada Abang mencarinya.

selepas berbuka untuk hari terakhir Ramadhan tahun ini, kami semua bergotong-royong di dapur. raya kali ini agak meriah kerana ada budak tecik. saya hanya mengambil tugas memasak nasi impit. hahaha nasi impit segera sahaja. basuh sedikit kemudian rebus. senang bukan??? ouh yer, saya juga membersihkan 1kg udang okeh. (jika Mak tak suruh, saya tak buat. ekekekeke)

ouh yer...kerana kesibukan di dapur sambil melayan budak tecik, saya terlupa nak snap,snap,snap malam raya. tunggu sehingga entry selepas ini yer...

Selamat Hari Raya!!!

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009