mimpi ini

my sweetie readers,

siapa pandai menafsir mimpi? iyer iyer...saya tahu. mimpi mainan tidur. tapi, bukankah ada ilmu menafsir mimpi? mungkin mimpi membawa petanda baik atau buruk pada seseorang itu. betul tak???

lately, saya kerap bermimpi aneh. kesemua berkaitan diri saya. info tambahan, saya bermimpi sebelum Subuh tau. yang pastinya saya tidur sesudah Isyak. hihihihi

saya tak tau bagaimana mau dimulakan cerita tentang mimpi saya ini. seingat saya, ada seorang wanita kaya datang ke rumah saya. dia jumpa Mak & Ayah. dia datang dengan tujuan untuk menjodohkan saya dengan anak lelaki sulung dia. anak lelaki dia CEO kepada family business mereka. kira masyuk arr tuh. hahaha

saya ada bertemu dengan adik lelaki dia. hensem tu!!! selama ini, saya hanya tahu tentang dia melalui ibu dia yang rajin datang ke rumah saya. satu hari, ibu dia & Mak berpakat untuk menemukan kami berdua. ouh...lupa. rupa², dalam mimpi itu, saya bekerja di syarikat dia. kira CEO sendiri arr neh.

kami akan bertemu tetapi tidak tahu bila, dimana, bagaimana & sewaktu dengannya. satu hari, ketika saya pulang dari kerja, saya menerima sebuah handset yang dibalut dengan surat. rupa²nya, dia yang tinggalkan surat itu. bukan itu sahaja, ada lagi sekeping surat yang menandakan dia telah lama tinggalkan handset itu dalam letterbox saya. hehehe kelakar pula! melalui handset itu, dia akan menghubungi saya untuk blind-date kami yang pertama.

setakat itu sahaja mimpi saya. tak sempat nak mimpi kami dating. hehehehe
ada sesiapa bisa menafsirkan mimpi ini???

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009