resipi air katira Ayah

hye sweetie

sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita berpuasa. rakan² ada yang telah mula menyediakan persiapan raya ke?? bagus...bagus...amat bersemangat!!

alamak! baru saya teringat. saya masih tada 'apply' cuti hari raya. hrmmmm berapa lama patut saya ambil cuti yer??? (masih berfikir²)

kita lupakan seketika berkenaan cuti raya & persiapan raya. masih ingat mengenai entry saya mengidam itu? ada teman yang bertanyakan resipi air katira ini. saya berkesempatan menyediakan air katira ini ketika pulang bercuti ke Kuantan. so yummie!!!

sila sediakan pen & kertas iyer. resipi ia simple & hasilnya amat sedap. saya tada tipu okeyh...

Bahan yang diperlukan

1 - Biji selasih
2 - Buah kembang semangkuk
3 - 1 tin susu cair
4 - 1 sudu kecil perisa pisang
5 - 1 senduk gula cair

Cara penyediaan
Rendamkan biji selasih & buah kembang semangkuk di dalam air panas. Setelah cukup kembang (ihikssss), asingkan biji & kulit buah kembang semangkuk. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam satu jug besar bersama-sama 1 tin susu cair. Kacau sekali bersama 1 senduk gula cair. Masukkan 1 sudu perisa pisang tadi dan kacau sebati. Untuk dihidangkan sejuk, masukkan ais batu.

Tadaaaaaaaaaaa sudah siap!




pada sesiapa yang mencuba, sila kongsikan hasil anda bersama saya.
selamat mencuba & selamat berbuka puasa

p/s: saya bersama Kak Ngah berbuka dalam bas ke KL hari ini.

4 Comments:

suezensuzanna said...

owh..cm sedap je tuh....dd..tlg wat kan tuk aku..:D (tetiba)

♥♥relyza♥♥ said...

tiba2 dD muncul dalam cite neh
hehehehe

Zool Blogger said...

Assalamualaikum..
FIrst time singgah sini untuk cari maklumat air katira..
Kalau ada apa maklumat tambahan boleh singgah blog saya

Blog Zool Ligakampung

♥♥relyza♥♥ said...

zool,
thx sbb dropby. try arr nanti air ni kat umah ekkk
resepi simple & sedap! pasti tak kecewa
eheheh

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009